Selasa, 20 November 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


senarai kebun <b>di mersing</b> untuk dijual - senarai ladang dan kebun <b>...</b>

Posted: 26 Sep 2012 12:51 AM PDT

SENARAI LADANG DAN KEBUN DI MERSING 124 EKAR UNTUK DIJUAL

SENARAI KEBUN DAERAH MERSING JOHOR

    
    
 Gambar sekadar hiasan

Salam semua kepada warg pembeli , broker merangkap PA, Datuk , Dato, Datin  dan lain-lain yang dihormati dan dihargai serta dikasihi, tidak kiralah darimana datangnya samada dari sabah,serawak,perlis hinggalah ke johor.Di daerah mersing Johor ada beberapa kawasan untuk dijual .

 Kepada sesiapa yang berminat dijemput datang ke mersing untuk melihat sendiri kawasan yang dinyatakan di bawah ini. Segala kos perjalanan, penginapan makan-minum dan lain-lain akan ditanggung sepenuhnya dan beres oleh pihak penaja iaitu DIRI sendiri, kecuali Makan angin, cuci mata,( jangan kenyit2 mata kalau masuk sampah tkpa ), Borak-borak kosong, mandi laut, melihat pemandangan dan memancing semua dijamin percuma.

ANTARA KAWASAN YANG HENDAK DIJUAL IALAH :

  1. 124 EKAR FREE HOLD DAN TEPI JALAN, KELAPA SAWIT 9 HINGGA 11 TAHUN, TEMPAT CANTIK UDARA PUN NYAMAN, HARGA SEEKAR BERMULA DARI RM 135K SEEKAR. KALAU ADA TAWARAN HARGA YANG LEBIH TINGGI LAGI BAIK.
  2. 252 EKAR FREE HOLD. KELAPA SAWIT CAMPUR-CAMPUR. HARGA BERMULA RM 125 K . SEEKAR.
  3. 2 EKAR FREE HOLD JAMALUANG TANAH KOSONG TEPI JALAN BESAR , 1 EKAR RM 95K .
  4. 3 EKAR RIZEB MELAYU SAWIT 1 TAHUN RM 55K SEEKAR.
  5. 2 EKAR PULAU SIBU TANAH KOSONG LUMPSUMP  RM 350K
  6. 3 EKAR PULAU MUKUT TIOMAN RM 700 K LUMPSUMP
  7. 5 EKAR RIZEB MELAYU. TANAH KOSONG MUKIM MERSING LUMP SUMP RM 150K.
  8. 1285 EKAR LADANG SEDELI, YANG NI RAMAI YANG DAH TAHU, SAWIT 8 - 11 TH. SEEKAR RM 38K.
Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi saya untuk pakej pelancungan ke mersing dan pakej melawat kebun dan bersantai.

yyrm / yyrmteam / yyrmgrup
Hamidan Mokmin
017 7990907

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 24 Oct 2012 11:56 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 11:18 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 11:12 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Buffet Ramadhan 2012 | Blog Hati Putera

Posted: 29 Jul 2012 09:51 AM PDT

buffet ramadhan 2012
Buffet ramadhan 2012 ok? Sedikit perkongsian buffet ramadhan 2012 di sekitar Pontian Johor. Sekiranya anda tercari-cari tempat untuk berbuka puasa secara berkumpulan di Pontian, Maka di Kukup Golf Resort adalah tempat yang sesuai bagi melaksanakan tujuan itu.

Buffet ramadhan atau hidang dinner 2012

Juadah yang disediakan adalah ala-ala kampung dengan suasana berbuka puasa di resort yang begitu mengasyikkan.

*Minimum 30 orang.
Tarikh : 21 Julai hingga 17 Ogos 2012
Masa : 6.30pm hingga 9.00pm
Venue : Golfers Terrace, Kukup Golf Resort

DEWASA : RM 22.00 NETT
KANAK-KANAK(4-12 tahun) : RM 15.00 NETT

Maklumat Lanjut buffet ramadhan 2012

Kukup Resort Management Sdn Bhd(650237-H)
Pekan Penerok, 82300 Pontian, Johor, Malaysia.
TEL: 607-696 0950, FAX: 607-696 0963
Emel: info@kukupgolfresolf.com.my

UNTUK TEMPAHAN BERKUMPULAN
016-760 7976(EN iSHAK)
012-793 1669(EN AZMAN)

Incoming search terms:

~~bLOG Surirumah~~: Kenangan Permas <b>Kukup</b>

Posted: 30 Aug 2012 07:06 AM PDT

Dua hari ni kakpb tak sempat blog walking dapur kawan-kawan, rindu tau. Tapi kena dulukan perkara yang lebih penting, betul tak? Kakpb sibuk melayan saudara yang dari Johor, sepupu kakpb ni saja nak bercuti 3 hari di Sabah. Bagaimana pun kakpb takde la bawa dia ke Kundasang dan tempat-tempat menarik sebab dia ada orang yang bawa.

Sebelum dia balik siang tadi, sempat juga bawa ke pasar philipine dan pasar besar KK. Beli ikan masin dan ikan bilis agenda wajib mereka yang datang sini. Malam sebelumnya agenda makan-makan seafood di tepi laut, kakpb pun first time makan kat situ. Kita orang ni memang jarang keluar malam, bila ada tetamu barulah nampak bandar KK waktu malam.


Sepupu anak beranak berbincang ambil foto tepi pasar philipine sementara menunggu gerai ikan masin di buka.

Sepupu kakpb complain, sejak cuti tak bawa orang pergi umrah ni, berat badan dia makin naik.....haha...

Teringat masa kakpb sekolah rendah dulu, kalau cuti je selalu pergi rumah dia di Kukup, Permas. Masa tu takde jalanraya, tanah merah......kalau hujan lecak....terpaksa berkaki ayam jalan kaki. Nak kerumah dia kena naik basikal entah berapa kilometer. Kakpb tak pandai naik basikal, duduk kat palang atau seat belakang.

Suka sangat pergi kampung dia, tanahnya tanah gambut. Air kolamnya warna kuning tapi jernih. Sekitar rumahnya di penuhi ladang nenas dan pelbagai pohon buah. Kakpb kerap main celah-celah ladang nenas dan pokok kelapa yang tumbang, meniti atas batang pokok kelapa sambil main kejar-kejar atau sorok-sorok. Bila malam takde letrik, mereka guna lampu pam.

Time makan dah macam kenduri sebab adik beradik dia ramai. Meja makan takde macam sekarang ni, makan bersila dan hidangan dibuat dua kumpulan. Orang dewasa asing dengan kanak-kanak. Emak sepupu (mak saudara kakpb) agak tegas orangnya. Sembahyang jemaah dan mengaji wajib setiap malam.
Bagaimanapun kakpb suka join famili mereka sebab kakpb jauh dari adik beradik. Bila bersama mereka terasa meriahnya, kena pula mereka ni kuat ketawa.

Bila di ingat kembali, terasa ingin mengulang keindahan masa lalu........

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 02 Jul 2012 11:41 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pantai <b>Kukup</b> - The 8 Wonders | GUNUNGKIDUL

Posted: 02 Jul 2012 11:41 PM PDT


Pantai Kukup terletak di Desa Kemadang Kecamatan Tanjungsari Gunungkidul Yogyakarta.
Di pantai Kukup ada sebuah karang yang menjorok ke laut terpisah dari daratan dengan jembatan yang terbentang. Jalan mendaki yang sengaja di buat sebagai akses ke karang tersebut semakin memanjakan para pengunjung. Beberapa fasilitas yang terdapat di pantai Kukup antara lain : tempat parkir yang luas, sehingga para pengunjung tidak kebingungan untuk memarkir kendaraannya. Parkir ini terletak di pintu masuk agak jauh dari pantai sehingga pengunjung harus berjalan kaki untuk sampai di pinggir laut. Di kiri kanan jalan memasuki pantai kukup berjajar para pedagang yang menawarkan berbagai souvenir khas pantai, makanan-makanan laut dan ada juga biota laut termasuk ikan hias yang dapat dibeli dengan harga yang wajar.
Untuk menjamin keselamatan para pengunjung, pihak pengelola menyiapkan armada SAR untuk memberikan pertolongan kepada yang membutuhkan sekaligus menginformasikan kondisi pantai, ombak dan datangnya biota laut berbahaya. Perlu diketahui dan diwaspadai oleh para pengunjung, bahwa di pantai ini kadang datang ubur-ubur di kawasan pantai yang jika menggigit akan menyebabkan keracunan. Tapi jangan khawatir, tim SAR akan menginformasikan datangnya ubur-ubur dan siap membantu jika ada pengunjung yang terlanjur terkena ubur-ubur. Sebenarnya ada cara pengobatan yang manjur, yaitu dengan mengoleskan bekas gigitan dengan getah kerang-kerangan yang banyak di jual di sana. Kemudian minum kopi pahit untuk mempercepat netralisasi racun. Jadi, jangan merasa takut bermain ombak di pantai kukup selama masih mematuhi peraturan yang di sampaikan oleh tim SAR melalui pengeras suara. Untuk para pengunjung yang ingin bermalam di Pantai Kukup tak usah binggung. Di kawasan obyek wisata Pantai Kukup, ada penginapan yang akan melayani para wisatawan yang ingin merasakan pemandangan malam di Kukup dengan harga terjangkau.
Setiap bulan Suro atau tahun baru dalam kelender penanggalan Jawa, seperti pantai lain di Yogyakarta, Pantai Kukup juga sering menjadi tempat laku spiritual sedekah laut. Sedekah laut ini berupa kegiatan melarung sesaji di pantai ini yang diperuntukkan bagi penguasa pantai selatan, Nyai Roro Kidul melalui perantara juru kunci setempat. Konon masyarakat percaya, dengan melakukan sedekah laut, maka pantai selatan akan memberikan berkah dan menjauhkan dari mara bahaya. Kendati pergeseran zaman terus terjadi, namun tradisi adat ini belum luntur di mata masyarakat sekitar.

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 11:28 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di kukup</b> - Google Blog Search

Posted: 18 Nov 2012 11:42 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLUES ANAK KEDAH....: TAMAN NEGARA PULAU <b>KUKUP</b>,JOHOR

Posted: 07 Nov 2012 06:09 PM PST

Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia.dengan keluasan kira2 647 hektar dengan dataran lumpur berkeluasan 800 hektar Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor.
Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.
Suatu legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.
Pulau itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.
Hari ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.
Nikmati kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor!

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


2 Beranak Ditemui Lemas <b>Di</b> Tmn. Negara <b>Endau</b> Rompin <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 12:03 AM PST

KUANTAN – Dua beranak yang dilaporkan hilang ketika mandi di kawasan Taman Negara Endau Rompin semalam ditemui kira-kira dua meter dari lokasi kejadian pagi ini.

Mayat Mohd Hanafi Zainuddin, 15, ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat pada 8.53 pagi manakala mayat ibunya, Rosnani Nordin, 31, ditemui pasukan selam skuba pada 10.31 pagi tadi.

Pegawai Perhubungan Awam Bomba dan Penyelamat Pahang, Anuar Hassan, berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Muadzam Shah.

Dalam satu lagi kejadian di Nenasi, Pekan, mayat seorang daripada dua bersaudara yang hilang ketika mencari siput di Sungai Badong, Nenasi petang semalam turut ditemui.

Mayat Mohamad Syafiruddin Hussin, 14, dari Bandar Seri Bandi, Kemaman ditemui tenggelam kira-kira dua kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan lemas.

Mangsa bersama saudaranya, Mazura Ali, 14, dari Kampung Badong, Merchong dilaporkan hilang ketika mencari siput di Sungai Pahang berdekatan Nenasi.

Anggota Unit Skuba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuantan dan Pekan masih meneruskan operasi mencari dan menyelamat Mazura. – BERNAMA

Iklan Teks:

PERINGATAN: Mynewshub tidak bertanggungjawab terhadap komen yang diutarakan dalam laman ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Nov 2012 07:53 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Sep 2012 07:53 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2012 07:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 07:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 07:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jul 2012 07:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

# DonatMadness #: Peristiwa ku ~

Posted: 13 Jul 2012 09:42 AM PDT

Oi Oi Oi Oi Oi !!!! Halooooo ...  ^_^ . Korang semua apa khabar ? sihat ? . Tau dh lme x up-to-date . Tpi what to do lorgh . Masing2 busy ngan hal sendiri kan .. x de time nk bukak Blogg ni *Flips Tudung . Hoho ..Gedik sebentar besama Kit Kat . Dah2 mari teruskan ==" Oukey tengok tajuk kat atas "Kawanku " . Apakah ?? Peristiwa yang akan ku kenang di dalam hati ini  . Hehehe .. Ni la yang Farah Nk dok cerita sikit . Begini ceritanya *Flashback .
10 . 07 . 2012 (Selasa) 
Farah ,Ilah , Alia, Aryani ,Syafiq , Iki n andi pi pagi sebab ingatkan ade permainan kan , rupa-rupanya x de .. so kitaorang pun keluar makan dekat Osman . Cakap-cakap sambil makan  then kita semua bercadang hendak ke rumah Syafiq Akmal di Plentong menaiki bas . Sampai je sana kita turun dan berjalan ke Destinasi . Dah sampai destinasi dengan selamat kitaorang pi Lunch dekat kedai Mak dia " Ramlah Rempah " Kitaorang makan Mee goreng . Then kitaorang balik ke rumah Syafiq . Kitaorg pun explore la rumah syafiq . semua orang rebut Buai ==" . Then!!! diaorang semua main bola baling , seriously oukay Lawak gila !!! >< ... alia kena kejar ngan syafiq , syafiq plak kena kejar ngan Aryani kat tengah jalan plak tu .Then lepak2 memang kitaorang bergelak ketawa la .. About 12 lebih kitaorang balik. Time nak balik tu diaorg suruh Farah tekan lonceng x mau lah !! >< heheh dengan beraninya kawan2 yang tekan lonceng tersebut .Then kitaorang datang ke sekolah seperti biasa .Pastu  plan esok nk pergi lagi sebab ade kokurikulum .  
Hari yang dinanti-natikan pun datang so as usual kitaorang tunggu (Iki , syafiq, ilah , andi , alia n me)  . So macam biasa naik bas semua tuh .. then diaorang suruh farah tekan lonceng Farah x mau , Tapi what to do lorgh  . Turun Bas Pi umah Syafiq .. Then pi to the Ramlah Rempah ^_^ . Sedap oukey !! . time kat sana syafiq cakap dia nk pergi CC nk siapkan kerja sivik . so kitaorg bersetuju la syafiq, Ilah n andi pi CC naik bas , while Farah , Iki n Alia dok kat umah syafiq . kita 3 orang pun nk rebut buai tu .. then berkongsi cerita masing2 . Pastu farah tengok la jam sebab 11.45 kitaorang ada kelas awal Agama cikgu nk Buat PBS . Time tu dh pukul 11.30 Farah dah mula risau dh .. Then 12.15 .. sabar lagi . Sekali time tu dah pukul 12. 35 Farah pun panik la sebab Ilah, Syafiq n andi x balik lagi kan .. Dh mula gelabah . Alia plak dok sabar2 ngan Iki .. Pastu jam sudah menunjukkan 12.45 then nmpaklah muka Ilah, Andi n syafiq berlari2 . Lepas tu boleh pulak syafiq x susun lagi buku ==" . Orang dah gelabah gila .. Then masa dalam perjalanan ke sekolah Ilah dah doa2 dh >< !! Farah plak tgh gelabah ! Alia pening2 tpi the boys .. relax je . Smpai sekolah dalam pukul 1.05  Bus tu hampir terlepas tau dak !! >< . Cik guard time tu dah dekat gate kan .. " hah ni kenapa ni lewat ? "
Kitaorang pun ckpla " Terlepas bas "  Then terus lari masuk kelas ..
Bila dok kenang balik kelakar . Apa-apapun , susah senang saya sayang mereka ^_^ . peristiwa yg Masam x pernah dilupkan 
16.07 .2012 pula Fikri bertanyakan soalan ini kepada Alia N Farah : 
"Kitaorang selalu bergelak ketawa sama-sama , Adakah kita juga akan menangis bersama-sama???"
Rainbows and Love , Farah Naqiah :) 

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelanggan Pertama Servis Kereta <b>Di</b> Pusat Servis Hyundai <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 04:17 AM PST

Hari ini hari Sabtu, Pusat Servis Hyundai Plentong dibuka separuh hari sahaja. Mia telah booking untuk servis semalam. Pegawai yang bertugas Rahimin kata pukul 8.30 pagi, kereta mesti dah ada di situ.
Makanya, pagi-pagi tadi Mia dan Suami Mia bersiap-siap lebih awal dan sampai dalam pukul 8.00 pagi. Tak sangka pula jadi pelanggan pertama servis kereta pada hari ini. Sukanya.
Meter dah menunjukkan 41 750, patutnya buat major service tapi cuma buat normal service dan tukar air filter. Kemudian kami berjalan kaki ke cafe yang berdekatan untuk bersarapan. Sedang tengah bersarapan sambil baca paper Harian Metro, Mia dapat panggilan dari pusat servis Hyundai menyatakan bateri kereta sudah lemah dan perlu ditukar baru. Hmmm...  belum pernah tukar lagi sejak dibeli Januari 2010 yang lepas. Mungkin dah tiba masanya. Nanti tak pasal-pasal tak hidup plak kat mana-mana, kan susah. Jadi, kami pun setuju untuk ditukar baru. Harganya hampir RM 280.00 rasanya. Bila dah diskaun, dapat RM 264.00.
Hari ini sahaja kos yang keluar hampir RM 500.00. Lagipun kereta ni, Mia guna hari-hari untuk pergi kerja. Kami pulang dalam 9.30 pagi. Banyak lagi kereta yang diservis hari ini. Lega... nasib baik jadi pelanggan pertama hari ini. Syukur sangat-sangat.....

p/s: sayang betul kat kereta ni.....

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 07:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BUDAYA MELAYU SEMENANJUNG DAN SINGAPURA

Posted: 25 Jun 2012 07:12 AM PDT

Pengasas ASAS '50 Cikgu Mohamad Arif Ahmad (MAS) sewaktu ditemui di rumahnya di Singapura. Foto diabadikan A.F.Yassin ketika penggambaran Jejak Bahasa di Singapura terbitan DBP-TV3 pada tahun 2001.

Menghayati Budaya Melayu di Malaysia dan Singapura

Ada dua petemuan penting bulan Jun lalu jika mahu mencari sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.

 Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.

 Di Rumah Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku "Perjalanan MAS" terbitan ASAS '50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS '50.

 Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.

 Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya  masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.

 Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, dalam ucapan pembukaannya tetap mahu bernostalgia tentang keadaan orang Melayu Singapura dulu-dulu. Sambil itu Ismail menyanjung keupayaan Melayu Singapura bersaing dengan lain-lain etnik. Ia adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup walaupun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran. Orang Melayu Singapura perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan dan proses penyesuaian ini menjadi teras dinamika umat Melayu Singapura.

 Seorang peserta yang hadir menyamakan keadaan Melayu Singapura hampir bersamaan dengan keadaan yang serupa dengan kaum minoriti Cina di Malaysia. "Mereka tidak leka, tidak mengharap dan lebih banyak berdikari," katanya. Ini adalah reaksi spontannya setelah mendengar hujah ahli panel, Djamal. Kata Djamal, "Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani katalah misalnya, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri."

 Menurut Djamal kebanyakan orang Melayu Singapura perlu meningkatkan keupayaan dalam hampir semua bidang. Katanya, "Dalam bidang teknologi maklumat, misalnya, ramai keluarga Melayu sudah mempunyai menguasai teknologi ini. Saya sendiri, bukan nak menyombong, mempunyai tiga komputer di rumah."

 Bagaimanapun, Djamal sedikit resah dengan identiti Melayu di negara pulau itu adalah "sesuatu yang mulai terhakis." Judul kertas kerjanya sendiri mengakui anggapannya ini. Djamal cuba "mendakapnya kembali....asing tapi mesra." Bagi Djamal, ungkapan "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" bagi sesetengah orang  "mulai sedikit demi sedikit  kehilangan nilai dan wibawanya". Bagi orang Singapura identiti Melayu  antara ada dan tidak ada. Djamal mengungkap, "Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras."

 Lain pula halnya dengan pandangan Zainal Borhan. Baginya keMelayuan di Malaysia membawa konotasi nasionalisme, semangat yang pada awalnya diperjuangkan Guru-guru Sekolah Melayu, tidak terkecuali para lulusan Maktab Perguran Sultan Idris. Mohamad Arif, pengasas ASAS '50, yang bukunya dilancarkan di majlis dialog, kini rakyat Singapura merupakan salah seorang anak kandungnya. Semangat nasionalisme Melayu dalam diri Ariff nyata telah "diubahsuai" untuk membolehkannya menjadi pemangkin kepada gerakan reformis minda orang Melayu Singapura. Seperti yang dijelaskan Zainal, "Generasi seperti MAS (Ariff) semasa muda mempunyai pendirian dan pendapat malah kekuatan ideologi mengenai soal-soal penting bangsa. Mereka memiliki idealisme yang bertunjangkan kemelayuan."

 Ariff dan golongan seangkatannya, baik di Singapura lebih-lebih lagi di Malaysia, adalah ibu dan  bapak bangsa Melayu. Zainal merindukan mereka, terutama apabila isu-isu yang berkaitan dengan Melayu hari ini semakin mula dipergonjengkan. Seolah-olah satu azam politik untuk memperkukuh semangat Melayu hampir terhakis punah dibenam oleh dampak pembangunan.

 Zainal mahu semangat nasionalisme untuk pembinaan bangsa oleh generasi perintis terdahulu dan para pemikir bangsa ketika itu yang terdiri daripada guru-guru Melayu perlu digemakan kembali dalam seperti katanya, "kerangka mempertegaskan kebudayaan bangsa secara beterusan... semangat generasi itu diangkat sebagai memori kolektif bangsa untuk menyedarkan para pemimpin politik, ekonomi, pendidikan, birokrat, teknokrat, korporat, akademik dan generasi pembangunisme." Zainal khuatir jika memori kolektif bangsa hilang begitu sahaja maka usaha memajukan bangsa daripada sudut kebudayaan dengan mengenengahkan persoalan bahasa, sastera dan budaya Melayu akan dianggap remeh belaka. Malah akan ada golongan yang mendakwa bahawa memupuk semula semangat nasionalisme sudah ketinggalan zaman.

 Seruan yang ada dan satu-satunya opsyen ialah guru-guru generasi hari ini, terutama guru Melayu, baik di kota mahupun di kampung mesti memanfaat ruang yang wujud di zaman pemimpin baru Malaysia. Hai ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kecerdasan, memperkukuh kemahuan, memperhalus perasaan, memperhebat kecintaan kepada Melayu dan budaya bangsa di setiap hati nurani anak-anak sekolah. Tidak ada jalan lain.

 Di Singapura pula kebersamaan budaya Melayu perlu ditingkatkan penghayatannya seperti yang telah dirintis Ariff. Usaha ini menjadi bertambah penting kerana seperti yang dikatakan Masuri SN, "Orang Melayu, terutama generasi mudanya sudah tidak lagi melihat budayanya sebagai satu yang perlu dipersoalkan lagi. Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu." Hal ini amat terserlah terutama dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu republik itu.

Menurut kajiannya, ada kecenderungan orang Melayu Singapura, terutama golongan remajanya, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan sehari-hari mereka, kecuali ketika bersama keluarga di rumah. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Hanya mereka tidak "merojakkan" kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Setidak-tidaknya inilah hasil kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Putera Malaysia, Ain Nadzimah Abdullah terhadap  60 responden, yang terdiri daripada orang Melayu Singapura. Kajian ini dibentangkan sebagai salah satu kertas kerja penting di Simposium  di Serdang itu.

 Apapun jua keadaan kosmopolitan orang Melayu di Singapura, walaupun baik dari sudut kemajuan bangsa yang bernama Melayu, cenderung untuk menuju ke arah pembentukan sikap dan cara hidup Melayu yang diaspora sifatnya. Melayu Singapura bukan Melayu diaspora. Yang dibimbangkan kekosmopolitannya akan cenderung untuk mewujudkan suasana seperti apa yang berlaku kepada orang Melayu di Afrika Selatan, Nadagaskar atau Sri Lanka. Waris-waris Melayu di sana hari ini menganggap mereka masih Melayu, tetapi cara hidup, tingkah laku, sikap dan dunia fikir semuanya tidak lagi melambangkan keMelayuan yang dirundukan Zainal Abidin Borhan dan mungkin sahaja Djamal atau Ariff sendiri.

 Demikianlah, dua negara jiran yang dahulunya merupakan sebuah entiti politik jua, mengalami proses pembudayaan yang menuju halanya masing-masing, dengan faktor-faktor politik, ekonomi dan budaya setempat memainkan peranan penting. Barangkali pula Melayu Singapura lebih memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk masyarakat Melayunya kembali kepada identiti Melayu yang lebih tradisi dan tulen sifatnya. Sedangkan Melayu di Malaysia perlukan pula penghayatan yang lebih mendalam untuk kembali kepada semangat budaya bangsa. Tidak kiralah apa dan bagaimana bentuknya budaya bangsa itu!

Yaaob Ibrahim, warga Melayu Sngapura
Rencana ini pernah disiarkan dalam Dewan Budaya, majalah bulanan terbitan DBP.         

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2012 07:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KeLoLo&#39;s Playground...: Jamboree Sudah Maree - Bah 2

Posted: 21 Jun 2012 11:40 AM PDT

Ini adalah Bahagian 2 dalam siri Jamboree Sudah Maree.  Satu usaha kecil untuk menerangkan perihal jamboree kepada pengayuh-pengayuh MTB.  Apa yang ternukil adalah pendapat dan pandangan peribadi Penulis.  Mungkin betul, mungkin salah.  Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerugian harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. 

Bahagian 1 telah menyentuh tentang pengenalan kepada jamboree MTB.  Juga disorot sedikit panduan memilih jamboree yang mana satu untuk disertai.  Rujuk Jamboree Sudah Maree untuk artikel penuh.  Untuk bahagian 2, kita tengok pula tindakan perlu untuk menyertai jamboree.

Setelah mengambil kira faktor-faktor yang disebutkan dan mendapati yang jamboree boleh disertai, tindakan-tindakan berikut perlu diambil;

  • Mendaftar sama ada secara individu atau berkumpulan
  • Uruskan cuti (jika perlu)
  • Uruskan penginapan (jika perlu)
  • Persiapan diri
  • Persiapan basikal
  • Aktifkan radar - pasang mata dan telinga

MENDAFTAR UNTUK JAMBOREE


Biasanya penganjur akan menyediakan dua kaedah pendaftaran iaitu secara individu atau berkumpulan.  Dan dalam zaman siber ini, semua urusan dijalankan secara dalam talian (on line).  Pendaftaran boleh dilakukan di depan komputer sahaja. Pastikan pendaftaran dibuat sebelum tarikh tutup. Kalau tidak...meloponglah anda.

Pendaftaran Secara Individu


Lazimnya, walau tidak semestinya, penganjur akan menyediakan 2 kaedah pendaftaran iaitu:-
  • Borang elektronik dalam talian
  • Borang untuk muat turun

Sebelum kita ke perincian borang, elok kita sentuh dulu bab pembayaran kerana biasanya di dalam borang, sama ada elektronik atau muat turun, memerlukan maklumat pembayaran.

Bayaran boleh dibuat secara perbankan internet atau melalui mesin tunai. Tak perlulah saya perincikan cara-caranya. Diandaikan semua sudah biasa dengan perbankan internet atau perbankan elektronik. Yang perlu disebut di sini ialah peri pentingnya mencetak slip pembayaran sebagai bukti. Jangan lupa!

Untuk borang elektronik, anda hanya perlu mengisi butir-butir yang dipaparkan pada skrin. Lengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki. Semak dan pastikan maklumat yang diberikan adalah betul terutama nama dan nombor telefon untuk dihubungi ketika kecemasan.

Pada akhir bahagian borang lazimnya ada butang pengesahan yang didahului dengan perakuan dan pernyataan penafian yang lazimnya menyebut lebih kurang "...penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan anda". Dengan menekan butang terima/atau setuju bermakna anda setuju dengan syarat dan peraturan penganjur.

Untuk borang muat turun, biasanya dalam bentuk dokumen "word processor" atau bentuk .pdf. Anda perlu muat turun, cetak dan isi butiran yang diperlukan. Lengkapkan butir seperti yang dikehendaki. Dalam borang juga dimasukkan perenggan perakuan dan pernyataan penafian. Tandatangan jika setuju.

Untuk mereka yang di bawah umur 18 tahun, tandatangan kebenaran ibubapa diperlukan.

Borang yang telah siap diisi bolehlah difakskan kepada penganjur kepada nombor faks yang diberikan. Sertakan sekali slip pembayaran. Ataupun, borang berserta slip pembayaran boleh discan. Kemudian dihantar kepada penganjur melalui e-mel.

Gunakan mana-mana kaedah yang anda rasa selesa. Pastikan anda membuat susulan dengan penganjur untuk memastikan pendaftaran anda telah diterima.

Pendaftaran Secara Berkumpulan


Pendaftaran juga boleh dibuat secara pukal berkumpulan. Biasanya dibuat atas nama persatuan atau kelab basikal. Aliran prosesnya sama seperti aliran proses pendaftaran individu.

Seorang wakil akan memikul amanah membuat pendaftaran. Yuran pendaftaran dikutip daripada ahli kelab/persatuan yang ingin menyertai. Jadi tolong jangan buat naya pada sipemikul amanah dengan gerakan taktikal "Engkau bayarkan dululah, nanti aku cover". Jenuhlah sipemikul amanah tu nanti.

Pembayaran boleh dibuat melalui mesin atau perbankan elektronik sama seperti di atas. Perbezaan yang ketara ialah pada butiran peserta di mana senarai butiran peserta yang akan diberikan kepada penganjur sebagai gantian kepada borang individu. Hal-hal lain sama seperti pendaftaran individu.

Setelah selesai urusan pendaftaran, simpan semua borang dan slip pembayaran baik-baik. Amat berguna sebagai rujukan dan bukti sekiranya berlaku pertikaian.

URUSKAN CUTI


Kalau anda jenis yang lebih suka cuti kecemasan (EL), tidak perlu bersusah payah membaca tajuk ini. Cuma, suka diingatkan yang tabiat mengambil cuti kecemasan ini tidak berapa digemari oleh boss. Lainlah kalau anda boss.

Cuti hari apa yang nak diambil? Bisanya sehari sebelum acara, sehari selepas acara atau sehari sebelum dan selepas acara. Bergantung kepada keadaan.

Sebagai contoh, katakan jamboree dibuat pada hari Sabtu. Tempat jamboree pula nun jauh di utara dalam jarak 300km. Hari Jumaat adalah hari bekerja. Anda perlu berada di tempat permulaan jam 7.00 pagi. Bagi yang jenis suka memandu kereta macam F1 mungkin boleh merempit selepas kerja dan sampai ke destinasi dengan lebihan masa. Bagi yang tidak suka tergopoh gapah, mungkin mahukan perjalanan yang lebih tenang. Maka, cuti pada hari Jumaat disarankan. Mohonlah cuti lebih awal supaya memudahkan diri anda, rakan sekerja dan boss anda.

Untuk contoh kedua, katakan jamboree pada hari Ahad. Tempatnya pula nun di Plentong. Untuk perjalanan pergi tiada masalah kerana hari Sabtu adalah hari cuti. Tetapi, untuk perjalanan balik, dengan penat letih jamboree lagi, lebih baik kalau diambil cuti pada hari Isnin. Perjalanan pulang anda tidak perlu tergopoh gapah. Dan anda ada satu hari rehat untuk pemulihan selepas berhempas pulas di jamboree.

URUSKAN CUTI


Untuk jamboree yang memerlukan anda untuk bermalam disebabkan jarak yang jauh, penginapan adalah satu perkara penting. Penginapan untuk berehat secukupnya sebelum berjamboree.

Biasanya penganjur akan memberikan sedikit panduan tentang penginapan berserta maklumat hubungan tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat jamboree. Elok dibuat tempahan awal bagi memastikan tempat kerana biasanya tempat penginapan cepat habis ditempah menjelang jamboree.

Pilihlah tempat dan jenis penginapan yang sesuai. Antara pilihan yang ada...

Hotel
Jenis yang paling biasa. Pilihlah hotel berapa bintang dan bulan yang anda mahu sesuai dengan kembung kempisnya kocek anda. Tanyakan sama ada basikal dibenarkan dibawa ke dalam bilik hotel. Maklum barang baik lagi mahal, mana boleh dibiarkan tak berjaga rapi.

Inap desa (homestay)
Jenis penginapan yang semakin masyhur. Sangat sesuai untuk kumpulan besar dan tempoh masa yang singkat. Juga biasanya lebih mesra kocek.

Rumah saudara, kawan dan kenalan yang berdekatan.
Bila lagi nak manfaatkan peluang berziarah mengeratkan silaturrahim. Sambil berjamboree, boleh manfaatkan untuk menziarahi saudara mara handai taulan. Seeloknya maklumkan dulu tuan rumah dan dapatkan keizinannya. Jangan main terjah saja. Saya pernah diberi penghormatan oleh seorang kenalan basikal yang dikenali melalui BBS untuk bermalam di rumah beliau selepas Jamboree Burung Hantu tahun 2011. Saya dan kawan sangat berterima kasih di atas budi baik dan kemurahan hati Bugs.

Masjid/surau
Bagi yang muslim, masjid atau surau boleh dijadikan tempat menumpang. Cuma mungkin sesetengah masjid/surau dikunci bagi mengelak masalah kecurian. Dan, jika mahu menumpang di masjid/surau elok kalau dapat memaklumkan dan mendapatkan keizinan AJK masjid/surau. Juga, ingatlah yang masjid surau itu tempat suci dan mulia. Peliharalah adab dan susila jika mahu bermalam atau memasuki kawasan masjid. Ada beberapa insiden yang saya pernah lihat sendiri di mana pengayuh dengan selamba berkeliaran di dalam kawasan masjid dalam keadaan aurat tidak ditutup dengan sempurna.

Berkhemah
Ini untuk pengayuh yang membara semangat kembaranya. Tebar saja khemah di mana yang sesuai. Pastikan berhampiran dengan punca air dan bilik air. Kena bersusah payahlah sedikit untuk mengusung khemah.

PERSIAPAN DIRI


Pergi ke jamboree bukan macam pergi berkelah. Piawai biasa jarak jamboree ialah sekitar 40km ke 50km. Elok siapkan diri untuk mengharungnya.

Kalau anda belum pernah berkayuh sejauh itu, eloklah mencuba. Bina upaya dan ketahanan diri untuk mengharungi jarak sedemikian. Jamboree ini kalau dapat dihabiskan, akan terasa satu kepuasan yang amat sangat. Sebaliknya, kalau terpaksa menjadi ayam, rasa terkilannya menjeruk berhari-hari. Jadi, sediakan dan biasakan diri anda dengan jarak yang bakal ditempuh.

Laluan untuk jamboree bukannya laluan permaidani merah ke majlis gala. Perhatikan maklumat laluan yang diberikan oleh penganjur. Biasanya akan ada pendakian curam dan panjang. Bila ada pendakian, pasangannya pula laluan meluru turun. Ada yang bertahap biasa dan ada yang bersifat teknikal. Selalu sangat bertembung dengan suasana menolak basikal beramai-ramai dengan gaya lenggang mak limah nak pergi pasar. Sayang sekali pada sesetangah tempat yang ditolak itu sepatutnya boleh dikayuh.

Tolonglah diri anda untuk menikmati jamboree dengan lebih berperisa dengan meningkatkan kemahiran anda. Luanglah sedikit masa untuk belajar, berlatih bagi meningkatkan kemahiran diri. Mulai sekarang, peruntukkan sedikit masa apabila keluar berkayuh untuk menajamkan kemahiran teknikal. Belajar membelok dengan teknik yang betul. Belajar menjadikan brek depan (yang dituduh berhantu dan berpuaka itu) sebagai sahabat anda yang sangat berguna. Belajar teknik menuruni cerun dan teres. Cuba...cuba...dan cuba. Hah! Apa tunggu lagi. Untuk kayuhan terdekat ini, amalkan! Biar orang lain pelik melihat anda mencuba sesuatu bahagian denai berulangkali. Sekali anda berjaya menawan sesuatu bahagian denai yang anda geruni, percayalah...Rasa yakin diri anda akan bertambah kepuasan mengayuh anda akan mencanak naik. Pokoknya, bukan kena peluk pokok, tapi anda harus mahu belajar dan mencuba. Boleh tak ni?

PERSIAPAN BASIKAL


Kuda kesayangan anda juga perlu dipersiapkan. Mana-mana bahagian yang longgar dikemaskan. Biasanya pada bahagian set kepala, braket bawah dan hub. Periksa untuk kelancaran. Bahagian yang mempunyai alas bebola diperiksa. Kalau perlu diminyakkan, minyakkan. Bunga tayar mencukupi. Pad brek mempunyai cukup ketebalan. Pertukaran gear diperiksa. Kalau lari dan melompat, perlu ditalakan semula. Itu antara perkara yang perlu diberi perhatian. Selenggaraan dan persediaan ini membantu mengurangkan pincang tugas dan kerosakan sewaktu berjamboree. Jagalah dan persiapkan basikal anda dan ia akan kembali menjaga anda.

AKTIFKAN RADAR - pasang mata dan telinga


Apa pulak sampai terkeluar radar ni? Pada basikal ada roda. Radar tak pernah pula nampak. Ini bercakap secara maknawiyah, bukan harfiah. Maksudnya di sini, ikuti perkembangan jamboree. Mungkin ada kemaskini atau makluman penting daripda penganjur. Rajin-rajin menyemak laman web atau blog penganjur untuk perkembangan mutakhir. Ini akan menghindarkan anda dari terjebak dengan sebarang kejutan. Mungkin ada perubahan pada laluan, perubahan pada maklumat logistik, perubahan tempat permulaan dan seumpama. Dengan aktif radar, anda akan sentiasa maklum dengan perkembangan terkini dan terselamat daripada kejutan tak memasal.

Checkpoint 2 untuk Jamboree Sudah Maree sampai di sini. Diharapkan apa yang dibebelkan di sini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan terutama kepada mereka yang baru pertam kali mahu menyertai jamboree.

Selamat berjamboree!!!.

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 07:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BUDAYA MELAYU SEMENANJUNG DAN SINGAPURA

Posted: 25 Jun 2012 07:12 AM PDT

Pengasas ASAS '50 Cikgu Mohamad Arif Ahmad (MAS) sewaktu ditemui di rumahnya di Singapura. Foto diabadikan A.F.Yassin ketika penggambaran Jejak Bahasa di Singapura terbitan DBP-TV3 pada tahun 2001.

Menghayati Budaya Melayu di Malaysia dan Singapura

Ada dua petemuan penting bulan Jun lalu jika mahu mencari sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.

 Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.

 Di Rumah Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku "Perjalanan MAS" terbitan ASAS '50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS '50.

 Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.

 Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya  masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.

 Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, dalam ucapan pembukaannya tetap mahu bernostalgia tentang keadaan orang Melayu Singapura dulu-dulu. Sambil itu Ismail menyanjung keupayaan Melayu Singapura bersaing dengan lain-lain etnik. Ia adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup walaupun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran. Orang Melayu Singapura perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan dan proses penyesuaian ini menjadi teras dinamika umat Melayu Singapura.

 Seorang peserta yang hadir menyamakan keadaan Melayu Singapura hampir bersamaan dengan keadaan yang serupa dengan kaum minoriti Cina di Malaysia. "Mereka tidak leka, tidak mengharap dan lebih banyak berdikari," katanya. Ini adalah reaksi spontannya setelah mendengar hujah ahli panel, Djamal. Kata Djamal, "Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani katalah misalnya, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri."

 Menurut Djamal kebanyakan orang Melayu Singapura perlu meningkatkan keupayaan dalam hampir semua bidang. Katanya, "Dalam bidang teknologi maklumat, misalnya, ramai keluarga Melayu sudah mempunyai menguasai teknologi ini. Saya sendiri, bukan nak menyombong, mempunyai tiga komputer di rumah."

 Bagaimanapun, Djamal sedikit resah dengan identiti Melayu di negara pulau itu adalah "sesuatu yang mulai terhakis." Judul kertas kerjanya sendiri mengakui anggapannya ini. Djamal cuba "mendakapnya kembali....asing tapi mesra." Bagi Djamal, ungkapan "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" bagi sesetengah orang  "mulai sedikit demi sedikit  kehilangan nilai dan wibawanya". Bagi orang Singapura identiti Melayu  antara ada dan tidak ada. Djamal mengungkap, "Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras."

 Lain pula halnya dengan pandangan Zainal Borhan. Baginya keMelayuan di Malaysia membawa konotasi nasionalisme, semangat yang pada awalnya diperjuangkan Guru-guru Sekolah Melayu, tidak terkecuali para lulusan Maktab Perguran Sultan Idris. Mohamad Arif, pengasas ASAS '50, yang bukunya dilancarkan di majlis dialog, kini rakyat Singapura merupakan salah seorang anak kandungnya. Semangat nasionalisme Melayu dalam diri Ariff nyata telah "diubahsuai" untuk membolehkannya menjadi pemangkin kepada gerakan reformis minda orang Melayu Singapura. Seperti yang dijelaskan Zainal, "Generasi seperti MAS (Ariff) semasa muda mempunyai pendirian dan pendapat malah kekuatan ideologi mengenai soal-soal penting bangsa. Mereka memiliki idealisme yang bertunjangkan kemelayuan."

 Ariff dan golongan seangkatannya, baik di Singapura lebih-lebih lagi di Malaysia, adalah ibu dan  bapak bangsa Melayu. Zainal merindukan mereka, terutama apabila isu-isu yang berkaitan dengan Melayu hari ini semakin mula dipergonjengkan. Seolah-olah satu azam politik untuk memperkukuh semangat Melayu hampir terhakis punah dibenam oleh dampak pembangunan.

 Zainal mahu semangat nasionalisme untuk pembinaan bangsa oleh generasi perintis terdahulu dan para pemikir bangsa ketika itu yang terdiri daripada guru-guru Melayu perlu digemakan kembali dalam seperti katanya, "kerangka mempertegaskan kebudayaan bangsa secara beterusan... semangat generasi itu diangkat sebagai memori kolektif bangsa untuk menyedarkan para pemimpin politik, ekonomi, pendidikan, birokrat, teknokrat, korporat, akademik dan generasi pembangunisme." Zainal khuatir jika memori kolektif bangsa hilang begitu sahaja maka usaha memajukan bangsa daripada sudut kebudayaan dengan mengenengahkan persoalan bahasa, sastera dan budaya Melayu akan dianggap remeh belaka. Malah akan ada golongan yang mendakwa bahawa memupuk semula semangat nasionalisme sudah ketinggalan zaman.

 Seruan yang ada dan satu-satunya opsyen ialah guru-guru generasi hari ini, terutama guru Melayu, baik di kota mahupun di kampung mesti memanfaat ruang yang wujud di zaman pemimpin baru Malaysia. Hai ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kecerdasan, memperkukuh kemahuan, memperhalus perasaan, memperhebat kecintaan kepada Melayu dan budaya bangsa di setiap hati nurani anak-anak sekolah. Tidak ada jalan lain.

 Di Singapura pula kebersamaan budaya Melayu perlu ditingkatkan penghayatannya seperti yang telah dirintis Ariff. Usaha ini menjadi bertambah penting kerana seperti yang dikatakan Masuri SN, "Orang Melayu, terutama generasi mudanya sudah tidak lagi melihat budayanya sebagai satu yang perlu dipersoalkan lagi. Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu." Hal ini amat terserlah terutama dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu republik itu.

Menurut kajiannya, ada kecenderungan orang Melayu Singapura, terutama golongan remajanya, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan sehari-hari mereka, kecuali ketika bersama keluarga di rumah. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Hanya mereka tidak "merojakkan" kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Setidak-tidaknya inilah hasil kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Putera Malaysia, Ain Nadzimah Abdullah terhadap  60 responden, yang terdiri daripada orang Melayu Singapura. Kajian ini dibentangkan sebagai salah satu kertas kerja penting di Simposium  di Serdang itu.

 Apapun jua keadaan kosmopolitan orang Melayu di Singapura, walaupun baik dari sudut kemajuan bangsa yang bernama Melayu, cenderung untuk menuju ke arah pembentukan sikap dan cara hidup Melayu yang diaspora sifatnya. Melayu Singapura bukan Melayu diaspora. Yang dibimbangkan kekosmopolitannya akan cenderung untuk mewujudkan suasana seperti apa yang berlaku kepada orang Melayu di Afrika Selatan, Nadagaskar atau Sri Lanka. Waris-waris Melayu di sana hari ini menganggap mereka masih Melayu, tetapi cara hidup, tingkah laku, sikap dan dunia fikir semuanya tidak lagi melambangkan keMelayuan yang dirundukan Zainal Abidin Borhan dan mungkin sahaja Djamal atau Ariff sendiri.

 Demikianlah, dua negara jiran yang dahulunya merupakan sebuah entiti politik jua, mengalami proses pembudayaan yang menuju halanya masing-masing, dengan faktor-faktor politik, ekonomi dan budaya setempat memainkan peranan penting. Barangkali pula Melayu Singapura lebih memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk masyarakat Melayunya kembali kepada identiti Melayu yang lebih tradisi dan tulen sifatnya. Sedangkan Melayu di Malaysia perlukan pula penghayatan yang lebih mendalam untuk kembali kepada semangat budaya bangsa. Tidak kiralah apa dan bagaimana bentuknya budaya bangsa itu!

Yaaob Ibrahim, warga Melayu Sngapura
Rencana ini pernah disiarkan dalam Dewan Budaya, majalah bulanan terbitan DBP.         

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


pekena asam pedas <b>di parit jawa</b> muar - warna-warni kehidupanku

Posted: 19 Nov 2012 05:30 PM PST

sambung lagi ye...sampai aje pekan Parit Jawa , terus singgah ke medan selera Parit Jawa  . kebetulan kami semua mmg belum makan apa-apa lagi utk lunch , so bila dah sampai Muar , mmg terbaek arr nak isi perut yg tengah keroncong ni .

kat medan selera ni , makanan utama adalah masak asam pedas . ada pelbagai jenis ikan dan ikan-ikan ni semua mmg fresh semuanya . mana tak freshnya , dihadapan medan selera ni , adalah  jetty nelayan...nelayan balik dari mengail , mmg ikan-ikan tu terus aje masuk periuk masak asam pedas . makan kat situ , dah la sedap , view pun cantik utk sejukkan mata memandang .

hari tu , au singgah di kedai No 1 , kedai Mak Pon namanya , kami pekena masak asam pedas ikan sembilang ( fuhh...mmg feveret aku tu )  , telur dadar dan kicap manis cap udang aje...3 kombinasi yg terbaek kalau korang mkn asam pedas...klu nak tau betapa kicknya , cuba la buat?!

selesai  makan , kami tak balik ke rumah , terus ke bandar Muar utk amik baju yg siap ditempah...ala , baju basahan ke opis aje...pas tu , terus makan lagik utk dinner pulak....mmm...giler punya makan bila dok kampung ni..huhuhuhu


asam pedas ikan sembilang...best dan sedap!!

veiw di hadapan kedai...deretan bot-bot nelayan di Parit Jawa ,Muar



parking depan kedai coz dah lapar sgt dah gamaknya...

ads