Isnin, 24 Disember 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


isu <b>pengerang</b> : ini adalah artikel terbaik <b>...</b> - Gerakan Anti PKR

Posted: 22 Dec 2012 12:51 AM PST


LAPORAN KHAS Jika anda di Pengerang, dan berkereta di laluan pesisir pantai antara Teluk Ramunia hingga ke Tanjung Pergelih, anda akan dapati deretan kapal kargo berlabuh di perairan tersebut menunggu giliran masuk ke Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.
Ratusan kapal itu, ada yang berlabuh berbulan-bulan di situ berikutan kadar caj yang murah, RM0.20 sen setan, berbanding SD2 di Singapura. Rata-ratanya menunggu 'job' sebelum berlayar ke destinasi seterusnya.
Sejak Komplek Petrokimia di Jurong Singapura siap pada awal tahun 70-an. Deretan kapal tersebut merupakan pemandangan biasa bagi penduduk Pengerang, kawasan hujung paling Selatan Semenanjung Malaysia.
Ketika Malaysia hanya menikmati caj murah dari ratusan kapal yang menunggu giliran membeli dan mengangkut minyak dari Jurong Singapura, beberapa tahun lagi semuanya akan berubah.
Malaysia akan membina sendiri Komplek Hab Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) PETRONAS di Pengerang dan mengikut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ia merupakan sebahagian daripada Program Transformasi Ekonomi (ETP) dengan pelaburan paling besar.
Angka pelaburan meningkat dari hari ke hari, yang terakhir pada 17 Disember lalu RM170 bilion. Tiga hari Agendadaily di kawasan tersebut dalam misi khas mencari jawapan kenapa pembangkang bertelagah sesama sendiri dalam soal pelaburan besar kerajaan di Pengerang.
Jika dalam kes-kes lain pembangkang sepakat menentang, tapi di Pengerang, jika ikut Pengerusi PKR Johor Datuk Seri Chua Jung Men mula-mula kenyataannya Pakatan Rakyat (PR) akan hapuskan projek Pengerang jika berjaya tawan Putrajaya dalam PRU-13.
Tak berapa lama, bos Chua, Datuk Seri Anwar Ibrahim kata pembangkang bukan nak hapuskan tetapi tangguhkan perlaksanaannya, yang kemudian ditambah oleh Chua Jung Men dengan kata hendak pindah projek tersebut ke Kerteh Terengganu.
Hu-ha pembangkang tidak selesai di situ sahaja, ketika PKR dan DAP seperti sepakat hendak hapus, tangguh atau pindah lokasi projek tersebut, tiba-tiba Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, yang juga anak Johor, keluar kenyataan tidak akan pindah projek itu dari negerinya.
Kecelaruan kenyataan pemimpin PR itu buat ramai orang tertanya-tanya, projek apa sebenarnya yang dirancang kerajaan di Pengerang.
Projek tersebut, kata Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said akan menjadi sumber kekayaan baru negara.
"Apabila ia siap sepenuhnya kelak, 40 peratus dari KDNK negara adalah dari perlaburan di Pengerang,"katanya kepada Agendadaily.
Bukan itu sahaja, pelaburan dengan nilai ratusan bilion sudah tentu akan membawa rahmat kepada penduduk Pengerang bayangkan dalam proses pembinaannya RAPID akan menawarkan 40,000 pekerjaan yang menurut Azalina,"Anak-anak muda Pengerang tidak perlu berhijrah lagi untuk mencari rezeki."
Dan sudah tentu kehadiran tenaga kerja bagi menjayakan projek itu bakal membawa limpahan ekonomi kepada pelbagai sektor perkhidmatan, yang boleh dimanfaatkan penduduk dan syarikat tempatan.
Bayangkan begini, Pembangunan yang dirancang PETRONAS di Pengerang ini adalah pada skala lebih besar daripada yang sudah dilaksanakan di Tangga Batu, Melaka; Kerteh, Terengganu atau Gebeng, Pahang dihimpunkan sekali.
RAPID dijangka siap pada 2016, akan lebih besar, moden, canggih, dan strategik dari Komplek Petrokimia di Pelabuhan Jurong Singapura.
Komplek Petrokimia di Jurong itu dibina pada awal tahun 70-an, dan kekal menjadi salah satu pendapatan teras negara tanpa hasil bumi itu.
Lebih 40 peratus pendapatan eksport perlabuhan Singapura adalah dari hasil minyak dan gas berasal dari industri yang dibangunkan oleh republik tersebut sejak 40 tahun lalu.
Ketika itu, Malaysia menumpukan sepenuh perhatian kepada mengurus dan menjual hasil bumi yang terdapat di perairan negara dengan mewujudkan PETRONAS pada 1974.
Kini, seiring dengan pembangunan negara, kerajaan perlu memikirkan pelaburan baru berimpak tinggi, seperti fasa kedua, selepas PETRONAS mampu bersaing di peringkat global sebagai pengeluar minyak utama dunia.
Kerajaan pimpinan Najib, ingin mengulangi, kecemerlangan ayahandanya, Tun Abdul Razak (pencetus idea PETRONAS) untuk membawa negara ke tahap yang lebih gemilang.
Mencipta pelaburan berskala besar dan peluang pekerjaan baru menjelang tahun 2020.
Untuk tujuan tersebut, fasa pertama, projek ratusan bilion ini dibangunkan oleh Dialog Group Bhd, adalah tempat simpanan minyak atau nama lengkapnya Terminal Tangki Laut Dalam Bebas.
Proses pembinaannya sedang giat dijalankan dan dijangka siap pada 2014 yang digambarkan secara mudah oleh Pengerusi Pengerang Independent Terminal Sdn Bhd, Ngau Boon Keat (gambar kiri) mereka sedang membina Singapura kedua di Pengerang.

"Jika mereka boleh membinanya, mengapa rakyat Malaysia tidak boleh?" ujar individu awal yang pernah bekerja dengan PETRONAS ketika awal penubuhannya dulu.
Menurut beliau, industri minyak dan gas merupakan pelaburan strategik yang akan  mewujudkan peluang perkerjaan dengan gaji lumayan yang sudah pasti akan menarik minat 'the best brain' ke Malaysia seperti 'the best brain' ini beramai-ramai ke Singapura pada tahun 70-an.
"Sekarang ini pun, ramai rakyat Malaysia yang bekerja di Dubai, Qatar ataupun Arab Saudi di mana terdapat pekerjaan dalam industri minyak dan gas yang memberikan pendapatan lumayan,"kata tokoh industri minyak dan gas yang cukup berpengalaman itu.
Betapa ruginya Malaysia, jika hanya menjual minyak sahaja tanpa mengambil kesempatan untuk mencipta pelaburan dan peluang pekerjaan bergaji lumayan di dalam industri ini.
Lihat saja deretan kapal-kapal yang menunggu giliran untuk masuk ke Pelabuhan Jurong itu, bukan puluhan, bahkan ratusan setiap masa sepanjang tahun.
Sebab itu dalam pertemuan dengan penduduk Pengerang Selasa lalu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin  berkata keputusan kerajaan membina hub minyak dan gas di Pengerang adalah satu rahmat.
"Kebetulan tidak ada tempat lain yang lebih sesuai dan strategik dari Pengerang untuk Malaysia memulakan langkah menjadi pemain utama industri hab minyak dan gas di Asia Pasifik kecuali di Pengerang.
"Ia anugerah Allah SWT kepada rakyat Pengerang, Johor dan Malaysia," kata Muhyiddin.
Rahmat itu bagi penduduk Pengerang, ada yang jangka pendek dan panjang, jangka pendeknya, untuk proses pengambilan 22,000 hektar tanah yang ditebus semula oleh kerajaan.
Setiap kaki persegi tanah yang sah pemiliknya, ada yang dibayar sehingga RM8.30 sekaki persegi bergantung kepada lokaliti.
"Saya tahu ramai depan saja ini Orang Kaya Baru," gurau Muhyiddin, ketika berucap di hadapan kira-kira 5000 penduduk Pengerang di Dataran Sungai Rengit -tempat yang sama pembangkang buat himpunan Hijau bantah RAPID September lalu.
Ketika himpunan Hijau itu kehadiran 1500, dengan 80 peratusnya, kata sumber keselamatan, adalah orang luar.
Juak-juak pembangkang tidak ada isu untuk bangkitkan di Pengerang, mereka gunakan penyokong taksub untuk berkempen atas nama HIJAU iaitu takut projek tersebut menjejaskan alam sekitar.
"Mereka kena tipu... Komplek Petrokimia di Jurong Singapura itu dibuat ditengah-tengah bandar, pernah kita dengar soal pencemaran?" soal Menteri Besar Johor Datuk Ghani Othman ketika berucap bersama TPM di Sungai Rengit.
Ada sebab mengapa Pengerang dipilih untuk projek berskala besar ini. Selain kedudukan yang strategik iaitu laluan laut paling sibuk di Selat Melaka.
Perairan di Pengerang juga antara yang paling dalam, 24 meter, (tidak ada pelabuhan lain di Malaysia sedalam itu) membolehkan ratusan kapal berlabuh hanya pada jarak 2 kilometer dari dataran.
Di Jurong, kedudukannya 8 kilometer dari daratan dengan kedalaman 18 meter.
Kedalaman perairan dan jarak dengan dataran adalah penting ketika bercakap tentang pembinaan Terminal Tangki Laut Dalam Bebas bagi industri simpanan minyak mentah.
Lebih dalam perairan dan lebih dekat jarak dengan dataran adalah lebih strategik ketika proses pengisian minyak dan gas ke kapal-kapal yang berlabuh.
"Pengerang mempunyai ciri-ciri semula jadi sebagai pelabuhan terlindung dengan kemudahan jeti sepanjang 1.9 kilometer dengan kedalaman 24 meter yang berupaya menampung Very Large Crude Carriers (VLCCs) atau Ultra Large Crude Carrierss (ULCCSs).
"Apabila siap sepenuhnya pada 2014, kawasan itu akan berubah wajah seperti Perlabuhan Rotterdam di Belanda, sekaligus mampu beroperasi sebagai Rotterdam Asia,"kata Ngau Boon Keat.-21/12/2012
Siri pertama dari lima siri berhubung pembangunan berkepentingan nasional di Pengerang. Wartawan Helme Hanafi ke sana pada 16 hingga 18 Disember bagi mengumpul maklumat mengenai projek tersebut yang akan disiarkan setiap minggu oleh Agendadaily. Siri kedua akan menjawab segala tohmahan pembangkang mengenai aspek kesihatan, keselamatan, sekuriti dan alam sekitar (HSSE).

01 di chaah johor - Google Blog Search

01 di chaah johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 27 Nov 2012 03:54 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Nov 2012 03:38 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Nov 2012 03:59 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Aug 2012 03:34 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Posted:

[unable to retrieve full-text content]

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 03:08 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 21 Nov 2012 03:16 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jul 2012 03:19 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

perkhidmatan lori sewa <b>johor</b> bahru 0127518662 | SewaLori.Com

Posted: 31 Jul 2012 07:44 AM PDT

Jenis Lori | Type of Lorry

all lorries

Description

We provide perkhidmatan lori sewa johor bahru keseluruhan Malaysia seperti dibawa:-
Ulu tiram,kota tinggi,mersing,pengerang,desaru,bukit penawar,masai,pasir gudang,
Tebrau,ayer baloi,gelang patah,pontian,kukup,benut,senggarang batu pahat,kluang
Simpang renggam,machap,yong peng,labis,chaah,segamat,tangkak,muar,sedenak,senai,kulai,
Pulai,air hitam,sri gading,pagoh.

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di chaah johor</b> - Google Blog Search

Posted: 11 Jun 2012 03:29 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kembara Mahkota <b>Johor</b> 2012 « The "thirteen million plus Ringgit <b>...</b>

Posted: 12 May 2012 08:55 AM PDT

Kembara Mahkota Johor 2012 DYMM Tuanku Sultan Johor Tuanku Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al Haj tahun ini akan bermula di Kulaijaya. Ianya akan di 'flag off' oleh Perdana Menteri Dato' Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Selepas 'flag off' di Kulaijaya ini, Kembara Mahkota Johor 2012 (KMJ 2012) akan ke Penggerang bagi merasmikan projek RAPID. Kemudian rombongan baginda akan terus ke Felda Bukit Aping Barat dan Felda Residences di Tanjung Leman. Tuanku akan bermalam di Mersing.

Hari kedua, KMJ 2012 akan ke Felda Nitar 2, Kg Parit Hassan, Simpang Renggam, Majlis Ramah Mesra di Yong Peng, Taman Tasek Awam di Chaah sebelum bermalam di Segamat.

Hari ketiga memperlihatkan KMJ 2012 di Dataran Segamat, Kg. Teratai, Ledang, Kg Kesang Tasek, Parit Jawa, Muar, Kg. Parit Lapis Banggas sebelum berakhir di Batu Pahat.

Hari terakhir KMJ 2012 bermula di Dataran Penggaram, Kg Puteri Menangis, Pontian, Kompleks Kommuniti Kempas dan berakhir di Plaza Angsana.

Tahun ini, Kembara Mahkota Johor 2012 akan mengambil masa 4 hari. Ianya akan berakhir di Johor Bahru pada Rabu 16 Mei 2012.

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 03:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 03:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rohani Property Management: Bilik <b>di</b> Tmn Pasir Putih, <b>Masai Johor</b>

Posted: 05 Mar 2012 12:31 AM PST

Bilik untuk di sewakan di jalan Seluang, Tmn Pasir Putih, kekosongan untuk lelaki (diutamakan). Rumah jenis Double stry 3 bilik. Rumah siap barang ada katil, tilam, meja makan, sofa dan dapur. Lokasi berdekatan dengan tg puteri resort, tg langsat, mmhe, sime darby, johor port dll. Sewa RM250 sebulan termasuk air dan api. Kemasukan segera. Berminat, sila buat tempahan di talian 016-734 7120.

Caramel Toffee » SURAT TERBUKA UNTUK PKP SMK KOTA <b>MASAI</b>

Posted: 26 Jun 2012 07:04 AM PDT

Surat Terbuka Untuk Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Saya seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Rantau Panjang, Kelantan dan juga isteri kepada seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SKOMAS), Pasir Gudang, Johor amat kesal dengan sikap tidak bertimbang rasa dan juga ketidakperihatinan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah tersebut.

Pada hari Sabtu yang lalu, berlaku kes kecemasan di mana suami terpaksa membawa saya ke hospital. Pada hari yang sama, SKOMAS mengadakan Hari Terbuka sekolah. Suami saya meminta kebenaran untuk menghantar saya ke hospital. Adalah menjengkelkan apabila PKP tersebut sanggup memberi cadangan agak kejam supaya suami saya meninggalkan sahaja saya di bilik air ataupun di rumah SEORANG DIRI sedangkan beliau tahu saya cuma berada di Johor pada hujung minggu sahaja. Beliau beranggapan sakit saya tidak serius dan boleh ditolak ketepi.

Pada hari bekerja seterusnya, beliau terus menyarankan supaya suami membawa saya tinggal bersama dan bertugas di Pasir Gudang. Beliau langsung tidak bertanyakan khabar saya yang terpaksa dihantar suami ke hospital, sebaliknya melontarkan cadangan ini kononnya untuk menyenangkan suami. Cadangan ini amat menyakitkan hati kerana sebelum ini, suami telahpun meminta untuk berpindah ke Kelantan tetapi permohonannya tidak berjaya, mungkin kerana suami mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas-kelas peperiksaan. Kami tidak terlalu terkilan kerana sudah boleh mengagak kegagalan yang bakal dihadapi. Ianya bukanlah kerana tiada kekosongan di Kelantan (ada lebih kurang 100 kekosongan guru Bahasa Inggeris di Kelantan) tetapi kerana PPD Pasir Gudang sendiri tidak menyokong permohonan, apatah lagi  di peringkat JPN Johor. Suami bagaimanapun bertekad untuk tidak berputus asa meminta bertukar keluar dari Johor kerana sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebab tersebut termasuklah untuk membantu saya yang tinggal menjaga ibu bapa saya di kampung.  Kami telah berbincang tentang hal ini sebelum berkahwin, jadi beliau atau sesiapun terutamanya yang tiada pertalian tidak berhak untuk mengubah pendirian kami.

Ingin saya nyatakan di sini adalah kejam untuk beliau meminta saya berpindah ke Johor sedangkan sayalah satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapa yang telah tua. Seorang abang saya bersama kakak ipar juga tidak dapat berpindah keluar dari Johor (Pasir Gudang), kejamlah jika saya juga pindah bekerja jauh daripada mereka setelah penat ibu bapa berdoa dan bersolat hajat meminta supaya saya dapat berada dekat dengan mereka! Jika saya sakit dan suami tiada berdekatan, ibu bapa saya pula yang perlu bersusah payah menjaga saya sedangkan itu sepatutnya tugas saya. Lagipun jikalau saya berpindah ke sana, sudah tentu beliau akan memberi cadangan supaya suami tinggalkan sahaja saya kesakitan seorang diri di rumah. Suami cuba menerangkan perkara ini kepada beliau namun beliau tidak langsung ingin mendengar apa-apa penjelasan. Sungguh sombong dan tidak perihatin. Saya tidak sangka seorang wanita yang berpangkat dan waras boleh bertindak tidak bertimbangrasa seperti beliau. Beliau sepatutnya menjadi contoh. Beliau juga sepatutnya memberi dorongan kepada guru-guru baru, bukannya mematahkan semangat mereka.

Mungkin beliau tidak pernah berhadapan dengan situasi di mana ahli keluarga beliau sakit dan beliau terpaksa bergegas ke hospital. Saya harap beliau akan lebih prihatin dan bertimbangrasa dengan memikirkan perasaan orang lain pada masa hadapan.

Saya sayangkan profession ini tetapi mungkin belum masanya profession ini sayangkan saya, apatah lagi pihak-pihak yang berada di atas seperti PKP berkenaan yang langsung tiada rasa simpati. Mungkin beliau tidak pernah mengalami situasi sebegini.

Adlina.
PPPS Opsyen TESL

p.s/Aku sebenarnya nak layangkan surat ni ke sekolah terus. Takpun PPD Pasir Gudang. Paling best, hantar terus ke JPN Johor. Of course la tak masukkan bab tak dapat tukar tu but still… Aku memang tak puas hati dengan PKP ni! Nasib baik bukan PKP aku >:(

© 2012, Adlina. All rights reserved. Please link back to this page if quoted.

(GAMBAR) Kilang terbakar <b>di</b> Taman Megah Ria <b>Masai Johor</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2012 04:42 AM PDT

Sebuah kilang memproses minyak pelincir kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, di Pasir Gudang hari ini.

Kejadian pada pukul 4.19 petang tersebut dipercayai berpunca dari bahagian bawah premis dua tingkat tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, pihaknya terpaksa menggunakan semburan air buih untuk mengawal kebakaran, namun sehingga pukul 8 malam ini, api masih lagi marak.

"Ia kerana bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan minyak pelincir yang likat dan susah untuk dipadamkan apabila terbakar.

"Bomba juga menghadapi masalah tekanan air rendah yang turut menjejaskan operasi memadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hamid menjelaskan, ketika pihak bomba tiba pada pukul 4.30 petang, api sedang marak dan kesemua pekerja kilang berkenaan termasuk pemiliknya, Voon Lin Yau, 62, berjaya menyelamatkan diri.

Tambah beliau, kebakaran itu turut menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil.

"Setakat ini, anggaran kemusnahan dan kerugian belum dapat dipastikan," ujarnya.

Beliau menambah, sebanyak enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Johor Jaya dan Pasir Gudang bersama 38 anggota terlibat dalam operasi tersebut.




Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 17 Sep 2012 03:40 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 15 Sep 2012 03:11 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Kulaan Niring: Puaka Niring : Misteri Kipmai <b>Masai Johor</b>...

Posted: 02 Sep 2012 05:04 AM PDT

Kipmart Masai, di sinilah dulu terdapat sebuah surau lama yang di katakan 'berpenghuni'
Tahukah korang bahawa setiap surau 'berpenghuni'? Apatah lagi jika surau tersebut dah lama tak digunakan? Maka terjadilah tempat-tempat jin melepak.. Jangan disangka rumah kosong yang dibiarkan lama je 'berpenghuni'.. heh heh..
Surau sepi ini berdekatan dengan pekan Masai.. Surau tu dibuat persinggahan atau pun rumah tumpangan untuk pekerja kontrak MSE pada masa itu sekitar tahun 1980an. Kalau surau tu di guna sekalipun, cuma untuk beberapa kerap sahaja.. Sehinggalah datang seorang ustaz untuk mengajar kuliah di surau berkenaan..
Yang anehnya setiap kali mengikuti kuliahnya pasti apa yang diajar pada hari itu adalah perkara atau masalah yang dihadapi pada hari itu walau pun pengikut kuliahnya tidak menyuarakan apa-apa pertanyaan.. Ustaz itu sepertinya mengetahui masalah mereka..
Ustaz ini amat daif kehidupannya dari segi harta. Semua kenderaan yang digunakan adalah sumbangan dari anak muridnya. Dia tinggal di rumah setingan & mempunyai anak yang ramai.. Berulang alik menaiki motor dari Kota Tinggi ke Masai untuk membuat kuliah agama. Masyallah hebatnya ustaz nih.. Tetapi begitulah rupanya Allah lebih sayang kepadanya... Dia telah kembali ke rahmutullah pada tahun 1990an.
Tahukah di mana lokasi surau itu sekarang? Bangunan surau ini telah pun dirobohkan oleh PBTPG (kini dikenali sebagai Majlis Perbandaran Pasir Gudang) dengan alasan untuk menggantikan surau yang baru.. Tetapi sampai sekarang habuk pun tak ada.. Sekarang ni tapak tersebut telah didirikan sebuah pasaraya KIPMART..! ya KIPMART MASAI..!

Sebelum dirobohkan dulu, ada juga penduduk setempat yang mengatakan bahawa ternampak kelibat orang bersembahyang dikala Maghrib & Isyak.. Lampu terang benderang.. tetapi bila diperiksa pada siang hari, tiada pula kesan bekas tayar kereta, motosikal mahupun basikal.. Lagipun surau berkenaan dah lama tiada bekalan elektrik..! Dari segi cerita ini kita dapat tahu bahawa yang menumpang sembahyang itu adalah jin-jin Islam..

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 31 Jul 2012 04:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Tembikai 27, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 31 Jul 2012 04:46 AM PDT

Nota: Laman web ini diadakan untuk menolong pembeli rumah mencari rumah lelongan awam johor / rumah lelong johor / hartanah lelong oleh bank bank di Malaysia. Semua maklumat disediakan boleh diubahsuai tanpa sebarang notis selanjutnya, sila hubungi kami untuk maklumat terkini.  

By accessing, using or browsing on this Site you agree that you have read,understood and agree to be bound by these Privacy Policy and to comply with all applicable laws, rules and regulations. 

Rumah Lelong Bank Johor
Reviewed by Lelong Bank on July 17 2012
Rating: 4.5

Best viewed using FireFox 3.0+, Internet Explorer 8.0+, Chrome 7.0+, a resolution of 1024 x 768 or higher.

End Lot | Jalan Delima 19, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>...</b>

Posted: 25 Jul 2012 01:15 AM PDT

Nota: Laman web ini diadakan untuk menolong pembeli rumah mencari rumah lelongan awam johor / rumah lelong johor / hartanah lelong oleh bank bank di Malaysia. Semua maklumat disediakan boleh diubahsuai tanpa sebarang notis selanjutnya, sila hubungi kami untuk maklumat terkini.  

By accessing, using or browsing on this Site you agree that you have read,understood and agree to be bound by these Privacy Policy and to comply with all applicable laws, rules and regulations. 

Rumah Lelong Bank Johor
Reviewed by Lelong Bank on July 17 2012
Rating: 4.5

Best viewed using FireFox 3.0+, Internet Explorer 8.0+, Chrome 7.0+, a resolution of 1024 x 768 or higher.

01 di pontian - Google Blog Search

01 di pontian - Google Blog Search


Jenazah rakyat Malaysia dikebumi <b>di Pontian</b> : The Selangor Times

Posted: 19 Dec 2012 08:05 PM PST

Pontian, 20 Dis: Jenazah anggota militan rakyat Malaysia yang mati ditembak di Davao, Filipina Jumaat lalu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Hj Abdul Rahman, Benut di sini.

Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan pada 7 pagi dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, pada 5.30 pagi setelah diterbangkan dari Davao, Filipina pada 9 malam tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 1 pagi.

Jenazah kemudian dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Hj Abdul Rahman dekat sini, untuk dikebumikan.

Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan masjid sebaik kenderaan membawa jenazah itu tiba.

Jenazah Allahyarham disembahyahkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah.

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.

Dilaporkn sebelum ini bahawa Mohd. Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. — BERNAMA

Category: Bahasa Malaysia

Jenazah rakyat Malaysia ditembak <b>di</b> Filipina selamat dikebumi <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 19 Dec 2012 06:20 PM PST

PONTIAN — Jenazah anggota militan rakyat Malaysia yang mati ditembak di Davao, Filipina Jumaat lalu selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam Kampung Parit Hj Abdul Rahman, Benut pagi ini.

Jenazah Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, dikebumikan pada 7 pagi dalam keadaan hujan renyai dengan dihadiri hampir 100 anggota keluarga dan kenalan.

Terdahulu, jenazah Allahyarham tiba di perkarangan Masjid Jamek Temenggong Daeng Abdul Rahman, pada 5.30 pagi setelah diterbangkan dari Davao, Filipina pada 9 malam tadi dan tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang, pada 1 pagi.

Jenazah kemudian dibawa pulang dengan menaiki van jenazah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) ke kampung halamannya di Kampung Parit Hj Abdul Rahman dekat sini, untuk dikebumikan.

Suasana hiba dan sedih menyelubungi perkarangan masjid sebaik kenderaan membawa jenazah itu tiba.

Jenazah Allahyarham disembahyahkan sebaik solat subuh dengan diketuai Imam III, Rahmat Roduan bersama lebih 100 jemaah.

Sementara itu, bapa Allahyarham Abd Kahar Sirun, 53, turut mengucapkan terima kasih kepada Kerajaan Malaysia kerana menguruskan urusan membawa pulang jenazah anak sulung daripada empat beradik itu.

Dilaporkn sebelum ini bahawa Mohd. Noor Fikrie ditembak mati oleh polis Filipina di sebuah hotel di Davao, Jumaat lalu selepas bergelut dengan pihak polis yang ingin memeriksa beg sandang berisi bom buatan sendiri dibawa isterinya. — Bernama

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Majlis Persandingan BroFramestone dan Iera Kan <b>Di Batu Pahat</b> <b>...</b>

Posted: 17 Nov 2012 07:12 PM PST


Peacee Yo(!) ^_^v
Wahh..Wahh.. Baru nak taip entry pasal #kahwinbro ke ? haha . Sorry ah wehh . Jari baru terajin nak menaip pasal ni walaupun kenduri #kahwinbro dah lepas seminggu . Lyssa nak story sikit je kot . Nak upload gambar banyak !
Ok . Lyssa mula heh ? Sebelum tu , Lyssa nak tanya , kenal tak ni ? Kenal tak ??
HAHA . Siapa tak kenal kan ? Ni lah daddy Lyssa . Opss* Bukan . Bukan . Ni lah daddy baby Qhaliff a.k.a SIFU terhebak Lyssa . SIFU tau ?? SIFU dalam dunia blogging . Siapa lagi kalau bukan Ben Ashaari . hahaha . 
Ok . Kalau korang nak tahu Lyssa pergi kenduri kahwin bro tu dengan dia lah . Ben bersama familynya yang tersayang , wife and Qhaliff. Lyssa kan stay kat Cheras masa tu ,  and pagi Ahad tu Ben ambik Lyssa kat Alamanda dan terus bawak pergi kat rumah dia sebab nak ambik wife dia dan terus bertolak ke Johor . Sebab tu Lyssa ada gambar ni dengan Qhaliff dekat rumah Ben ..
Awal awal pagi dah bergambor kan ? haha !
hee . Jangan jeles ! Lyssa bergambor dengan Qhaliff tau ! Pakwe baru Lyssa ni . Comey kan ? Aummm . Bertolak dalam pukul 9.30 pagi .. Sampai Batu Pahat around 12 lebih laa . Serius , memang lama betul perjalanan nak ke rumah pengantin tu . hihi . Tapi lama-lama pun serius Lyssa tak puas lagi nak luangkan masa dengan 'pakwe' Lyssa yang comel tu . auuuu . *rinduuuuuuu*
Sampai je sana , tengok pengantin tengah makan-makan . Wohoo . Meriah je Lyssa tengok . Ramai yang datang . Sampai-sampai , cari meja . Hoiyy . Meja VIP tau . Makan depan meja pengantin . haha . Layanan the best bro :P Like like like .  Dah bergelar suami ye Bro . Kak Iera lak dah bergelar isteri . Lyssa doakan korang bahagian hingga ke akhit hayat ..
hee . Lyssa tengok waaa . Ramai jugak blogger yang datang . Walaupun ramai yang kenal Lyssa and ramai yang Lyssa tak kenal . Lyssa minta maaf sesangat ye . Bukannya tak kenal  . Muka korang Lyssa tak perasan . Nama memang kenal . Muka je tak kenal . haha .
Tapi memang best lah . Alang-alang makan nasi minyak , boleh lah jumpa dengan blogger-blogger yang tak pernah Lyssa bersua muka . Jom layan gambar kat bawah ni...
Kami bertiga yang kat depan ni : Lyssa , Oshin dan Amalina ... Best jumpa korang . Sporting ! Masa Lyssa dah duduk , Amalina tu lah yang mula senyum-senyum kat Lyssa . wohoo . 

Ni Lyssa dengan Mama Maszull . Huish . Mama Maszull tegur Lyssa . 
"Iye , Lyssa .. Ni sapa heh? heeee"
Pastu Mama Maszull senyum2 tenung mata Lyssa punya lama . Malu i ...
"Haa . ye .. Tahuu . Tahuu ..." hehe . Serius , malu Lyssa sebab tak kenal orang . waaa..
Tersangat lah peramah Mama ni sebenarnya tauuu . Suka !! 

Ni pulak , Lyssa dengan Kak MiaLiana . Mesti korang kenal kan ? kan ? Kak Mia pun sporting tau . Tengok lah , siap buat peace peace kacang peace sekali tau . hoho . i loike !

 Ni ha dia , Yuyu SayeShukePink . Memang suka leteww kan . Tengok baju and tudung dia laa . Pinkish habis auhhh . hihi . Tersangat lah friendly dan berkepit dengan Lyssa je masa kat kenduri tu . hihi . Peacee :p
Ni Lyssa sekali kan gambarnya lah ye . Gambar yang 1st tu , Lyssa dengan Dkna
Yang kedua tu , Lyssa dengan Sis Lin (dah macam anak beranak pulak kan . hehe) dan bersama keluarga Ben Ashaari . 
Dan .. Dan .. Dan .. Semestinyalah Lyssa bersama pasangan pengantin yang secocok secocoknya lah . BroFramestone dan Iera Kan . weewittt ! Dua pasangan merpati sejoli dan si penyibuk ( berbaju pink ke-purple-lan) wahahah ...
Heheh . Dah dah . Tu je gambor yang Lyssa nak tayangkan kat korang . Dan Lyssa doakan semoga Bro dan Kak Iera berbahagialah bersama hingga ke akhir hayat . Amin ~~~

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Lyssa hargai . Tq :)

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Min Aina Ila Aina: Sudah pulang ICPE 5 2012 <b>di</b> UTM <b>Skudai</b>

Posted: 19 Dec 2012 11:03 PM PST


Alhamdulillah, malam tadi lebih kurang jam 11 malam selamat mendarat di UKM Bangi. Hahaha...naik van je la. Satu pengalaman baru join persidangan ni. Oh ye nama penuh ICPE ialah International Conference on Postgraduate Education. Sebenarnya sejak sebelum pergi lagi saya dah dapat bayangkan program ni lebih kepada seminar untuk pengurusan siswazah. Tapi kami pelajar siswazah pun dijemput sama, kena pulak kami pemegang biasiswa KPT. Buat memenuhkan dewan. Dengarya ICPE yang sebelum ni ada sesi pembentangan pelajar, tapi kali ni lebih kepada ceramah oleh pakar-pakar dalam bidang pengurusan dan pendidikan tinggi je. Sebagai pelajar, saya lebih suka kalau ada sesi pembentangan kertas kerja oleh pelajar sebab duduk dengar talk je dalam dewan, tajuk pulak takde kena mengena dengan kita..boring maaa...Apapun, pihak penganjur tetap adakan sesi pembentangan dan pertandingan poster untuk peserta. Jadi laaa... (Saya tak masuk pertandingan ni sebab tak sempat nak prepare poster ke apa. Bz sangat sejak akhir November)

Kami gerak dari UKM hari isnin pukul 11 pagi, dan sampai UTM lebih lurang 3.30 petang. Daftar, ambil kunci bilik, tampal poster dan ambil makan malam yang disediakan...kemudian balik ke kolej kediaman iatu Kolej Rahman Putra untuk peserta perempuan. Lamanya dah tak duduk hostel, mengimbau kembali kenangan zaman undergrad dulu walaupun struktur bilik di UTM tak sama dengan IIUM.


Malam tu rehat je. Esoknya, talk, talk, dan talk saja sepanjang hari. Sangat la bosan dan sakit pinggang dan pungkoq. Malamnye ada dinner di Pulai Hot Springs Resort, kira-kira 2km dari UTM. Ha kan dah keliru, sebab baru je balik dari Sungkai Hot Spring..nama hampir serupa.

 Beria-ia google map nak ke Pulai Springs ni sebab penganjur tak sediakan kenderaan.
Bergambar sebelum makan - Dewan Kencanapuri
Hari kedua, baru la ada talk yang speaker nya best sikit, dan sebelah petang ada sesi dialog. Kalau sesi dialog ni dipecah-pecahkan kepada 3 slot yang berbeza mesti lagi banyak input boleh dapat. Apapun, sesi dialog ni memang best. Memberi semangat, peringatan dan inspirasi. Yang macam ni la yang saya nak. Nanti saya kongsikan dalam entri yang lain...dialog tu bertema Graduate On Time (GOT) yang tengah heboh di kalangan pelajar pascasiswazah dan penyelia seanteoro Malaysia sekarang ni.

Ahad, 23 Disember 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


PeNgembara: Kenangan Peristiwa Banjir Besar <b>Di Kota Tinggi</b> 2006 <b>...</b>

Posted: 04 Nov 2012 03:25 AM PST

Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, Kota Tinggi telah dilanda banjir paling besar dalam sejarahnya. Banjir gelombang pertama pada 19 Disember telah menenggelamkan hampir keseluruhan bandar Kota Tinggi termasuklah bank, kedai-kedai dan kompleks membeli-belah. Namun banjir gelombang kedua bermula dari 11 Januari 2007 lebih dahsyat kerana menenggelamkan tempat yang tidak ditenggelamkan sebelumnya sehingga hampir menerjah masuk ke Hospital Daerah Kota Tinggi (HDKT). Ini terjadi berikutan angin monsun Timur Laut yang bertiup dari bulan Oktober hingga Mac menyebabkan hujan lebat telah melanda seluruh negeri Johor selama hampir seminggu sehingga Sungai Johor tidak mampu lagi menampungnya. Hampir 12,000 orang dipindahkan ke pusat-pusat pemindahan yang terpaksa dibuka dua kali kerana banjir telah melanda sebanyak dua kali. Malahan terdapat pusat-pusat pemindahan juga ada yang turut dinaiki air menyebabkan mangsa-mangsa terpaksa berpindah ke Pusat Pemindahan lain. Banjir pada kali ini telah mencatatkan sejarahnya kerana air Sungai Johor telah naik sehingga 5.45 meter berbanding rekod tertinggi yang pernah dicatatkan sebelum ini iaitu 4.9 meter.
Rumah aku pun tidak terkecuali, dan dalam sejarahnya pertama kali aku menjadi mangsa banjir, selalu aku nengok dalam tv je.
Sekarang sudah memasuki hujung tahun dan lazimnya hujung tahun merupakan musin hujan, dan semua kawasan yang pernah di naiki air iaitu banji seperti Kota Tinggi yang pernah tenggelam sudah mendapat pengajaran dan pengalaman. Aku percaya mereka yang tinggal di Daerah Kota Tinggi sudah bersiap sedia menghadapi musibah, malapetaka, dugaan dan rezeki dari ALLAH S.W.T.
Kedalaman air pada tahun 2006/2007 mencecah 4.9 meter. Dalam!!!
Semoga Family aku yang berada di Kota Tinggi berada dalam keadaan berjaga-jaga. Kita sama-sama berdoa agar musibah banjir tidak akan berulang kembali. INSYAALLAH...

ads