Selasa, 1 Januari 2013

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 26 Nov 2012 03:37 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 23 Nov 2012 03:40 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Nov 2012 03:24 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Nov 2012 03:17 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 19 Nov 2012 03:32 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Misteri Banglo Ghaib <b>Di</b> Taman Rinting, <b>Masai</b> | oH rOjaK

Posted: 15 Nov 2012 09:53 PM PST

Seram! Misteri Banglo Hilang Di Taman Rinting | Mungkin ada di antara kita  masih tidak mengetahui tentang sebuah kisah seram yang berlaku di sekitar Masai, Johor. Walaupun cerita ini sudah lama, namun ia masih lagi segar di ingatan kerana kehilangan banglo tersebut menjadi bualan misteri sehingga ke hari ini.

Kisah cerita ni memang banyak versi, ada penduduk di sana menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan mengamalkan ilmu hitam untuk mendapatkan duit dengan mudah dan senang. Duit yang didapati daripada perkara pengamalan ilmu tersebut tidak boleh digunakan untuk perkara haram walaupun 1 sen sekalipun. Tetapi duit yang diperolehi daripada ilmu tersebut, dengar cite berjuta-juta. Dan digunakan sebahagian untuk perjudian. Dia telah melanggar peraturan ilmu tersebut. Rumah itu dighaibkan dan penghuni terpenjara dalam alam yang satu lagi. Mungkin orang kat rumah dah jadi bunian kot sekarang nie. Dah hidup kat alam sana bersama orang-orang bunian. Wallahualam. Yang tinggal kat tapak banglo tu hanyalah tangga! kenapa tangga di tinggalkan?

Versi ke dua pula ada yang menceritakan bahawa pemilik rumah berkenaan makan harta anak yatim, dan dia membina rumah yang besar dengan menggunakan harta anak yatim tersebut.

Versi ke 3 lagi la macam haram. Banglo nie di katakan hilang pasal ada seorang sami buddha nie nak test power kasi hilang, pastu banglo tu pun hilang tak timbul-timbul. haram tak? nak jadi David Copperfield  tu pon agak-agak la.

Beberapa bulan selepas di dapati hilang, ada sekumpulan mamat nie nak buat research kat tapak rumah tersebut, tapi bila 2 hari dari tarikh mereka nak pergi, mereka di datangi satu mimpi yang sungguh misteri. Dalam mimpi tu mereka nampak ibarat satu lorong yang panjang, penghujung lorong tersebut terdapat sebuah gate yang besar. Macam gate banglo. Di sepanjang lorong ada orang yang berkelubung kelabu melambai-lambai di kiri dan kanan. Mereka melambai seolah-olah mengajak masuk menuju ke arah gate tersebut. Yang menjadi persoalannya ialah mimpi itu terjadi kepada tiga orang ahli mereka secara serentak! Seorang lagi 'berisi' mimpi seorang tua memakai pakaian putih nasihatkan jangan ke rumah tersebut. Orang tua tu berada di hujung simpang. Sehinggalah pada hari di janjikan, mereka membatalkan hajat mereka untuk membuat research tentang kehilangan banglo tersebut. Ye! kisah banglo hilang nie pernah keluar kat Mastika beberapa tahun lalu. Persoalan yang menjadi tanda tanya, mengapa kalau rumah tu di katakan tak siap, tapi ianya mempunya lantai berbatu marmar?

Apabila menggunakan google maps, nie lah hasilnya beberapa tahun yang lepas.


Sekarang sudah di tempatkan kuil di situ. di ambil pada 8 Februari 2011

HILANG, gambar yang di ambil beberapa tahun yang lepas. Jangan tertipu dengan bumbung yang berwarna merah tu, ianya terletak di belakang tapak rumah yang hilang.

Sebelah kiri, rumah yang mengambil alih kawasan tersebut dan baru didirikan. sebelah kanan, rumah belakang berbumbung merah. Kawasan kosong tu sekarang di buat kuil. Yang sebelah kiri ni juga terdapat simbol swastika Buddha.

Kalau nak di ikutkan pada tahun 2002 dan 2003 dulu, tak de lah pagar secantik yang kita boleh tengok seperti gambar-gambar di atas nie. Dulu cuma pagar dawai yang kaler hijau tu je, siap nampak batu marmarnye lagi. Security kat kawasan tu memang ketat gila, pantang nampak kereta berhenti kompem di halaunya.
 
Selitkan salah 1 story dari seseorang nie.

"Saya nak tambah sedikit. Apa yang saya tau pasal banglow kat taman rinting nie..Seingat saya, banglow nie hilang kalau tak salah lah tahun 2003 or 2004. sory saya lupa sebab waktu tu saya baru je habis SPM. Saya duduk dirumah abang ipar saya  masa tu, kat taman daya yang bekerja sebagai Pegawai Penilaian Hartanah. So, dia banyak kawan dengan Pemaju-pemaju Perumahan kat sekitar JB nie. Ada sekali tu, dia pernah bawak saya pi tempat banglow tu. Waktu malam pulak tu. Tiba je kat banglow tu, secara automatiknya bulu roma saya berdiri tegak. hahaha. waktu tu, saya just nampak pagar rumah banglow tu dan Dua tiang Roman yang tinggi tu je..(tapi tangga tu saya tak perasan pulak). yup, tapak rumah tu  memang bersih waktu tu.. takde rumput tumbuh lagi. Saya nak keluar dari kerete tapi abang ipar saya tak bagi coz dia takut saya lemah semangat. Memang ramai orang kat situ, tapi org penting-penting je lah. Polis jaga laluan masuk ke banglow tu. Project Engineer, Clerk OF Work, Project Manager dan Contractor masing-masing sibuk melihat Drawing plan Phase taman Rinting tu.

Memang ternyata banglow tu dulu dibuat sehingga dapat CFO. tapi tetiba hilang. Sejam kemudian saya dan abang ipar balik rumah kat taman daya.

Sampai kat rumah, saya terus masuk. Tapi abang ipar marah saya. dia ajak saya duduk luar dulu dalam 10 minit. Kemudian dia cakap entah kat sapa,

"Sampai kat sini je, jangan ikut aku dan adik aku masuk dalam".. Wow.. menggigil saya dibuat nya.. pastu saya terus masuk dan mandi.

Kemudian abang ipar panggil dan cerita tentang banglow tu. Dia cakap, banglow tu ader org India yang beli. Tetapi, dia beli guna duit anak orang Yatim.. It's means, Orang India tu sepatut nya bagi duit derma yang orang ramai bagi tu kat rumah kebajikan anak yatim johor. Tapi dia klepet ape entah sampai dia dapat duit tu dan dia beli banglow tu. Kira untuk bayar down payment lah tu. Pastu dia buat loan dan lantik abang ipar saya untuk buat penilaian kat rumah banglow tu. Tu yang abang ipar saya kena datang ke taman rinting waktu banglow tu hilang.. Dan pasal dia tak bagi saya masuk rumah terus masa sampai rumah kat taman daya tu, coz petang sebelum dia kena pi kat tempat kejadian ader ustaz nasihat supaya jangan terus masuk rumah selepas datang banglow tu. Takut ade yang ikot kate nya. tu jelah yang saya tau..

Waktu progress work, abang ipar saya tak terlibat. Tetapi waktu india tu nak buat loan kat bank, abang ipar sy dilantik untuk menilai banglow tu.. selepas itu abg ipar sy akan datang ke banglow itu untuk tangkap gambo, n buat penilaian.. sebelum tu memang ader banglow tu.. tapi selepas proses 'hand over keys' tetiba banglow tu hilang.. tu yg jadi gempar tu.. kalo sy balik jb nanti sy try tanyer abg ipar sy samada dia ader simpan gambo tu or tak.. n sy akan try tanyer citer yg lebih terperinci.. wat mase skrang sy ngah bz ngan final exam.. sory ehh.. wassalam"

Begitulah sedikit sebanyak kisah misteri banglo hilang di Taman Rinting, tetapi sehingga kini budak yang berjanji nak beri gambar asal banglo tersebut tidak upload pun gambar yang di maksudkan. Misteri menjadi semakin misteri. Sehingga kini ianya tak terungkai lagi.

Sehingga sekarang, ianya menjadi satu misteri yang belum terjawab. Adakah ianya benar-benar berlaku? Wallahualam. Aku pon tak pasti. Bukan tak nak percaya, tetapi adakah ianya benar rumah banglo tersebut tu hilang begitu sahaja. Cuma Allah je yang tahu kejadian yang sebenar-benarnya.

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 05 Nov 2012 03:14 PM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 03:36 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Aug 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Rohani Property Management: Bilik <b>di</b> Tmn Pasir Putih, <b>Masai Johor</b>

Posted: 05 Mar 2012 12:31 AM PST

Bilik untuk di sewakan di jalan Seluang, Tmn Pasir Putih, kekosongan untuk lelaki (diutamakan). Rumah jenis Double stry 3 bilik. Rumah siap barang ada katil, tilam, meja makan, sofa dan dapur. Lokasi berdekatan dengan tg puteri resort, tg langsat, mmhe, sime darby, johor port dll. Sewa RM250 sebulan termasuk air dan api. Kemasukan segera. Berminat, sila buat tempahan di talian 016-734 7120.

Caramel Toffee » SURAT TERBUKA UNTUK PKP SMK KOTA <b>MASAI</b>

Posted: 26 Jun 2012 07:04 AM PDT

Surat Terbuka Untuk Penolong Kanan Pentadbiran SMK Kota Masai, Pasir Gudang, Johor.

Saya seorang guru Bahasa Inggeris yang bertugas di Rantau Panjang, Kelantan dan juga isteri kepada seorang guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Kota Masai (SKOMAS), Pasir Gudang, Johor amat kesal dengan sikap tidak bertimbang rasa dan juga ketidakperihatinan Penolong Kanan Pentadbiran (PKP) sekolah tersebut.

Pada hari Sabtu yang lalu, berlaku kes kecemasan di mana suami terpaksa membawa saya ke hospital. Pada hari yang sama, SKOMAS mengadakan Hari Terbuka sekolah. Suami saya meminta kebenaran untuk menghantar saya ke hospital. Adalah menjengkelkan apabila PKP tersebut sanggup memberi cadangan agak kejam supaya suami saya meninggalkan sahaja saya di bilik air ataupun di rumah SEORANG DIRI sedangkan beliau tahu saya cuma berada di Johor pada hujung minggu sahaja. Beliau beranggapan sakit saya tidak serius dan boleh ditolak ketepi.

Pada hari bekerja seterusnya, beliau terus menyarankan supaya suami membawa saya tinggal bersama dan bertugas di Pasir Gudang. Beliau langsung tidak bertanyakan khabar saya yang terpaksa dihantar suami ke hospital, sebaliknya melontarkan cadangan ini kononnya untuk menyenangkan suami. Cadangan ini amat menyakitkan hati kerana sebelum ini, suami telahpun meminta untuk berpindah ke Kelantan tetapi permohonannya tidak berjaya, mungkin kerana suami mengajar Bahasa Inggeris untuk kelas-kelas peperiksaan. Kami tidak terlalu terkilan kerana sudah boleh mengagak kegagalan yang bakal dihadapi. Ianya bukanlah kerana tiada kekosongan di Kelantan (ada lebih kurang 100 kekosongan guru Bahasa Inggeris di Kelantan) tetapi kerana PPD Pasir Gudang sendiri tidak menyokong permohonan, apatah lagi  di peringkat JPN Johor. Suami bagaimanapun bertekad untuk tidak berputus asa meminta bertukar keluar dari Johor kerana sebab-sebab yang tertentu. Antara sebab-sebab tersebut termasuklah untuk membantu saya yang tinggal menjaga ibu bapa saya di kampung.  Kami telah berbincang tentang hal ini sebelum berkahwin, jadi beliau atau sesiapun terutamanya yang tiada pertalian tidak berhak untuk mengubah pendirian kami.

Ingin saya nyatakan di sini adalah kejam untuk beliau meminta saya berpindah ke Johor sedangkan sayalah satu-satunya anak yang tinggal bersama ibu bapa yang telah tua. Seorang abang saya bersama kakak ipar juga tidak dapat berpindah keluar dari Johor (Pasir Gudang), kejamlah jika saya juga pindah bekerja jauh daripada mereka setelah penat ibu bapa berdoa dan bersolat hajat meminta supaya saya dapat berada dekat dengan mereka! Jika saya sakit dan suami tiada berdekatan, ibu bapa saya pula yang perlu bersusah payah menjaga saya sedangkan itu sepatutnya tugas saya. Lagipun jikalau saya berpindah ke sana, sudah tentu beliau akan memberi cadangan supaya suami tinggalkan sahaja saya kesakitan seorang diri di rumah. Suami cuba menerangkan perkara ini kepada beliau namun beliau tidak langsung ingin mendengar apa-apa penjelasan. Sungguh sombong dan tidak perihatin. Saya tidak sangka seorang wanita yang berpangkat dan waras boleh bertindak tidak bertimbangrasa seperti beliau. Beliau sepatutnya menjadi contoh. Beliau juga sepatutnya memberi dorongan kepada guru-guru baru, bukannya mematahkan semangat mereka.

Mungkin beliau tidak pernah berhadapan dengan situasi di mana ahli keluarga beliau sakit dan beliau terpaksa bergegas ke hospital. Saya harap beliau akan lebih prihatin dan bertimbangrasa dengan memikirkan perasaan orang lain pada masa hadapan.

Saya sayangkan profession ini tetapi mungkin belum masanya profession ini sayangkan saya, apatah lagi pihak-pihak yang berada di atas seperti PKP berkenaan yang langsung tiada rasa simpati. Mungkin beliau tidak pernah mengalami situasi sebegini.

Adlina.
PPPS Opsyen TESL

p.s/Aku sebenarnya nak layangkan surat ni ke sekolah terus. Takpun PPD Pasir Gudang. Paling best, hantar terus ke JPN Johor. Of course la tak masukkan bab tak dapat tukar tu but still… Aku memang tak puas hati dengan PKP ni! Nasib baik bukan PKP aku >:(

© 2012, Adlina. All rights reserved. Please link back to this page if quoted.

(GAMBAR) Kilang terbakar <b>di</b> Taman Megah Ria <b>Masai Johor</b> | Blog <b>...</b>

Posted: 24 Aug 2012 04:42 AM PDT

Sebuah kilang memproses minyak pelincir kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Perindustrian Kota Puteri, Masai, di Pasir Gudang hari ini.

Kejadian pada pukul 4.19 petang tersebut dipercayai berpunca dari bahagian bawah premis dua tingkat tersebut.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Johor, Hamid Suari berkata, pihaknya terpaksa menggunakan semburan air buih untuk mengawal kebakaran, namun sehingga pukul 8 malam ini, api masih lagi marak.

"Ia kerana bahan yang terdapat dalam kilang itu merupakan minyak pelincir yang likat dan susah untuk dipadamkan apabila terbakar.

"Bomba juga menghadapi masalah tekanan air rendah yang turut menjejaskan operasi memadam," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Hamid menjelaskan, ketika pihak bomba tiba pada pukul 4.30 petang, api sedang marak dan kesemua pekerja kilang berkenaan termasuk pemiliknya, Voon Lin Yau, 62, berjaya menyelamatkan diri.

Tambah beliau, kebakaran itu turut menyebabkan berlaku beberapa letupan kecil.

"Setakat ini, anggaran kemusnahan dan kerugian belum dapat dipastikan," ujarnya.

Beliau menambah, sebanyak enam buah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Johor Bahru, Johor Jaya dan Pasir Gudang bersama 38 anggota terlibat dalam operasi tersebut.




Incoming search terms:

Sign up free email newsletter

Stay Updates with this Blog. Get Free email newsletter updates, Enter your Email here:

Don't forget to confirm your email subcription

Leave a Reply to this Post

BLOG JOHOR: 01 <b>di masai johor</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Jalan Bacang 23, Taman Kota <b>Masai</b> | Rumah Lelong Bank <b>Johor</b> <b>...</b>

Posted: 09 Jul 2012 08:27 PM PDT

  • Street: No 4, Jalan Bacang 23, Taman Kota Masai, 81700 Pasir Gudang, Johor
  • Auction Date: 25 Julai 2012
  • Property Description: Rumah Teres Satu Tingkat Lot Pertengahan
  • Land/Floor Area ( in sqft ): 1,400
  • Tenure: Freehold
  • City: Pasir Gudang
  • State: Johor
  • Zip/Postal Code: 81700
  • Listed: July 10, 2012 11:27 am
  • Expires: 170 days, 5 hours

Description

For Booking Hotline: 011-19737060 Rashid

Bookmark and Share

Lelongbank Reference ID: 284ffba095c762a

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Pindah kubur <b>di Pengerang</b>, mayat ditanam 15 inci - KeadilanDaily <b>...</b>

Posted: 31 Dec 2012 11:49 PM PST

KUALA LUMPUR 1 Jan : Badan Bertindak Pengambilan Tanah Pengerang (Mantap) mendedahkan, kontraktor yang terlibat memindahkan kubur di Pengerang 'menanam' mayat dalam liang lahad sedalam 15 inci sahaja.

Malah, pihak berkuasa agama Johor, Jabatan Kesihatan, Polis, ketua dan imam kampung tidak memantau kerja pemindahan, kata Timbalan Pengerusi Mantap, Mazlan Aliman dalam facebooknya semalam.

Laporan polis telah dibuat di Balai Polis Sungai Rengit dan aduan kepada pihak berkuasa agama Johor agar kerja mengorek kubur dan memindah mayat dihentikan serta merta.

"Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru di Plot PTD 54492 dekat Punggai dalam keadaan becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang ditanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!

"Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau NGO Pengerang diketuai Zaaba (Abdul Samad)," kata Mazlan.

Jelasnya, lesen menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.

Polis peronda ditempatkan untuk menjaga kontraktor

"Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawapan balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

"Kita akan dedah pembohongan kontraktor dan menggesa hentikan sama sekali kerja gila mengorek dan memindah semua tanah perkuburan," kata Mazlan yang kesal dengan kejadian tersebut.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=42123

Masyaallah...Tanam mayat sedalam 15 inci <b>di Pengerang</b>,Johor?

Posted: 01 Jan 2013 12:03 AM PST

Terkejut bila saya baca kenyataan disebuah blog tentang kejadian ini..

Untuk pengetahuan, pendedahan yang saya buat mengenai kerja2 mengorek kubur dan memindah mayat berlaku di Tanah Perkuburan Islam Kg Jawa Laut, Kg Jawa Darat dan Kg Sebong yang terletak di Parlimen Pengerang.



Ahli Parlimennya ialah Dato' Seri Azalina Othman Said, juga Ketua Umno Bahagian Pengerang.

Lesen untuk menggali semula mayat di bawah Seksyen 10(B) Enakmen Perkuburan, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor dikeluarkan kepada PIJ Holdings Sdn Bhd.


Mengikut kenyataan Penolong Pengarah Wakaf, Majlis Agama Islam Johor, Mustapahayuddin Abd Halim, syarat yang perlu dipatuhi untuk tapak tanah kubur yang baru ialah samada ia mesti lebih luas daripada tapak yang hendak diambil atau nilai tanah tapak kubur baru itu mesti lebih tinggi daripada tapak sedia ada atau kedua2nya.

Realiti sebenarnya sangat menyedihkan. Tapak baru seperti dlm lesen di Plot PTD 54492, Punggai, becak, bergenang air dan tanah lembik. Mayat yang di tanam pula hanya kedalaman 15 inci sahaja!

Ia diukur sendiri oleh Skuad Pemantau Ngo Pengerang yg diketuai sdr Zaaba.

Kerja pemindahan yang sepatutnya dipantau hingga selesai oleh Pihak Berkuasa Agama, Jabatan Kesihatan, Polis, Ketua Kampung dan Imam terbabit telah tidak dilakukan.

Skuad pemantau telah menegur secara baik kontraktor terbabit, namun jawaban balas sangat menyedihkan. Langsung tiada sensitiviti agama!

Laporan polis dibuat pada 25 Dis lalu di Balai Polis Sg Rengit dan aduan juga dilakukan kpd Pihak Berkuasa Agama agar kerja2 mengorek dan memindah mayat2 dihentikan serta merta!

Susulan dari episod menyedihkan ini, 4 Jan ini, saya akan mengiringi deligasi penduduk Pengerang dan Ngo2 untuk menyerahkan memorandum bantahan kepada Mufti Johor. Kami mohon penjelasan dan tindakan segera dari pihak Mufti.

Dakwa kontraktor itu kubur tanpa waris. Skuad Pemantau akan menyegerakan referandum menjejaki waris2 semua 11 tanah perkuburan Islam di kampung2 yg terlibat. Kita akan dedah pembohongan Kontraktor dan membuat gesaan agar hentikan samasekali kerja gila mengorek dan memindah semua Tanah Perkuburan!

Kita yakin majoriti waris tidak akan setuju kubur dan mayat keluarga mereka diperlaku demikian.

Rakyat boleh nilai sendiri, macamana akhlak Kerajaan Johor mengurus mayat2 tersebut. Adakah mereka boleh berlepas tangan?

Sumber: sisibukit.blogspot.com

01 di kahang - Google Blog Search

01 di kahang - Google Blog Search


Fokus PRU: MP <b>Gelang Patah</b> nafi berundur | Minda Mandul

Posted: 20 Dec 2012 11:27 PM PST


AHLI Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng menafikan khabar angin kononnya beliau akan berundur untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding bagi kerusi yang disandangnya.


Sebaliknya beliau hanya akan terima keputusan (berundur) sekiranya diputuskan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Isu tidak mahu bertanding dan undur diri daripada politik bukan keluar dari mulut saya. Tidak pasti apakah motif khabar angin ini tersebar.


Bagaimanapun, yang pasti saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah sebaik mungkin.


"Soal dicalon atau tidak saya serahkan pucuk pimpinan MCA buat keputusan. Malah saya akan menghormati apa juga yang ditentukan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana saya bukannya jenis yang suka melobi diri untuk dicalonkan semula," katanya.


Beliau yang tenang menghadapi tohmahan itu memilih untuk berdiam diri daripada berbalas kenyataan daripada mana-mana pihak tidak kira di dalam mahupun di luar media.


"Tidak guna mencanang tentang kebaikan kita buat. Ia hanya menyebabkan orang lebih membenci.


Jadi saya lebih suka mendiamkan diri dan buat kerja saya sebagai wakil rakyat. Saya tidak mahu rosakkan parti hanya kerana mahu dicalon semula," katanya.


Ketika bertemu Sinar Harian, Timbalan Ketua Wanita MCA Pusat itu berkata, tsunami politik pada PRU12 berlaku berpunca daripada timbulnya pelbagai isu nasional sekali gus menyebabkan pengundi Cina beralih arah menyokong pembangkang khususnya DAP.


"Kita sentiasa bekerja kuat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Bagaimanapun, pembangkang telah memanipulasi isu nasional untuk meraih sokongan pengundi termasuk isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Lynas dan terbaru, sistem penguatkuasaan automatik (AES).


"Toleransi antara parti komponen dalam BN turut dijadikan isu kononnya MCA 'tunduk' kepada Umno dan hanya menuruti arahan. Sedangkan kita terus berjuang untuk memastikan kebajikan rakyat termasuk kaum Cina terbela," katanya.


Ah Eng turut mengakui faktor hilang sokongan kaum cina menyebabkan beberapa kerusi Dun di Johor terlepas ke tangan pembangkang sekali gus mencalarkan rekod 100 peratus BN di negeri ini.


"Dun Skudai mempunyai peratus pengundi Cina yang besar iaitu 68 peratus berbanding Melayu dan India. Malah faktor pembangunan menyebabkan migrasi ke kawasan parlimen ini seterusnya berlaku pertambahan pengundi baru.


"Bagaimanapun, saya yakin kita mampu rampas semula Dun Skudai, tetapi perlu letakkan calon boleh menang daripada BN," katanya.


Selain itu, katanya, kemenangan pembangkang tidak memberi makna rakyat suka kepada PR, sebaliknya pengundi tidak mahu mengundi BN atas faktor tertentu yang mengakibatkan sokongan beralih ke arah pembangkang kerana hanya itu sahaja pilihan yang ada.

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


dhiah ss501: UK&#39;S Di UMALL Malam ini pula <b>di Skudai</b> Parade.2012

Posted: 15 Dec 2012 02:54 AM PST

Datanglah beramai-ramai ke Skudai Parade untuk memeriahkan lagi suasana

01 di plentong - Google Blog Search

01 di plentong - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Dec 2012 12:00 AM PST

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Oct 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 13 Sep 2012 07:53 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 12 Sep 2012 07:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 10 Sep 2012 07:21 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 09 Sep 2012 07:26 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 14 Jul 2012 07:46 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

# DonatMadness #: Peristiwa ku ~

Posted: 13 Jul 2012 09:42 AM PDT

Oi Oi Oi Oi Oi !!!! Halooooo ...  ^_^ . Korang semua apa khabar ? sihat ? . Tau dh lme x up-to-date . Tpi what to do lorgh . Masing2 busy ngan hal sendiri kan .. x de time nk bukak Blogg ni *Flips Tudung . Hoho ..Gedik sebentar besama Kit Kat . Dah2 mari teruskan ==" Oukey tengok tajuk kat atas "Kawanku " . Apakah ?? Peristiwa yang akan ku kenang di dalam hati ini  . Hehehe .. Ni la yang Farah Nk dok cerita sikit . Begini ceritanya *Flashback .
10 . 07 . 2012 (Selasa) 
Farah ,Ilah , Alia, Aryani ,Syafiq , Iki n andi pi pagi sebab ingatkan ade permainan kan , rupa-rupanya x de .. so kitaorang pun keluar makan dekat Osman . Cakap-cakap sambil makan  then kita semua bercadang hendak ke rumah Syafiq Akmal di Plentong menaiki bas . Sampai je sana kita turun dan berjalan ke Destinasi . Dah sampai destinasi dengan selamat kitaorang pi Lunch dekat kedai Mak dia " Ramlah Rempah " Kitaorang makan Mee goreng . Then kitaorang balik ke rumah Syafiq . Kitaorg pun explore la rumah syafiq . semua orang rebut Buai ==" . Then!!! diaorang semua main bola baling , seriously oukay Lawak gila !!! >< ... alia kena kejar ngan syafiq , syafiq plak kena kejar ngan Aryani kat tengah jalan plak tu .Then lepak2 memang kitaorang bergelak ketawa la .. About 12 lebih kitaorang balik. Time nak balik tu diaorg suruh Farah tekan lonceng x mau lah !! >< heheh dengan beraninya kawan2 yang tekan lonceng tersebut .Then kitaorang datang ke sekolah seperti biasa .Pastu  plan esok nk pergi lagi sebab ade kokurikulum .  
Hari yang dinanti-natikan pun datang so as usual kitaorang tunggu (Iki , syafiq, ilah , andi , alia n me)  . So macam biasa naik bas semua tuh .. then diaorang suruh farah tekan lonceng Farah x mau , Tapi what to do lorgh  . Turun Bas Pi umah Syafiq .. Then pi to the Ramlah Rempah ^_^ . Sedap oukey !! . time kat sana syafiq cakap dia nk pergi CC nk siapkan kerja sivik . so kitaorg bersetuju la syafiq, Ilah n andi pi CC naik bas , while Farah , Iki n Alia dok kat umah syafiq . kita 3 orang pun nk rebut buai tu .. then berkongsi cerita masing2 . Pastu farah tengok la jam sebab 11.45 kitaorang ada kelas awal Agama cikgu nk Buat PBS . Time tu dh pukul 11.30 Farah dah mula risau dh .. Then 12.15 .. sabar lagi . Sekali time tu dah pukul 12. 35 Farah pun panik la sebab Ilah, Syafiq n andi x balik lagi kan .. Dh mula gelabah . Alia plak dok sabar2 ngan Iki .. Pastu jam sudah menunjukkan 12.45 then nmpaklah muka Ilah, Andi n syafiq berlari2 . Lepas tu boleh pulak syafiq x susun lagi buku ==" . Orang dah gelabah gila .. Then masa dalam perjalanan ke sekolah Ilah dah doa2 dh >< !! Farah plak tgh gelabah ! Alia pening2 tpi the boys .. relax je . Smpai sekolah dalam pukul 1.05  Bus tu hampir terlepas tau dak !! >< . Cik guard time tu dah dekat gate kan .. " hah ni kenapa ni lewat ? "
Kitaorang pun ckpla " Terlepas bas "  Then terus lari masuk kelas ..
Bila dok kenang balik kelakar . Apa-apapun , susah senang saya sayang mereka ^_^ . peristiwa yg Masam x pernah dilupkan 
16.07 .2012 pula Fikri bertanyakan soalan ini kepada Alia N Farah : 
"Kitaorang selalu bergelak ketawa sama-sama , Adakah kita juga akan menangis bersama-sama???"
Rainbows and Love , Farah Naqiah :) 

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 01 Jul 2012 12:00 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

Pelanggan Pertama Servis Kereta <b>Di</b> Pusat Servis Hyundai <b>...</b>

Posted: 03 Mar 2012 04:17 AM PST

Hari ini hari Sabtu, Pusat Servis Hyundai Plentong dibuka separuh hari sahaja. Mia telah booking untuk servis semalam. Pegawai yang bertugas Rahimin kata pukul 8.30 pagi, kereta mesti dah ada di situ.
Makanya, pagi-pagi tadi Mia dan Suami Mia bersiap-siap lebih awal dan sampai dalam pukul 8.00 pagi. Tak sangka pula jadi pelanggan pertama servis kereta pada hari ini. Sukanya.
Meter dah menunjukkan 41 750, patutnya buat major service tapi cuma buat normal service dan tukar air filter. Kemudian kami berjalan kaki ke cafe yang berdekatan untuk bersarapan. Sedang tengah bersarapan sambil baca paper Harian Metro, Mia dapat panggilan dari pusat servis Hyundai menyatakan bateri kereta sudah lemah dan perlu ditukar baru. Hmmm...  belum pernah tukar lagi sejak dibeli Januari 2010 yang lepas. Mungkin dah tiba masanya. Nanti tak pasal-pasal tak hidup plak kat mana-mana, kan susah. Jadi, kami pun setuju untuk ditukar baru. Harganya hampir RM 280.00 rasanya. Bila dah diskaun, dapat RM 264.00.
Hari ini sahaja kos yang keluar hampir RM 500.00. Lagipun kereta ni, Mia guna hari-hari untuk pergi kerja. Kami pulang dalam 9.30 pagi. Banyak lagi kereta yang diservis hari ini. Lega... nasib baik jadi pelanggan pertama hari ini. Syukur sangat-sangat.....

p/s: sayang betul kat kereta ni.....

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 07:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BUDAYA MELAYU SEMENANJUNG DAN SINGAPURA

Posted: 25 Jun 2012 07:12 AM PDT

Pengasas ASAS '50 Cikgu Mohamad Arif Ahmad (MAS) sewaktu ditemui di rumahnya di Singapura. Foto diabadikan A.F.Yassin ketika penggambaran Jejak Bahasa di Singapura terbitan DBP-TV3 pada tahun 2001.

Menghayati Budaya Melayu di Malaysia dan Singapura

Ada dua petemuan penting bulan Jun lalu jika mahu mencari sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.

 Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.

 Di Rumah Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku "Perjalanan MAS" terbitan ASAS '50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS '50.

 Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.

 Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya  masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.

 Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, dalam ucapan pembukaannya tetap mahu bernostalgia tentang keadaan orang Melayu Singapura dulu-dulu. Sambil itu Ismail menyanjung keupayaan Melayu Singapura bersaing dengan lain-lain etnik. Ia adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup walaupun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran. Orang Melayu Singapura perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan dan proses penyesuaian ini menjadi teras dinamika umat Melayu Singapura.

 Seorang peserta yang hadir menyamakan keadaan Melayu Singapura hampir bersamaan dengan keadaan yang serupa dengan kaum minoriti Cina di Malaysia. "Mereka tidak leka, tidak mengharap dan lebih banyak berdikari," katanya. Ini adalah reaksi spontannya setelah mendengar hujah ahli panel, Djamal. Kata Djamal, "Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani katalah misalnya, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri."

 Menurut Djamal kebanyakan orang Melayu Singapura perlu meningkatkan keupayaan dalam hampir semua bidang. Katanya, "Dalam bidang teknologi maklumat, misalnya, ramai keluarga Melayu sudah mempunyai menguasai teknologi ini. Saya sendiri, bukan nak menyombong, mempunyai tiga komputer di rumah."

 Bagaimanapun, Djamal sedikit resah dengan identiti Melayu di negara pulau itu adalah "sesuatu yang mulai terhakis." Judul kertas kerjanya sendiri mengakui anggapannya ini. Djamal cuba "mendakapnya kembali....asing tapi mesra." Bagi Djamal, ungkapan "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" bagi sesetengah orang  "mulai sedikit demi sedikit  kehilangan nilai dan wibawanya". Bagi orang Singapura identiti Melayu  antara ada dan tidak ada. Djamal mengungkap, "Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras."

 Lain pula halnya dengan pandangan Zainal Borhan. Baginya keMelayuan di Malaysia membawa konotasi nasionalisme, semangat yang pada awalnya diperjuangkan Guru-guru Sekolah Melayu, tidak terkecuali para lulusan Maktab Perguran Sultan Idris. Mohamad Arif, pengasas ASAS '50, yang bukunya dilancarkan di majlis dialog, kini rakyat Singapura merupakan salah seorang anak kandungnya. Semangat nasionalisme Melayu dalam diri Ariff nyata telah "diubahsuai" untuk membolehkannya menjadi pemangkin kepada gerakan reformis minda orang Melayu Singapura. Seperti yang dijelaskan Zainal, "Generasi seperti MAS (Ariff) semasa muda mempunyai pendirian dan pendapat malah kekuatan ideologi mengenai soal-soal penting bangsa. Mereka memiliki idealisme yang bertunjangkan kemelayuan."

 Ariff dan golongan seangkatannya, baik di Singapura lebih-lebih lagi di Malaysia, adalah ibu dan  bapak bangsa Melayu. Zainal merindukan mereka, terutama apabila isu-isu yang berkaitan dengan Melayu hari ini semakin mula dipergonjengkan. Seolah-olah satu azam politik untuk memperkukuh semangat Melayu hampir terhakis punah dibenam oleh dampak pembangunan.

 Zainal mahu semangat nasionalisme untuk pembinaan bangsa oleh generasi perintis terdahulu dan para pemikir bangsa ketika itu yang terdiri daripada guru-guru Melayu perlu digemakan kembali dalam seperti katanya, "kerangka mempertegaskan kebudayaan bangsa secara beterusan... semangat generasi itu diangkat sebagai memori kolektif bangsa untuk menyedarkan para pemimpin politik, ekonomi, pendidikan, birokrat, teknokrat, korporat, akademik dan generasi pembangunisme." Zainal khuatir jika memori kolektif bangsa hilang begitu sahaja maka usaha memajukan bangsa daripada sudut kebudayaan dengan mengenengahkan persoalan bahasa, sastera dan budaya Melayu akan dianggap remeh belaka. Malah akan ada golongan yang mendakwa bahawa memupuk semula semangat nasionalisme sudah ketinggalan zaman.

 Seruan yang ada dan satu-satunya opsyen ialah guru-guru generasi hari ini, terutama guru Melayu, baik di kota mahupun di kampung mesti memanfaat ruang yang wujud di zaman pemimpin baru Malaysia. Hai ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kecerdasan, memperkukuh kemahuan, memperhalus perasaan, memperhebat kecintaan kepada Melayu dan budaya bangsa di setiap hati nurani anak-anak sekolah. Tidak ada jalan lain.

 Di Singapura pula kebersamaan budaya Melayu perlu ditingkatkan penghayatannya seperti yang telah dirintis Ariff. Usaha ini menjadi bertambah penting kerana seperti yang dikatakan Masuri SN, "Orang Melayu, terutama generasi mudanya sudah tidak lagi melihat budayanya sebagai satu yang perlu dipersoalkan lagi. Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu." Hal ini amat terserlah terutama dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu republik itu.

Menurut kajiannya, ada kecenderungan orang Melayu Singapura, terutama golongan remajanya, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan sehari-hari mereka, kecuali ketika bersama keluarga di rumah. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Hanya mereka tidak "merojakkan" kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Setidak-tidaknya inilah hasil kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Putera Malaysia, Ain Nadzimah Abdullah terhadap  60 responden, yang terdiri daripada orang Melayu Singapura. Kajian ini dibentangkan sebagai salah satu kertas kerja penting di Simposium  di Serdang itu.

 Apapun jua keadaan kosmopolitan orang Melayu di Singapura, walaupun baik dari sudut kemajuan bangsa yang bernama Melayu, cenderung untuk menuju ke arah pembentukan sikap dan cara hidup Melayu yang diaspora sifatnya. Melayu Singapura bukan Melayu diaspora. Yang dibimbangkan kekosmopolitannya akan cenderung untuk mewujudkan suasana seperti apa yang berlaku kepada orang Melayu di Afrika Selatan, Nadagaskar atau Sri Lanka. Waris-waris Melayu di sana hari ini menganggap mereka masih Melayu, tetapi cara hidup, tingkah laku, sikap dan dunia fikir semuanya tidak lagi melambangkan keMelayuan yang dirundukan Zainal Abidin Borhan dan mungkin sahaja Djamal atau Ariff sendiri.

 Demikianlah, dua negara jiran yang dahulunya merupakan sebuah entiti politik jua, mengalami proses pembudayaan yang menuju halanya masing-masing, dengan faktor-faktor politik, ekonomi dan budaya setempat memainkan peranan penting. Barangkali pula Melayu Singapura lebih memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk masyarakat Melayunya kembali kepada identiti Melayu yang lebih tradisi dan tulen sifatnya. Sedangkan Melayu di Malaysia perlukan pula penghayatan yang lebih mendalam untuk kembali kepada semangat budaya bangsa. Tidak kiralah apa dan bagaimana bentuknya budaya bangsa itu!

Yaaob Ibrahim, warga Melayu Sngapura
Rencana ini pernah disiarkan dalam Dewan Budaya, majalah bulanan terbitan DBP.         

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 22 Jun 2012 07:29 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

KeLoLo&#39;s Playground...: Jamboree Sudah Maree - Bah 2

Posted: 21 Jun 2012 11:40 AM PDT

Ini adalah Bahagian 2 dalam siri Jamboree Sudah Maree.  Satu usaha kecil untuk menerangkan perihal jamboree kepada pengayuh-pengayuh MTB.  Apa yang ternukil adalah pendapat dan pandangan peribadi Penulis.  Mungkin betul, mungkin salah.  Penulis TIDAK bertanggungjawab sekiranya pembaca mengalami kemalangan, kecederaan, kerugian harta benda dan wang ringgit akibat mengikuti saranan daripada artikel penulis. Apa-apa hal sendiri tanggung. Penulis juga mengalu-alukan kritikan, teguran, pembetulan dan seumpamanya untuk penambahbaikan artikel ini untuk manfaat semua. 

Bahagian 1 telah menyentuh tentang pengenalan kepada jamboree MTB.  Juga disorot sedikit panduan memilih jamboree yang mana satu untuk disertai.  Rujuk Jamboree Sudah Maree untuk artikel penuh.  Untuk bahagian 2, kita tengok pula tindakan perlu untuk menyertai jamboree.

Setelah mengambil kira faktor-faktor yang disebutkan dan mendapati yang jamboree boleh disertai, tindakan-tindakan berikut perlu diambil;

  • Mendaftar sama ada secara individu atau berkumpulan
  • Uruskan cuti (jika perlu)
  • Uruskan penginapan (jika perlu)
  • Persiapan diri
  • Persiapan basikal
  • Aktifkan radar - pasang mata dan telinga

MENDAFTAR UNTUK JAMBOREE


Biasanya penganjur akan menyediakan dua kaedah pendaftaran iaitu secara individu atau berkumpulan.  Dan dalam zaman siber ini, semua urusan dijalankan secara dalam talian (on line).  Pendaftaran boleh dilakukan di depan komputer sahaja. Pastikan pendaftaran dibuat sebelum tarikh tutup. Kalau tidak...meloponglah anda.

Pendaftaran Secara Individu


Lazimnya, walau tidak semestinya, penganjur akan menyediakan 2 kaedah pendaftaran iaitu:-
  • Borang elektronik dalam talian
  • Borang untuk muat turun

Sebelum kita ke perincian borang, elok kita sentuh dulu bab pembayaran kerana biasanya di dalam borang, sama ada elektronik atau muat turun, memerlukan maklumat pembayaran.

Bayaran boleh dibuat secara perbankan internet atau melalui mesin tunai. Tak perlulah saya perincikan cara-caranya. Diandaikan semua sudah biasa dengan perbankan internet atau perbankan elektronik. Yang perlu disebut di sini ialah peri pentingnya mencetak slip pembayaran sebagai bukti. Jangan lupa!

Untuk borang elektronik, anda hanya perlu mengisi butir-butir yang dipaparkan pada skrin. Lengkapkan maklumat seperti yang dikehendaki. Semak dan pastikan maklumat yang diberikan adalah betul terutama nama dan nombor telefon untuk dihubungi ketika kecemasan.

Pada akhir bahagian borang lazimnya ada butang pengesahan yang didahului dengan perakuan dan pernyataan penafian yang lazimnya menyebut lebih kurang "...penganjur tidak akan bertanggungjawab di atas keselamatan anda". Dengan menekan butang terima/atau setuju bermakna anda setuju dengan syarat dan peraturan penganjur.

Untuk borang muat turun, biasanya dalam bentuk dokumen "word processor" atau bentuk .pdf. Anda perlu muat turun, cetak dan isi butiran yang diperlukan. Lengkapkan butir seperti yang dikehendaki. Dalam borang juga dimasukkan perenggan perakuan dan pernyataan penafian. Tandatangan jika setuju.

Untuk mereka yang di bawah umur 18 tahun, tandatangan kebenaran ibubapa diperlukan.

Borang yang telah siap diisi bolehlah difakskan kepada penganjur kepada nombor faks yang diberikan. Sertakan sekali slip pembayaran. Ataupun, borang berserta slip pembayaran boleh discan. Kemudian dihantar kepada penganjur melalui e-mel.

Gunakan mana-mana kaedah yang anda rasa selesa. Pastikan anda membuat susulan dengan penganjur untuk memastikan pendaftaran anda telah diterima.

Pendaftaran Secara Berkumpulan


Pendaftaran juga boleh dibuat secara pukal berkumpulan. Biasanya dibuat atas nama persatuan atau kelab basikal. Aliran prosesnya sama seperti aliran proses pendaftaran individu.

Seorang wakil akan memikul amanah membuat pendaftaran. Yuran pendaftaran dikutip daripada ahli kelab/persatuan yang ingin menyertai. Jadi tolong jangan buat naya pada sipemikul amanah dengan gerakan taktikal "Engkau bayarkan dululah, nanti aku cover". Jenuhlah sipemikul amanah tu nanti.

Pembayaran boleh dibuat melalui mesin atau perbankan elektronik sama seperti di atas. Perbezaan yang ketara ialah pada butiran peserta di mana senarai butiran peserta yang akan diberikan kepada penganjur sebagai gantian kepada borang individu. Hal-hal lain sama seperti pendaftaran individu.

Setelah selesai urusan pendaftaran, simpan semua borang dan slip pembayaran baik-baik. Amat berguna sebagai rujukan dan bukti sekiranya berlaku pertikaian.

URUSKAN CUTI


Kalau anda jenis yang lebih suka cuti kecemasan (EL), tidak perlu bersusah payah membaca tajuk ini. Cuma, suka diingatkan yang tabiat mengambil cuti kecemasan ini tidak berapa digemari oleh boss. Lainlah kalau anda boss.

Cuti hari apa yang nak diambil? Bisanya sehari sebelum acara, sehari selepas acara atau sehari sebelum dan selepas acara. Bergantung kepada keadaan.

Sebagai contoh, katakan jamboree dibuat pada hari Sabtu. Tempat jamboree pula nun jauh di utara dalam jarak 300km. Hari Jumaat adalah hari bekerja. Anda perlu berada di tempat permulaan jam 7.00 pagi. Bagi yang jenis suka memandu kereta macam F1 mungkin boleh merempit selepas kerja dan sampai ke destinasi dengan lebihan masa. Bagi yang tidak suka tergopoh gapah, mungkin mahukan perjalanan yang lebih tenang. Maka, cuti pada hari Jumaat disarankan. Mohonlah cuti lebih awal supaya memudahkan diri anda, rakan sekerja dan boss anda.

Untuk contoh kedua, katakan jamboree pada hari Ahad. Tempatnya pula nun di Plentong. Untuk perjalanan pergi tiada masalah kerana hari Sabtu adalah hari cuti. Tetapi, untuk perjalanan balik, dengan penat letih jamboree lagi, lebih baik kalau diambil cuti pada hari Isnin. Perjalanan pulang anda tidak perlu tergopoh gapah. Dan anda ada satu hari rehat untuk pemulihan selepas berhempas pulas di jamboree.

URUSKAN CUTI


Untuk jamboree yang memerlukan anda untuk bermalam disebabkan jarak yang jauh, penginapan adalah satu perkara penting. Penginapan untuk berehat secukupnya sebelum berjamboree.

Biasanya penganjur akan memberikan sedikit panduan tentang penginapan berserta maklumat hubungan tempat-tempat penginapan yang berdekatan dengan tempat jamboree. Elok dibuat tempahan awal bagi memastikan tempat kerana biasanya tempat penginapan cepat habis ditempah menjelang jamboree.

Pilihlah tempat dan jenis penginapan yang sesuai. Antara pilihan yang ada...

Hotel
Jenis yang paling biasa. Pilihlah hotel berapa bintang dan bulan yang anda mahu sesuai dengan kembung kempisnya kocek anda. Tanyakan sama ada basikal dibenarkan dibawa ke dalam bilik hotel. Maklum barang baik lagi mahal, mana boleh dibiarkan tak berjaga rapi.

Inap desa (homestay)
Jenis penginapan yang semakin masyhur. Sangat sesuai untuk kumpulan besar dan tempoh masa yang singkat. Juga biasanya lebih mesra kocek.

Rumah saudara, kawan dan kenalan yang berdekatan.
Bila lagi nak manfaatkan peluang berziarah mengeratkan silaturrahim. Sambil berjamboree, boleh manfaatkan untuk menziarahi saudara mara handai taulan. Seeloknya maklumkan dulu tuan rumah dan dapatkan keizinannya. Jangan main terjah saja. Saya pernah diberi penghormatan oleh seorang kenalan basikal yang dikenali melalui BBS untuk bermalam di rumah beliau selepas Jamboree Burung Hantu tahun 2011. Saya dan kawan sangat berterima kasih di atas budi baik dan kemurahan hati Bugs.

Masjid/surau
Bagi yang muslim, masjid atau surau boleh dijadikan tempat menumpang. Cuma mungkin sesetengah masjid/surau dikunci bagi mengelak masalah kecurian. Dan, jika mahu menumpang di masjid/surau elok kalau dapat memaklumkan dan mendapatkan keizinan AJK masjid/surau. Juga, ingatlah yang masjid surau itu tempat suci dan mulia. Peliharalah adab dan susila jika mahu bermalam atau memasuki kawasan masjid. Ada beberapa insiden yang saya pernah lihat sendiri di mana pengayuh dengan selamba berkeliaran di dalam kawasan masjid dalam keadaan aurat tidak ditutup dengan sempurna.

Berkhemah
Ini untuk pengayuh yang membara semangat kembaranya. Tebar saja khemah di mana yang sesuai. Pastikan berhampiran dengan punca air dan bilik air. Kena bersusah payahlah sedikit untuk mengusung khemah.

PERSIAPAN DIRI


Pergi ke jamboree bukan macam pergi berkelah. Piawai biasa jarak jamboree ialah sekitar 40km ke 50km. Elok siapkan diri untuk mengharungnya.

Kalau anda belum pernah berkayuh sejauh itu, eloklah mencuba. Bina upaya dan ketahanan diri untuk mengharungi jarak sedemikian. Jamboree ini kalau dapat dihabiskan, akan terasa satu kepuasan yang amat sangat. Sebaliknya, kalau terpaksa menjadi ayam, rasa terkilannya menjeruk berhari-hari. Jadi, sediakan dan biasakan diri anda dengan jarak yang bakal ditempuh.

Laluan untuk jamboree bukannya laluan permaidani merah ke majlis gala. Perhatikan maklumat laluan yang diberikan oleh penganjur. Biasanya akan ada pendakian curam dan panjang. Bila ada pendakian, pasangannya pula laluan meluru turun. Ada yang bertahap biasa dan ada yang bersifat teknikal. Selalu sangat bertembung dengan suasana menolak basikal beramai-ramai dengan gaya lenggang mak limah nak pergi pasar. Sayang sekali pada sesetangah tempat yang ditolak itu sepatutnya boleh dikayuh.

Tolonglah diri anda untuk menikmati jamboree dengan lebih berperisa dengan meningkatkan kemahiran anda. Luanglah sedikit masa untuk belajar, berlatih bagi meningkatkan kemahiran diri. Mulai sekarang, peruntukkan sedikit masa apabila keluar berkayuh untuk menajamkan kemahiran teknikal. Belajar membelok dengan teknik yang betul. Belajar menjadikan brek depan (yang dituduh berhantu dan berpuaka itu) sebagai sahabat anda yang sangat berguna. Belajar teknik menuruni cerun dan teres. Cuba...cuba...dan cuba. Hah! Apa tunggu lagi. Untuk kayuhan terdekat ini, amalkan! Biar orang lain pelik melihat anda mencuba sesuatu bahagian denai berulangkali. Sekali anda berjaya menawan sesuatu bahagian denai yang anda geruni, percayalah...Rasa yakin diri anda akan bertambah kepuasan mengayuh anda akan mencanak naik. Pokoknya, bukan kena peluk pokok, tapi anda harus mahu belajar dan mencuba. Boleh tak ni?

PERSIAPAN BASIKAL


Kuda kesayangan anda juga perlu dipersiapkan. Mana-mana bahagian yang longgar dikemaskan. Biasanya pada bahagian set kepala, braket bawah dan hub. Periksa untuk kelancaran. Bahagian yang mempunyai alas bebola diperiksa. Kalau perlu diminyakkan, minyakkan. Bunga tayar mencukupi. Pad brek mempunyai cukup ketebalan. Pertukaran gear diperiksa. Kalau lari dan melompat, perlu ditalakan semula. Itu antara perkara yang perlu diberi perhatian. Selenggaraan dan persediaan ini membantu mengurangkan pincang tugas dan kerosakan sewaktu berjamboree. Jagalah dan persiapkan basikal anda dan ia akan kembali menjaga anda.

AKTIFKAN RADAR - pasang mata dan telinga


Apa pulak sampai terkeluar radar ni? Pada basikal ada roda. Radar tak pernah pula nampak. Ini bercakap secara maknawiyah, bukan harfiah. Maksudnya di sini, ikuti perkembangan jamboree. Mungkin ada kemaskini atau makluman penting daripda penganjur. Rajin-rajin menyemak laman web atau blog penganjur untuk perkembangan mutakhir. Ini akan menghindarkan anda dari terjebak dengan sebarang kejutan. Mungkin ada perubahan pada laluan, perubahan pada maklumat logistik, perubahan tempat permulaan dan seumpama. Dengan aktif radar, anda akan sentiasa maklum dengan perkembangan terkini dan terselamat daripada kejutan tak memasal.

Checkpoint 2 untuk Jamboree Sudah Maree sampai di sini. Diharapkan apa yang dibebelkan di sini sedikit sebanyak dapat dijadikan panduan terutama kepada mereka yang baru pertam kali mahu menyertai jamboree.

Selamat berjamboree!!!.

BLOG JOHOR: 01 <b>di plentong</b> - Google Blog Search

Posted: 29 Jun 2012 07:50 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BUDAYA MELAYU SEMENANJUNG DAN SINGAPURA

Posted: 25 Jun 2012 07:12 AM PDT

Pengasas ASAS '50 Cikgu Mohamad Arif Ahmad (MAS) sewaktu ditemui di rumahnya di Singapura. Foto diabadikan A.F.Yassin ketika penggambaran Jejak Bahasa di Singapura terbitan DBP-TV3 pada tahun 2001.

Menghayati Budaya Melayu di Malaysia dan Singapura

Ada dua petemuan penting bulan Jun lalu jika mahu mencari sejauh mana budaya antara dua Melayu di Malaysia dan Singapura berbeza atau pun sama. Satu pertemuan dalam bentuk simposium diselenggarakan oleh Fakulti Komunikasi dan Bahasa Moden Universiti Putera Malaysia (UPM) di Serdang dan satu lagi oleh Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (Gapena) di Rumah Gapena Kuala Lumpur. Kedua-dua pertemuan ini dihadiri oleh tenaga akademik, sasterawan dan budayawan kedua-dua negara. Malah di Rumah Gapena turut hadir ialah beberapa orang sasterawan dan budayawan Indonesia yang diketuai Isteri Taufik Ismail.

 Yang paling menarik ialah isu pertemuan di Serdang (15-17 Jun 2004). Pertemuan mahu melihat dunia Melayu melalui teks kesusasteraan Singapura dan Malaysia dalam bahasa Inggeris. Oleh kerana pencarian dilakukan melalui teks Inggeris maka keseluruhan sidang adalah dalam bahasa Inggeris kecuali kertas kerja yang dibentangkan Dr Ramli Isin dan Abd. Rahim Marasidi, kedua-duanya pensyarah di fakulti berkenaan. Walaupun hampir semua yang hadir (jumlah tak sampai 30 orang) terdiri daripada orang Melayu.

 Di Rumah Gapena pertemuan berupa dialog dengan empat ahli panel membincangkan tentang kebudayaan Melayu di Singapura dan Malaysia. Keempat-empat ahli panel itu ialah Prof. Madya Dr Solehah Ishak dari UKM, Mohamad Rahma n Daud (Singapura), Prof. Madya Zainal Abidin Borhan (Universiti Malaya), dan Djamal Tukimin (Singapura). Sempena dialog, diadakan pula pelancaran buku "Perjalanan MAS" terbitan ASAS '50 di Singapura. Dialog adalah anjuran bersama Gapena dan Majlis Pusat Pertubuhan Budaya Melayu Singapura serta ASAS '50.

 Titik persamaan kedua-dua pertemuan ini ialah perbincangan tentang kebudayaan Melayu di keuda-dua negara. Sejauh mana kebudayaan telah dipengaruhi oleh faktor-faktor sekitaran dalam semua aspek: politik, ekonomi, pendidikan dan kemasyarakatan lainnya. Jika pertemuan di Serdang lebih menjurus kepada aspek tekstual kesusasteraan, pertemuan di Rumah Gapena hanya melihat teks sastera sebagai salah sudut pandangan, seperti yang dibicarakan Djamal Tukimin.

 Kedua-dua pertemuan, baik di Serdang mahupun di Rumah Gapena, memperkukuh pandangan umum bahawa hala tuju budaya Melayu di kedua-dua negara mula memisahkan diri akibat keadaan dan kedudukan. Melayu Singapura adalah Melayu kosmopolitan dan merupakan kaum minoriti (15% daripada jumlah penduduk), sementara Melayu Malaysia merupakan kaum yang secara dominannya  masih agraris tetapi masih kaum majoriti (60% daripada jumlah penduduk). Kelainan hala tuju budaya Melayu dua negara ini tidak dapat dielakkan.

 Ketua Satu Gapena, Tan Sri Ismail Hussein, dalam ucapan pembukaannya tetap mahu bernostalgia tentang keadaan orang Melayu Singapura dulu-dulu. Sambil itu Ismail menyanjung keupayaan Melayu Singapura bersaing dengan lain-lain etnik. Ia adalah perjuangan untuk kelangsungan hidup walaupun tidak terkecuali daripada berdepan dengan cabaran. Orang Melayu Singapura perlu menyesuaikan diri dengan suasana dan keadaan dan proses penyesuaian ini menjadi teras dinamika umat Melayu Singapura.

 Seorang peserta yang hadir menyamakan keadaan Melayu Singapura hampir bersamaan dengan keadaan yang serupa dengan kaum minoriti Cina di Malaysia. "Mereka tidak leka, tidak mengharap dan lebih banyak berdikari," katanya. Ini adalah reaksi spontannya setelah mendengar hujah ahli panel, Djamal. Kata Djamal, "Kita orang di Singapura jarang mendapat bantuan kerajaan. Kita kena usaha sendiri. Kita berani katalah misalnya, kebanyakan masjid yang didirikan di Singapura merupakan hasil bantuan dan gotong royong orang Melayu sendiri."

 Menurut Djamal kebanyakan orang Melayu Singapura perlu meningkatkan keupayaan dalam hampir semua bidang. Katanya, "Dalam bidang teknologi maklumat, misalnya, ramai keluarga Melayu sudah mempunyai menguasai teknologi ini. Saya sendiri, bukan nak menyombong, mempunyai tiga komputer di rumah."

 Bagaimanapun, Djamal sedikit resah dengan identiti Melayu di negara pulau itu adalah "sesuatu yang mulai terhakis." Judul kertas kerjanya sendiri mengakui anggapannya ini. Djamal cuba "mendakapnya kembali....asing tapi mesra." Bagi Djamal, ungkapan "Tidak Melayu Hilang Di Dunia" bagi sesetengah orang  "mulai sedikit demi sedikit  kehilangan nilai dan wibawanya". Bagi orang Singapura identiti Melayu  antara ada dan tidak ada. Djamal mengungkap, "Sekali rindu tetapi hilang dari mata. Sesekali didakap terasa asing dan tidak mesra. Seperti kata orang Jawa Ojo Jadi Kreweng (jangan jadi pecahan genting). Maksudnya mahu dibikin bumbung tidak bisa kerana kalau hujan kebocoran dan kalau hendak dijadikan tanah kembali sudah tak bisa juga kerana sudah keras."

 Lain pula halnya dengan pandangan Zainal Borhan. Baginya keMelayuan di Malaysia membawa konotasi nasionalisme, semangat yang pada awalnya diperjuangkan Guru-guru Sekolah Melayu, tidak terkecuali para lulusan Maktab Perguran Sultan Idris. Mohamad Arif, pengasas ASAS '50, yang bukunya dilancarkan di majlis dialog, kini rakyat Singapura merupakan salah seorang anak kandungnya. Semangat nasionalisme Melayu dalam diri Ariff nyata telah "diubahsuai" untuk membolehkannya menjadi pemangkin kepada gerakan reformis minda orang Melayu Singapura. Seperti yang dijelaskan Zainal, "Generasi seperti MAS (Ariff) semasa muda mempunyai pendirian dan pendapat malah kekuatan ideologi mengenai soal-soal penting bangsa. Mereka memiliki idealisme yang bertunjangkan kemelayuan."

 Ariff dan golongan seangkatannya, baik di Singapura lebih-lebih lagi di Malaysia, adalah ibu dan  bapak bangsa Melayu. Zainal merindukan mereka, terutama apabila isu-isu yang berkaitan dengan Melayu hari ini semakin mula dipergonjengkan. Seolah-olah satu azam politik untuk memperkukuh semangat Melayu hampir terhakis punah dibenam oleh dampak pembangunan.

 Zainal mahu semangat nasionalisme untuk pembinaan bangsa oleh generasi perintis terdahulu dan para pemikir bangsa ketika itu yang terdiri daripada guru-guru Melayu perlu digemakan kembali dalam seperti katanya, "kerangka mempertegaskan kebudayaan bangsa secara beterusan... semangat generasi itu diangkat sebagai memori kolektif bangsa untuk menyedarkan para pemimpin politik, ekonomi, pendidikan, birokrat, teknokrat, korporat, akademik dan generasi pembangunisme." Zainal khuatir jika memori kolektif bangsa hilang begitu sahaja maka usaha memajukan bangsa daripada sudut kebudayaan dengan mengenengahkan persoalan bahasa, sastera dan budaya Melayu akan dianggap remeh belaka. Malah akan ada golongan yang mendakwa bahawa memupuk semula semangat nasionalisme sudah ketinggalan zaman.

 Seruan yang ada dan satu-satunya opsyen ialah guru-guru generasi hari ini, terutama guru Melayu, baik di kota mahupun di kampung mesti memanfaat ruang yang wujud di zaman pemimpin baru Malaysia. Hai ini dapat dilakukan dengan meningkatkan kecerdasan, memperkukuh kemahuan, memperhalus perasaan, memperhebat kecintaan kepada Melayu dan budaya bangsa di setiap hati nurani anak-anak sekolah. Tidak ada jalan lain.

 Di Singapura pula kebersamaan budaya Melayu perlu ditingkatkan penghayatannya seperti yang telah dirintis Ariff. Usaha ini menjadi bertambah penting kerana seperti yang dikatakan Masuri SN, "Orang Melayu, terutama generasi mudanya sudah tidak lagi melihat budayanya sebagai satu yang perlu dipersoalkan lagi. Melayu kosmopolitan Singapura sudah terlalu bersifat akomodatif dan toleren dengan budaya-budaya lain yang wujud di pulau itu." Hal ini amat terserlah terutama dalam aspek penggunaan bahasa Melayu di kalangan orang Melayu republik itu.

Menurut kajiannya, ada kecenderungan orang Melayu Singapura, terutama golongan remajanya, tidak lagi menggunakan bahasa Melayu dalam pergaulan sehari-hari mereka, kecuali ketika bersama keluarga di rumah. Bahasa Inggeris telah menjadi bahasa utama. Hanya mereka tidak "merojakkan" kedua-dua bahasa Melayu dan Inggeris seperti yang diamalkan oleh kebanyakan orang Melayu di Malaysia. Setidak-tidaknya inilah hasil kajian yang dilakukan pensyarah Universiti Putera Malaysia, Ain Nadzimah Abdullah terhadap  60 responden, yang terdiri daripada orang Melayu Singapura. Kajian ini dibentangkan sebagai salah satu kertas kerja penting di Simposium  di Serdang itu.

 Apapun jua keadaan kosmopolitan orang Melayu di Singapura, walaupun baik dari sudut kemajuan bangsa yang bernama Melayu, cenderung untuk menuju ke arah pembentukan sikap dan cara hidup Melayu yang diaspora sifatnya. Melayu Singapura bukan Melayu diaspora. Yang dibimbangkan kekosmopolitannya akan cenderung untuk mewujudkan suasana seperti apa yang berlaku kepada orang Melayu di Afrika Selatan, Nadagaskar atau Sri Lanka. Waris-waris Melayu di sana hari ini menganggap mereka masih Melayu, tetapi cara hidup, tingkah laku, sikap dan dunia fikir semuanya tidak lagi melambangkan keMelayuan yang dirundukan Zainal Abidin Borhan dan mungkin sahaja Djamal atau Ariff sendiri.

 Demikianlah, dua negara jiran yang dahulunya merupakan sebuah entiti politik jua, mengalami proses pembudayaan yang menuju halanya masing-masing, dengan faktor-faktor politik, ekonomi dan budaya setempat memainkan peranan penting. Barangkali pula Melayu Singapura lebih memerlukan suntikan semangat yang lebih untuk masyarakat Melayunya kembali kepada identiti Melayu yang lebih tradisi dan tulen sifatnya. Sedangkan Melayu di Malaysia perlukan pula penghayatan yang lebih mendalam untuk kembali kepada semangat budaya bangsa. Tidak kiralah apa dan bagaimana bentuknya budaya bangsa itu!

Yaaob Ibrahim, warga Melayu Sngapura
Rencana ini pernah disiarkan dalam Dewan Budaya, majalah bulanan terbitan DBP.         

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Fokus PRU: MP <b>Gelang Patah</b> nafi berundur | Minda Mandul

Posted: 20 Dec 2012 11:27 PM PST


AHLI Parlimen Gelang Patah, Tan Ah Eng menafikan khabar angin kononnya beliau akan berundur untuk memberi laluan kepada calon lain bertanding bagi kerusi yang disandangnya.


Sebaliknya beliau hanya akan terima keputusan (berundur) sekiranya diputuskan oleh Perdana Menteri yang juga Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Tun Razak.


"Isu tidak mahu bertanding dan undur diri daripada politik bukan keluar dari mulut saya. Tidak pasti apakah motif khabar angin ini tersebar.


Bagaimanapun, yang pasti saya masih melaksanakan tanggungjawab sebagai Ahli Parlimen Gelang Patah sebaik mungkin.


"Soal dicalon atau tidak saya serahkan pucuk pimpinan MCA buat keputusan. Malah saya akan menghormati apa juga yang ditentukan Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek kerana saya bukannya jenis yang suka melobi diri untuk dicalonkan semula," katanya.


Beliau yang tenang menghadapi tohmahan itu memilih untuk berdiam diri daripada berbalas kenyataan daripada mana-mana pihak tidak kira di dalam mahupun di luar media.


"Tidak guna mencanang tentang kebaikan kita buat. Ia hanya menyebabkan orang lebih membenci.


Jadi saya lebih suka mendiamkan diri dan buat kerja saya sebagai wakil rakyat. Saya tidak mahu rosakkan parti hanya kerana mahu dicalon semula," katanya.


Ketika bertemu Sinar Harian, Timbalan Ketua Wanita MCA Pusat itu berkata, tsunami politik pada PRU12 berlaku berpunca daripada timbulnya pelbagai isu nasional sekali gus menyebabkan pengundi Cina beralih arah menyokong pembangkang khususnya DAP.


"Kita sentiasa bekerja kuat memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat. Bagaimanapun, pembangkang telah memanipulasi isu nasional untuk meraih sokongan pengundi termasuk isu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC), Lynas dan terbaru, sistem penguatkuasaan automatik (AES).


"Toleransi antara parti komponen dalam BN turut dijadikan isu kononnya MCA 'tunduk' kepada Umno dan hanya menuruti arahan. Sedangkan kita terus berjuang untuk memastikan kebajikan rakyat termasuk kaum Cina terbela," katanya.


Ah Eng turut mengakui faktor hilang sokongan kaum cina menyebabkan beberapa kerusi Dun di Johor terlepas ke tangan pembangkang sekali gus mencalarkan rekod 100 peratus BN di negeri ini.


"Dun Skudai mempunyai peratus pengundi Cina yang besar iaitu 68 peratus berbanding Melayu dan India. Malah faktor pembangunan menyebabkan migrasi ke kawasan parlimen ini seterusnya berlaku pertambahan pengundi baru.


"Bagaimanapun, saya yakin kita mampu rampas semula Dun Skudai, tetapi perlu letakkan calon boleh menang daripada BN," katanya.


Selain itu, katanya, kemenangan pembangkang tidak memberi makna rakyat suka kepada PR, sebaliknya pengundi tidak mahu mengundi BN atas faktor tertentu yang mengakibatkan sokongan beralih ke arah pembangkang kerana hanya itu sahaja pilihan yang ada.

01 di parit jawa - Google Blog Search

01 di parit jawa - Google Blog Search


BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 16 Sep 2012 03:38 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

BLOG JOHOR: 01 <b>di parit jawa</b> - Google Blog Search

Posted: 20 Jul 2012 03:40 AM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

<b>Parit Jawa</b> Astro Box Office | Internet Radio | TV

Posted: 19 Jul 2012 08:42 AM PDT

Sinopsis telemovie Parit Jawa
Sinopsis: Parit Jawa menyingkap kisah hidup satu keluarga yang berketurunan Jawa dan telah duduk di Parit Jawa, Muar berkurun lamanya, disampaikan di dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Jawa, dan ia menyingkap tentang Tuminah dan Sapian yang telah berumur dan mahukan anak-anaknya bersama seperti keluarga lain.

Setelah Sapian (Ghazali Abu Noh) meninggal dunia, Tuminah (Ruminah Sidek) menjadi semakin risau akan keluarganya yang semakin kucar kacir. Anaknya hanya ingin merebutkan tanah pusaka keluarga mereka yang masing-masing mempunyai agenda mereka sendiri tanpa mempedulikan ibunya yang masih hidup.

Tuminah sedih kerana anak-anaknya tidak mempedulikan kehendaknya dan kehendak arwah Sapian. Manakala Arman (Eman Manan) dan Jalal (Zahiril Adzim) masing-masing inginkan tanah pusaka itu menjadi milik keluarga dan tidak mahu memecah belahkan tanah itu.

Keadaan menjadi lebih rumit apabila Arman meninggal dunia, dan anak-anak Tuminah menjadi lebih tamak dan lebih ingin menjual tanah itu. Dan hanya tinggal Tuminah dan Jalal untuk mempertahankan tanah pusaka keluarganya itu.

Pelakon Parit JawaSupertelemovie Parit Jawa arahan Tunku Mona Riza ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Zahiril Adzim, Jalil Hamid dan Eman Manan, Ruminah Sidek dan Ghazali Abu Noh.

Watch Parit Jawa Full Movie

ads