Ahad, 26 Jun 2011

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Alhamdulillah..saya bersyukur lahir <b>di negeri Johor</b>..

Posted: 26 Jun 2011 09:09 AM PDT

Salam..pendidikan yang diberikan oleh kerajaan negeri Johor...untuk dunia dan akhirat..

Walaupun dah lama aku menamatkan pengajian darjah khas di Johor..alhamdulillah, result pon boleh tahan..selepas je abes belajar di UPSI..sementara tggu posting..insyaAllah, aku nak try mintak kerja di sekolah agama dengan menggunakan sijil agama aku..xkesahla kerja part time or sementara..tapi aku akan cuba berbakti dan mengajar anak2 Johor agama..xkesah lah ajar subjek Tauhid, Ibadat, Al-Quran, Muamalah, Munakahat, Jenayat, Sirah, Tafsir, Bahasa Arab dan sebagainya..even ajar Alif, Ba, Ta kepada budak darjah satu pon xpe..janji aku dapat berbakti dan menyampaikan ilmu agama Islam..dulu masa darjah Khas aku belajar 9 subjek..dpt ajar satu subjek agama pon aku da bersyukur...lebih banyak lagi bagus..aku xkesah walaupun gaji guru agama orang cakap sedikit..bg aku..mengajar agama ni Allah bagi gaji paling besar dan berkat..iaitu pahala..

Bagi sesiapa nak tau apa itu Darjah Khas Agama di Johor..baca ruangan ni.... 


Darjah Khas Agama Johor adalah lanjutan program pembelajaran di Sekolah Agama Kerajaan Johor. Darjah Khas Agama Negeri Johor adalah Institusi Pendidikan Agama Johor yang telah berjalan secara formal sejak tahun 1923. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Agama Johor ia diwujudkan untuk memberi pengetahuan Agama Islam kepada pelajar-pelajar serta kerjaya yang setaraf dengannya, disamping berperanan untuk melahirkan pelajar-pelajar yang kuat imannya, kuat ibadatnya, kuat berpegang kepada cara hidup Islam dan kuat ketakwaannya ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan abadi di akhirat.
Pengajian peringkat Darjah Khas Agama di Johor disediakan kepada lulusan Sijil Darjah Enam Agama (SDEA). Ia adalah saluran untuk memberikan pendidikan agama lanjutan yang secukupnya kepada golongan remaja Islam menjelang pencapaian usia baligh. Bahasa pengantar yang digunakan ialah Bahasa Melayu agar mudah difahami. Pengajian Darjah Khas ini disediakan kepada murid-murid Sekolah Menengah Kebangsaan yang memilih untuk meneruskan pembelajarannya ke tingkatan satu di sekolah-sekolah menengah harian di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ia adalah pelengkap kepada program pendidikan agama di peringkat menengah yang disediakan oleh kerajaan negeri Johor.

~anak jati Johor~
Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads