Khamis, 21 Julai 2011

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


LAMAN RASMI ADUN MAHARANI: PELANCARAN BERSIH 2.0 <b>DI MUAR</b> DIHALANG

Posted: 03 Jul 2011 06:13 AM PDT


POLIS GAGALKAN PELANCARAN BERSIH 2.0 DI MUAR

Badan Perhubungan PAS Johor dengan kerjasama Dewan Ulamak PAS Johor telah merancang untuk mengadakan Munajat Perdana dan Pelancaran BERSIH 2.0 sempena lawatan Tuan Haji Mohamad Sabu, Timbalan Presiden PAS Malaysia ke Muar. Program ini bermula dengan Munajat Perdana di Markas PAS Parit Pechah Muar pada jam 645 petang 1 Julai 2011. Alhamdulillah Munajat Perdana telah diketuai oleh Dato Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Dato Dr Mahfoz Mohamad. Majlis ini turut dihadiri oleh  ialah Ustaz Abdullah Hussin , Ketua Dewan Ulama PAS Johor, dan YB Dr Mohammad Taslim, ADUN Maharani, serta kepimpinan PAS Kawasan Muar, Ledang , Bakri dan Pagoh.

Pada sebelah malamnya Ceramah Perdana bersama Tuan Haji Mohamad Sabu dirancang untuk melancarkan BERSIH 2.0 peringkat negeri Johor.Malangnya atas alasan program ini berkaitan dengan BERSIH  maka pihak keselamatan telah diarahkan untuk menggagalkan majlis.ini.


 
Kain rentang ini menjadi mangsa kerana 'bersih' -  alasan untuk menghalang
ceramah oleh Tn Hj Mohamad Sabu !

Pegawai ini diarah untuk menutup laluan ke dalam Markas PAS Parit Pechah

sebelum ada sebarang aktiviti di dalam Markas !
Sejarah PAS Muar - markas di sita Polis ?

Kawasan Markas bertambah selamat dengan kawalan Polis....

Belum pernah berlaku dalam sejarah PAS Muar program ceramah 

diberi perhatian istimewa oleh pihak keselamatan.

Van Polis bergerak pun ada berhampiran markas !
Di sini tiada penjenayah...... 

 Diantara pemimpin yang berada dalam markas: Ustaz Abdullah Hussin, Dato Dr Mahfoz, 
YB Dr Boo Cheng Hau dan Tn Hj Zulkifli Ahmad.


Hari dah malam....Polis masih mengawal kawasan Markas



YB Dr Boo Cheng Hau, ADUN Skudai merangkap Pengerusi DAP Johor,
akhirnya dibenarkan masuk Markas selama 10 minit sahaja !

Buat apa pulak bas polis di sini ?

======================================================================

Pemimpin Umno sanggup porak-peranda negara semata-mata mahu kekal berkuasa

Sementara itu Majlis Pelancaran Himpunan Bersih 2.0 Peringkat negeri ini pada 1 Julai lalu oleh Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, di Kompleks Tarbiah PAS Parit Pecah Muar, tidak dapat dijalankan setelah polis bertindak mengepung kompleks tersebut seawal jam 3.00 petang.

Ratusan anggota polis termasuk FRU yang dikerah untuk menggagalkan program tersebut tidak membenarkan orang ramai memasuki kompleks tersebut, anggota FRU telah ditempatkan dipintu utama kompleks ini bagi menghalang orang ramai memasuki kawasan ceramah.

Bagaimana pun ceramah oleh pimpinan PAS dan DAP terus diadakan, Pengerusi DAP negeri, Dr Boo Cheng Hau, Pesuruhjaya PAS negeri, Datuk Dr Mahfodz Muhamad serta Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Maharani, Dr Mohamad Taslim, telah menyampaikan ceramah pada majlis ini.

Selain itu tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya berhampiran kompleks ini juga menyebabkan berlaku kesesakan yang sangat teruk di kedua-dua hala, tindakan polis ini telah menimbulkan sungutan pengguna jalan raya yang terperangkap dalam kesesakan ini. -Harakahdaily

Full Feed Generated by Get Full RSS, sponsored by USA Best Price.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads