Rabu, 28 September 2011

01 di benut - Google Blog Search

01 di benut - Google Blog Search


Berdisiplin akan menjadi kunci kemenangan PAS <b>Benut</b> | Nusajaya <b>...</b>

Posted: 28 Sep 2011 06:54 AM PDT

BENUT, 28 September 2011: Antara yang dikenal pasti bagi membolehkan PAS meraih kemenangan yang gilang gemilang adalah dengan mendisiplinkan anggotanya setiap gerak kerja yang dilakukan.

Kesungguhan ini ditegaskan oleh Pengelola PAS Dun Benut, Ustaz Atan Gombang dengan katanya penglibatan dalam PAS bukan dilihat untuk mengisi masa senggang mahupun ingin mencari keseronokan sebaliknya ia merupakan tuntutan agama.

Sehubungan itu, menurutnya penggunaan masa wajar dititik beratkan memandangkan kebanyakannya tidak begitu menghiraukan hinggalah terbeban dengan kerja bertangguh.

''Antara kemenangan Islam adalah (menitik beratkan)disiplin. Manakala kekalahan juga berdasarkan disiplin. Contohnya dalam Dalam perang Uhud, kerana tidak dengar arahan Nabi saw supaya jangan tinggalkan Bukit Uhud, terjadinya kekalahan.

''Begitu juga (berdisiplin) dengan dapat tepati masa. Kalau janji datang marhaban pukul 8, kenalah datang time (masa) itu juga. Dalam PAS bukan untuk isi masa kosong, sampingan, saja-saja atau isi masa lapang'' ujarnya yang juga ahli jawatankuasa Badan Perhubungan PAS negeri Johor.

Ketika ditanya mengenai pendekatan kerja yang terbaik, beliau berkata gerak kerja tersebut adalah dengan melakukan tugas secara tersusun dan mempunyai perancangan bukannya tergopoh gapah asalkan selesai.

''Semua kena serius dan berdisiplin. Tanpa disiplin kita tak akan menempah kejayaan. Kerja kena smart bukan hard'' ujarnya pada program Marhaban MTD Benut di Unit Peti Undi (UPU) Simpang Jawa, di sini.

Sejumlah lima buah rumah para pengundi telah dikunjungi ahli rombangan Marhaban MTD Benut sempana berada dalam bulan syawal."

Sumber : MTD PAS Benut

untuk disewa – RUMAH SEMI-D @ <b>BENUT</b>, JOHOR – 57th Edition <b>...</b>

Posted: 24 Sep 2011 10:26 AM PDT

Rumah sewa

Salam 1Malaysia… Rumah Semi-D ini dibeli pada pertengahan tahun 2010. Sesuai kepada penyewa berkeluarga(muslim) yang bekerja disekitar Benut @ Pontian. Berdekatan dengan MRSM dan bandar Benut. Sewaan rumah ini beserta dengan sebahagian barang / keperluan untuk seisi rumah yang lengkap.

SPESIFIKASI;
- keluasan lantai; 2110 sq ft
- keluasan tanah; 3200 sq ft
- Porch untuk 2 buah kereta
- Keluasan dalaman rumah amat selesa(ketinggian lantai dengan
siling: 12″)
- Mempunyai ruang dalaman yang lengkap;
* ruang tamu * ruang family * ruang makan * dapur * 4 bilik tidur
* 3 bilik air * terrace 10X13″
- kemasan siling kapur, cornice dan arc untuk setiap ruang dalaman
dan luaran(dome-ruangtamu/keluarga).
- kemasan warna dinding rumah berbeza mengikut ruang.
- kemasan jubin seramik(16″) untuk semua ruang dalaman,
porch, terrace dan kaki lima.
- grill wrought iron(personel idea) untuk semua tingkap, pintu,
sliding/dapur & pintu pagar.
- pengubahsuaian dining hall.
- penambahan terrace(10X13″)
- penambahan dapur(10X33″)
- fully kitchen carbinet(atas bawah-14″)
- pagar konkrit
- 10 unit kipas siling

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN;
- set bilik tidur (bilik no 2 dan 4)- meja makan( 6 org)
- set kerusi, almari sudut dan carbinet tv untuk ruang keluarga
- almari/cermin di dapur
- water heater
- hood n hob

LOKASI;
no. 35, taman sanglang jaya. benut, johor.17KM ke pontian, 5KM ke benut. 4KM ke MRSM dan 1KM ke pekan sanglang.

HARGA SEWA;
RM790 sebulan

kepada yang berminat, sila hubungi/SMS untuk pertanyaan/temujanji;
019 4446009 – lu'lu
019 3176009 – mizan

By rumahsewa.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads