Ahad, 25 September 2011

01 di endau - Google Blog Search

01 di endau - Google Blog Search


..cerita seterusnya..: hometown - <b>Endau</b> ------>Teluk Sari

Posted: 05 Sep 2011 10:46 PM PDT

Endau terletak kira-kira 306km dari Kuala Lumpur dan mengambil masa lebih kurang 4 hingga 5 jam (mengikut kiraan google map) untuk sampai ke sana. Kalau dah biasa drive 3 jam pun dah boleh sampai, tapi tu kena drive macam nak bunuh diri lah.

Saya di besarkan di sini sejak kecik hingga lah habis sekolah menengah. Walaupun anak jati Endau, saya tak habis jelajah pun kampung sendiri. Tempat jauh macam gunung kinabalu dah selamat saya jelajah, tapi kampung sendiri banyak juga tempat yang saya belum sampai. Sadis jugak lah.


Jambatan Teluk Sari
Beberapa hari sebelum raya haritu saya keluar jalan-jalan kat kampung...orang putih kata sight seeing. Tempat yang saya paling suka pergi kat sekitar kampung ialah pantai. Di Endau, pantai yang agak famous ialah pantai Penyabong, tapi saya lagi suka pergi pantai Teluk Sari dan Teluk Gorek. Dua tempat ni terletak di Tanjung Resang, salah sebuah kampung yang ada di mukim Endau.

Saya suka pantai di sini kerana keadaan pasirnya yang landai dan bersih, cuma kena bersabar sikit lah dengan bau tahik lembu. Biasa lah lembu-lembu kat sini mana pernah sekolah jadi najis-najisnya bersepah lah atas rumput.

Dulu-dulu masa kecik-kecik memang selalu picnic kat sini. Masa tu tak ramai lagi yang tahu tempat ni sebab semuanya tertumpu kat Penyabong. Sekarang tempat ni dah ramai orang tahu, siap dah ada jalan tar yang cantik, orang pun dah ramai bermandi manda, nak camping pun boleh.




bawak budak 2 orang ni jalan kat air. Sorang sibuk nak main air, sorang lagi sibuk nak cari anak ketam.
ini lah pantai Teluk Sari
jauh kan nak jalan sebab air surut
gambar tuan tanah harus lah ada..
pokok kelapa melambai-lambai
batu-batu tu nampak macam 'mini island'
Pantai Pasir Lanun, itu lah nama pantai di Penyabong..
tak pasti lah kenapa nama dia pasir lanun...
banyak lanun agaknya dulu-dulu..
Balik dari pantai, singgah kejap lah kat depan sekolah saya ni, Sekolah Menengah Kebangsaan Ungku Husin (SMKUH). Di sini lah tempat saya belajar dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Banyak kenangan di sini, terlalu banyak untuk di ingati. Tapi dulu warna bangunan sekolah bukan warna ni, dulu warna lain. Bangunan pun dah bertambah. Sayu je hati tengok sekolah, automatik teringat segala apa yang pernah terjadi dan lalui 14 tahun yang lepas. Lama dah rupanya saya meninggalkan alam persekolahan. Ikutkan hati nak je masuk tapi keadaan masa tak mengizinkan, lagipun tak konfiden nak masuk sesuka hati, takut ada orang marah.

Sesekali balik kampung dah banyak perubahan. Banyak rumah-rumah baru dibina, jalanraya pun dah selesa. Indahnya kampungku. Jemput lah datang ke Endau kepada sesiapa yang belum pernah sampai.

..cerita seterusnya..: hometown - <b>Endau</b> ------>Semaloi, Pianggu <b>...</b>

Posted: 21 Sep 2011 09:34 AM PDT




ignore kaki saya yg hodoh, lihat air laut yg cantik warnanya tu...
jeti Penyabong
bot nelayan, ada juga bot nak pegi Kelong Acheh kat seberang sana tu, apa ntah nama pulau tu..port kaki pancing jugak
nelayan dan botnya
bot siap dengan nombor plat
ni bukan nelayan, ini penduduk kampung yang turun ke sungai saja-saja nak mancing, bawa enjin sendiri tapi tak pasti bot fiber tu dia punya ke sewa...rasanya dia punya..
ini jeti di Kampung Labong, kampung orang Asli di Endau. Tempatnya agak terpencil, kurang kemudahan, jeti pun dah uzur sangat2..
penutup tirai....gambar tuan tanah..
actually this picture looks like I was in the era of '80s
like it..
Rasa rugi pulak tak merasa dtg ke tempat-tempat ini waktu kecik-kecik dulu.....waktu kecik dulu terperap kat rumah aje...nak keluar mak marah....huhu..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads