*** Dengar khabar juga lagu ini sudah tercipta semenjak tahun 1992. Ini bermakna sudah 19 tahun kewujudannya. Hanya kini ia disebarluaskan sehingga ke alam cyber sebagai isyarat kepada bekas anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang agar ingat pada ikrar dan cita-cita mereka sedari kecil lagi itu.Beriktu ialah laman Web Rasmi Sekolah Kebangsaan Kahang (sekolah rendah):
Kita teguhkan kaki ini untuk berdiri.Kita bermula dari rumah sekolah yang usang dan mahu roboh. Di sini kita mula bertatih mengenal A, B, C dan Alif, Ba, Ta....
Wahai sahabat-sahabat seangkatan ku, marilah kita pulang. Pulang berbakti kepada nusa dan tanah tumpah darah kita, Kampung Kahang!
Wahai anak-anak didik Sekolah Rendah Kebangsaan Kahang, jika kau tersasar, jika tersimpang selagi mana kau belum terbujur-kaku ... maka kini sudah sampai masanya. Pulihkan semangat yang pernah berdarah kental di dadamu itu. Pulihkan semangat lawanmu. AYUH.. Aturkan langkah, aturkan kekuda, aturkan nafas, aturkan tatihmu... Jangan biarkan 'hanyut' itu terus-terusan menikam tembuluh saraf mu, jantung mu, nafasmu, rohmu, jiwamu!
Ayuh! Kita kenang-kenangkan tentang asal wal usul kita. Mari kita cari jati diri ini.
Kita kembali mengangkat tangan setelah sekian lama kita lupakan. Mari kita menyebut dan menyahut kembali ikrar yang sudah lama kita pendamkan dalam lubuk hati yang dalam.
Mari kembali bersemangat waja. Mari kita teruskan perjuangan hidup untuk menjadi INSAN CEMERLANG, insan yang berbakti, insan yang harum namanya.
Biar patah sayap, tetapi tidak pada sengatannya!
Biar mana nanti kita tercampak, kita tetap menjadi manusia yang harum namanya. Suci bersih jiwa dan hatinya. Berguna pada agama nusa dan bangsa! - Itulah ikrar yang pernah kita ungkapkan sebelum kita melangkah pergi meninggalkan SRK Kahang!
Moga-moga nostalgia ini mampu membangkitkan semangat yang hilang. Aturkan langkah gagah, kita cari jalan pulanggg..... usah diragukan keupayaan diri sendiri lagi.
BANGKITLAH anak bangsaku. Bangkitlah saudaraku. Teruskan perjuangan hidup dan berbaktilah. Budi disemai bakti dituai demi tanah tumpah darah kita di Kahang yang permai ini.
Terima kasih cikgu, dek kerana usaha cikgu yang tak pernah jemu mendidik kami walaupun kampung kami jauh daripada pembangunan akhirnya ramai antara kami sudah berjaya menjadi manusia!
Terima kasih cikgu, terima kasih cikgu...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan