Rabu, 21 September 2011

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Taufiq tidak sabar mula aksi <b>di Kluang</b>

Posted: 03 Sep 2011 04:07 PM PDT

KUALA LUMPUR – Pada saat umat Islam masih tertumpu kepada sambutan Hari Raya Aidilfitri, lain pula bagi Mohd. Taufiq Roslan yang tidak sabar untuk memulakan aksi Pusingan Tujuh Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas yang akan berlangsung di Kluang, Johor pada 24 dan 25 September ini.

Pelumba 19 tahun itu sebelum ini mencipta kejayaan di Alor Setar (Pusingan 6) dengan mengetepikan juara bertahan, Hafizh Syahrin Abdullah (Petronas Syntium Moto Yamaha Raceline) dan Mohd Ramdan Rosli (Petronas Syntium Moto Yamaha AHM) untuk berada di tempat kedua di belakang juara, Elly Idzlianizar Ilias (Global Bike Rock Oil Racing).

Masih belum berpuas hati dengan pencapaian tersebut, pelumba Yamaha Maju Motor Racing itu terus menggandakan usahanya bagi menghadapi baki empat pusingan akan datang setelah merasakan kemenangan di Alor Setar banyak bergantung kepada nasib yang menyebelahinya.

Saya begitu gembira dengan prestasi sewaktu di Alor Setar, namun saya percaya ia banyak di bantu oleh nasib. Jika Norizman Ismail dan Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro TEQ SCK Honda Racing) tidak terbabas, sudah pasti saya tidak berpeluang menjejakkan kaki di atas podium.

Tambahan pula, ini hanya merupakan musim pertama saya bersaing dalam kategori CP130, kata pelumba kelahiran Melaka yang kini menghuni tangga kelima keseluruhan dengan 54 mata.

Namun begitu, tanpa usaha yang dicurahkan selama ini kemenangannya tempoh hari mungkin sukar dicapai.

Pencapaian tersebut tidak hanya disebabkan oleh faktor tuah. Saya telah mengharungi banyak cabaran pada lima pusingan terdahulu dan kini saya semakin selesa dengan saingan yang lebih sengit bersama jentera baru, ujarnya.

Bercakap tentang sasaran pada perlumbaan akan datang, Taufiq berharap dapat mengulangi pencapaian serupa.

Setelah mendapat tempat kedua di Alor Setar, saya mahu mengulanginya di Kluang. Namun, saya rasa ia bukan satu perlumbaan yang mudah, jelasnya.

Norizman kini mendahului kedudukan keseluruhan dengan 87 mata, diikuti Ahmad Fazli Sham (Pennzoil Fastrac Racing) di tangga kedua dengan 63 mata. Tempat ketiga menjadi milik rakan sepasukan Norizman, Mohd Affendi Rosli dengan 60 mata.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads