Jumaat, 9 September 2011

01 di parit sulong - Google Blog Search

01 di parit sulong - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Suami isteri maut kereta bertembung bas

Posted: 09 Sep 2011 04:10 PM PDT

KOTA TINGGI 9 Sept. – Sepasang suami isteri maut apabila kereta mereka bertembung dengan sebuah bas yang dinaiki sekumpulan penuntut Politeknik Johor Bahru di Kilometer 47 Jalan Johor Bahru-Mersing, dekat sini hari ini.

Dalam kejadian pukul 9 pagi itu, mangsa, Abu Saribi, 62, dan isterinya, Zaharah Giser, 57, dalam perjalanan dari Felda Lok Heng Barat ke rumah anak mereka di Larkin Perdana, Johor Bahru difahamkan untuk mengambil kad pengenalan Abu yang tertinggal.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritendan Suhaimy Hashim berkata, siasatan awal mendapati kemalangan itu berlaku apabila kereta Proton Iswara Aeroback yang dipandu Abu hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan.

"Kereta itu lalu bertembung dengan bas tersebut dan mengakibatkan pasangan suami isteri itu tersepit dan meninggal dunia di tempat kejadian. Pemandu bas dan 30 penumpangnya tidak cedera," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads