01 di parit yani - Google Blog Search |
Posted: 07 Sep 2008 10:18 AM PDT Dalam masa 20 hari lagi blog budiMaN, insyaallah akan menyambut ulangtahun yang ke 2 sejak penubuhannya pada 28hb September 2006 yang kebetulan sentiasa tarikh tersebut jatuhnya dalam bulan Ramadhan yang amat mulia ini. Mengenang kembali sejak bermulanya blog ini kira-kira 2 tahun yang lepas penuh dengan pelbagai peristiwa dan kenangan yang tidak dapat saya dan rakan-rakan budiMaN lupakan. Dengan tujuan utama untuk merapatkan kembali silatulrahim antara rakan-rakan UitM Kuantan tidak mengira batch yang telah terputus hubungan kira-kira lebih dari 20 tahun yang lalu, blog ini juga selain dari mengadakan acara-acara pertemuan semula juga merancang halatujunya dengan mengadakan pelbagai aktiviti amal dengan tujuan merapatkan silatulrahim bersama budiMaN di samping berbakti kepada masyarakat sekeliling. Mengenang kembali aktiviti-aktivit amal yang telah di lakukan oleh budiMaN, saya senaraikan secara ringkas nostalgia amal yang telah kita lakukan sepanjang 2 tahun ini. Ini ialah selain dari satu aktiviti amal pada awal 2007 (tidak silap saya sekitar April 2007)dimana rakan-rakan budiMaN telah membuat kutipan sumbangan sebanyak RM1,500 bagi membantu seorang rakan budiMaN yang tidak mempunyai wang untuk memasukkan anak beliau ke sekolah asrama penuh.
Aktiviti Silatulrahim
Rumusan Alhamdulillah, mengenang kembali nostalgia aktiviti-aktiviti budiMaN, begitu mengharukan dengan pertemuan dan kerja-kerja amal yang dilakukan hasil perpaduan dan sumbangan dari ahli-ahli budiMaN sahaja tanpa mengharapkan bantuan atau sokongan dari mana-mana pihak yang lain. Sesungguhnya kerja-kerja amal budiMaN tidak bersandarkan politik, fahaman atau kepentingan individu tetapi di buat dengan niat ikhlas ahli-ahli budiMaN yang ingin bersilatulrahim secara berfaedah dan bermanfaat untuk berbakti kepada masyarakat dan agama. Dengan harapan yang ikhlas, mungkin sebelum berlabuhnya tirai 2008 ini, suatu pertemuan besar-besaran budiMaN atau suatu kerja amal dapat dilakukan lagi oleh budiMaN sebagai meneruskan tradisi silatulrahim dan berbakti kepada masyarakat yang budiMaN lakukan setiap tahun semenjak 2 tahun yang lepas. Penyatuan, kerjasama, silatulrahim, berbakti dan beramal akan dapat terus di lakukan insyaallah dengan semangat ahli-ahli budiMaN. |
OLOOO!!!: xde kerje punya olang.. Posted: 31 Mar 2011 09:37 AM PDT Asslamualaikum n ellow..pada 31 March 2011 at 12.00 am aku bersama si razin, amin, zul n roy telah keluar dari university untuk merayau-rayau di sekitar Batu Pahat, Parit Yani, Yong Peng, Ayer Hitam, Parit Sulong n parit yang kami tak berapa kenali itu..tujuan utama adalah untuk overnight..so dalam kebosanan and ketidakadaan keje kami pergi ke tempat-tempat sedemikian dengan berbekalkan dua bijik camera kepunyaan aku and si amin..hehe..first place kami pegi adalah kawasan parit yani..kata orang tempat tu angker cket sebab jalan kat situ bahaya cket kalau lalu malam-malam..byak excident laa..so rmai mati kat situ..kami dengan beraninya(walaupun kecut gak) lalui jugak kawasan itu..kami sebenarnya tidak ada niat jahat pun..jikalaulah terjumpa ape2 yang tidak sepatutnya itu nak wat camne..so bersnaplah kami di kwasan itu.. Selepas sudah itu, aku mensuggest pegi kawasan Pantai Minyak Beku..kawasan itu cam angker jugak laa..tengok jalan laa..dah mcam nak pegi pedalaman felda..haha..di situ aku terjumpa laa satu kawasan nie..haha..nak taw ape kawasannye jum tengok picture2 di bawah..hehehe… Selepas berada di kawasan ini selama 30minit..kami terus pegi ke kawasan pantai lak..perghh port baik laa pantai nie..dah laa gelap..xde orang jaga lak..sini 'projek baik punya' ramai laa..dalam gelap camnie aku ingat xde orang..rupe2nya banyak jugak 'belangkas2' dok mengawan dalam kete lak..dyeorg park tmpat gelap..so mmg xprasan laa tmpat tu ade kete..haha..aku pun terkejut gak dok suluh2 wey!!ade kete rupenye kat sini..haha Pastukan kami pegi laa masuk satu kampong nih..haha..mcam2 kami jumpa..tapi kami xsempat nak snap pic tu..babi hutan dok berlari..byk gile..pastu kami jumpa port baik punya..hihi..nengok kat bawah yea..hoho.. Time sudah mencemburi kami..so kami terus pergi ke yong peng lak..on da way ke yong peng kami berhenti singgah sana sekejap area parit sulong laa kalau xsilap..maklum laa waktu malam nie sume dah ting tong..lupe jalan..bersnap plak kat situ.. Yang nie kami singgah kat dataran yong peng..saje2..nak balik awal lagi maklum laa baru kol 5 pagi time tu.. So kesimpulannya memang kami xde keje..merayap jew keje..diantara kami berlima tu so boleh taw laa sape paling pengecut…si amin laa..haha..kecian dia.. |
You are subscribed to email updates from di parit yani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan