Khamis, 9 Februari 2012

01 di labis - Google Blog Search

01 di labis - Google Blog Search


Malaysia Zoom » Pendidikan kaum India <b>di Labis</b>

Posted: 08 Feb 2012 03:07 PM PST

LABIS 8 Feb. – Nasib kaum India di daerah ini terus mendapat perhatian terutama dalam bidang pendidikan apabila beberapa Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) dijadikan anak angkat syarikat milik kerajaan (GLC).

Setakat ini terdapat sebuah SJKT di kawasan Parlimen Labis dijadikan anak angkat termasuk oleh syarikat gergasi automotif negara yang kini memiliki Proton, DRB-Hicom.

Inisiatif Ahli Parlimen Labis, Datuk Chua Tee Yong itu membolehkan SJKT Cantuman Chaah menjadi sekolah angkat DRB-HICOM sejak akhir tahun lalu dan kini tiga lagi sekolah jenis berkenaan sedang diusahakan untuk menjadi sekolah angkat kepada beberapa syarikat lain.

Menurutnya, sudah banyak masalah kaum India di Parlimen Labis dapat ditangani mencakupi pelbagai isu seperti gaji pekerja ladang, pemilikan tanah, pendidikan, kebudayaan, keagamaan serta masalah kemiskinan dan nasib golongan orang kurang upaya.

"Setakat ini seramai 279 orang India tersenarai sebagai penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan ini membuktikan cakap-cakap mengenai kaum India terpinggir daripada menikmati kemudahan yang disediakan kerajaan dan tidak mendapat perhatian adalah fitnah oleh pihak yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Beliau berkata demikian semasa menghadiri sambutan Thaipusam di Kuil Thirumurugan di Chaah di sini semalam.

Tee Yong berharap kerjasama antara syarikat GLC dan SJKT yang terjalin itu memberi manfaat kepada murid-murid terutama meningkatkan mutu pendidikan dalam beberapa subjek terutama Bahasa Inggeris, Sains dan Matematik.

"Ini dapat dilakukan kerana selain pemantauan dan bimbingan yang diberikan oleh pegawai syarikat berkenaan secara berkala, lebih banyak buku rujukan akan disediakan bagi kemudahan murid-murid.

"Di samping peruntukan daripada syarikat GLC terbabit, peruntukan sebanyak RM12,000 juga telah diluluskan kepada empat sekolah berkenaan pada tahun lalu untuk menyediakan bahan rujukan tambahan," katanya.

Dipetik dari Utusan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads