Rabu, 29 Februari 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Azalina Othman Tolak Pinangan Penduduk <b>Pengerang</b> | Nusajaya <b>...</b>

Posted: 28 Feb 2012 03:15 PM PST

Bicara Kolumnis : AMNI JAGAT

Adat melayu bila sebut sahaja soal peminangan pasti ia menyentuh soal yang sensitif apatah lagi bila soal peminangan itu mendapat suatu jawapan yang negatif. Suasana pasti akan dirasakan dukacita tatkala pinangan dari jejaka ditolak oleh 'si dara'.

Siapa yang tidak kenal anak dara yang bernama Azalina Othman. Bagi sesiapa yang tidak mengenalinya, cuba lihat di 'Google' dengan menaip 'Ahli Parlimen Pengerang'. Ternyata wajah anak dara yang terhangat ini akan tersiar gagah di komputer anda.

Menyentuh soal tajuk di atas, ia berkaitan soal pinangan dari penduduk Pengerang terhadap diri 'si dara' yang dimaksudkan. Pinangan kali ini berlainan. Pinangan dari penduduk Pengerang bukanlah atas dasar untuk mendirikan rumahtangga atau atas dasar 'cinta'.

Tetapi, pinangan yang dimaksudkan adalah berkenaan dengan isu debat. 8 Februari yang lalu, penduduk Pengerang yang diketuai oleh Taufik bin Tahir telah menghantar sepucuk surat sebagai syarat peminangan kepada Ahli Parlimen Pengerang untuk berdebat berkenaan isu tanah yang kini sedang kronik melanda kawasan tersebut.

Namun sehingga hari ini, Azalina Othman (Ahli Parlimen Pengerang) masih diam tidak memberi sebarang tindak balas terhadap hajat yang telah dilemparkan oleh penduduk tersebut. Kalau dari segi asas peminangan untuk perkahwinan, diam itu tandanya setuju.

Tetapi dalam hal yang berkaitan dengan pinangan debat, diam itu tandanya takut. Inilah dilema yang sedang dihadapi oleh penduduk di tanah Pengerang. Sedang dalam masa yang sama, tanah yang mereka duduki kini sedang dalam pertimbangan untuk diambil oleh pihak kerajaan bagi menjalankan projek Hub Industri Minyak dan Gas.

Justeru itu pinangan debat telah disuarakan oleh sesetengah pihak khususnya Jawantankuasa Bertindak Penduduk Pengerang bagi mendapat penjelasan ahli parlimen di kawasan mereka yang juga selaku wakil kepada rakyat untuk turun menerangkan status tanah yang mereka diami kini.

Sayang, sehingga kini jawapan yang ditunggu masih belum terjawab. Sudah hampir sebulan lamanya surat cadangan tersebut dihantar tetapi masih belum terjawab. Keraguan ini membuatkan penduduk di Pengerang merasakan diri mereka sebenarnya telah diabaikan oleh ahli parlimen di kawasan mereka.

Ternyata secara konklusinya, Azalina seperti dilihat takut untuk berhadapan dengan isu atau dilema yang sedang melanda di kawasan parlimennya sendiri. Kebenaran harus didatangkan bersama keberanian bukan dengan cara mendiamkan diri seperti bersembunyi.

Dalam isu ini, dapatlah dianggap peminangan pihak penduduk Pengerang untuk melihat wakil rakyat mereka bersama dalam mendepani isu tanah di kawasan mereka seperti ditolak mentah. Diharap kepada seluruh penduduk di kawasan Pengerang bersabar di atas penolakkan tersebut.


Jika seseorang dara menolak pinangan bermakna dara itu sudah mempunyai pilihannya tersendiri. Maka penduduk yang ditolak pinangannya itu harus mencari pilihan yang lain sebagai pengganti.

Bunga Tahi Ayam bukan sekuntum, Kumbang Tahi bukan seekor. Janganlah hidung tak mancung pipi tersorong-sorong. Sudah dara menolak maka pilihlah yang lain sebagai pengganti. Jangan pilih seseorang yang pandai menabur janji manis bicara tetapi hempedu dirasa jelata.

Berani kerana benar takut kerana salah.


** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads