Isnin, 12 Mac 2012

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


MIMPI SENJA: &#39;Ayam muda&#39; hanya RM40 <b>di Batu Pahat</b>

Posted: 11 Mar 2012 09:22 PM PDT

BATU PAHAT – Jika dilihat dari luar, hotel bajet ini sama sahaja seperti hotel murah lain, namun tidak ramai yang tahu ia menyediakan 'perkhidmatan' istimewa di belakang tabir.
Di sinilah kebanyakan anak muda tempatan dan warga asing berhidung belang singgah untuk mendapatkan layanan 'ayam muda' cantik yang berasal dari Sabah.
Namun, khidmat ini berkubur kelmarin apabila premis itu diserbu Jabatan Agama Islam Batu Pahat dengan kerjasama beberapa penguatkuasa daerah Johor Bahru, Kluang, Pontian dan Muar.
Timbalan Ketua Penguat Kuasa Agama Daerah Batu Pahat, Saiful Ariffin Mohd Sopah berkata, khidmat pelacur di hotel bajet berkenaan menjadi tumpuan kerana bayaran yang dikenakan murah iaitu sekitar RM40.

"Semasa serbuan, terdapat tujuh pelacur yang sedang bersiap-siap menunggu pelanggan mereka. Dua daripadanya sedang asyik melayan pelanggan tanpa menyedari kehadiran kami. Daripada tujuh pelacur terbabit, lima daripadanya berasal dari Sabah dan dua lagi merupakan pelacur berbangsa Cina, dipercayai warga tempatan yang aktif menjalankan kegiatan berkenaan," katanya kepada Sinar Harian.
Menurut Saiful Ariffin, pada mulanya kesemua pelacur terbabit tidak mengaku menjalankan kegiatan berkenaan, tetapi setelah didesak selain beberapa kondom dijumpai, barulah mereka memberitahu perkara sebenar.
Beliau berkata, operasi yang dijalankan ini merupakan satu operasi khas secara mengejut, bertujuan mencegah kegiatan perjudian dan juga pelacuran di Batu Pahat.
"Dalam operasi berkenaan, turut disoal siasat ialah dua remaja lelaki berumur 20 tahun yang dipercayai mahu mendapatkan perkhidmatan di situ. Keterangan dua remaja berkenaan direkod seterusnya diberikan sesi kaunseling dan juga nasihat bertujuan memberikan kesedaran," katanya.
Saiful Ariffin berkata, bagaimanapun kesemua pelacur berkenaan dilepaskan selepas butir diri direkodkan kerana mereka bukan beragama Islam.

Gambar Penampakan Hantu <b>Di</b> Surau Lama <b>Batu Pahat</b> | melvister <b>...</b>

Posted: 11 Mar 2012 07:15 AM PDT

Share

Kisah mengenai penampakan hantu di Surau lama di Batu Pahat ini dikirim oleh seorang pembaca setia iaitu Encik Nasir Hamzah. Menurut beliau, dia tanpa sengaja telah terakam gambar entiti makhlus halus yang dipercayainya hantu. Dari segi  latar belakang surau berkenaan, ia sudah pun lama terbiar dan sering kali kejadian pelik dilaporkan oleh penduduk disitu.

Gambar Makhluk Halus di Surau Lama Yang Dirakam


cuba perhatikan betul2 dalam kotak  merah yg telah  aku  zoom kan..nampakkan? apa komen korang setelah melihat sendiri gambar ni?? aku pun seperti tak percaya.. tapi tak mustahilkan benda tu terakam sekali.. mulanya aku hanya suka2, tapi bila aku cek balik semula, terkejut aku… jadi aku pun kogsilah kat korang.. korang jangan cakap aku edit plak, aku memang tak pandai nak edit2 ni.. -Petikan dari Encik Nasir Hamzah

Untuk membaca lagi kisah misteri Encik Nasir Hamzah, sila baca di Gambar Entiti Terakam di Surau Lama.

Teruskan Membaca:

  1. Penampakan Hantu Pontianak Di Menara Condong Teluk Intan
  2. Pembuangan Mayat Bayi di Batu Pahat
  3. Gambar Hantu Kanak-Kanak Di Kuburan Tanpa Sengaja Dirakam
  4. Gambar Hantu Kak Limah Merayau Di Marang Terengganu Dirakam
  5. Gambar Panas Khairul Fahmi Dan Shida Harmi Kekasih Lama
  6. Isu Hina Rasulullah Filem Hantu Bonceng Zizan Minta Maaf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads