Isnin, 12 Mac 2012

01 di pagoh - Google Blog Search

01 di pagoh - Google Blog Search


Demo anti-PPSMI dirancang <b>di Pagoh</b> - LAMAN KL-TODAY.COM

Posted: 11 Mar 2012 06:09 AM PDT

Posted by admin on March 11th, 2012

Satu lagi perhimpunan menentang dasar Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan diadakan pada April depan di Pagoh — kawasan Parlimen yang dimenangi Menteri Pelajaran Tan Sri Muhyiddin Yassin.Berbeza dengan perhimpunan besar tiga tahun dulu yang menuntut pemansuhannya, perhimpunan kali ini mahu dasar itu dimansuhkan serta merta dan bukannya secara pendaratan lembut (soft landing), lapor Harakahdaily.
"Walaupun kerajaan mengumumkan dasar PPSMI ini akan dimansuhkan, kebelakangan ini kita mendapati seolah-olah ada gerakan daripada pihak-pihak tertentu yang ingin menghidupkan semula dasar ini," kata Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) Prof Shahrir Md Zin .

Berucap dalam perhimpunan ulang tahun ketiga bantahan mereka di Gombak semalam, Shahrir berkata, bantahan terhadap dasar itu perlu dihidupkan kerana kerajaan didakwa tidak bersungguh-sungguh memansuhkannya segera.

Sementara itu, Setiausahanya GMP Hasni Abas berkata, Pagoh dipilih sebagai antara lokasi perhimpunan bagi menunjukkan tanda sokongan terhadap Muhyiddin yang mengumumkan akan pemansuhan PPSMI sebelum ini.

"Kita tidak tahu sama ada akan buat di Pagoh atau Muar… Kita mungkin buat di Muar pula sebab Muhyiddin berasal dari sana. Apa pun, kita akan umumkan kemudian," kata bekas pengerusi kesatuan sekerja Dewan Bahasa dan Pustaka itu.

Selain itu, Hasni berkata, perhimpunan sama juga akan diadakan di Kelantan memandangkan negeri itu merupakan tempat penutur bahasa Melayu teramai di Malaysia.
Stor Rumahtangga Untuk Kebahagiaan, Keceriaan & Kenikmatan Hubungan Suami Isteri.
Peraduan Kenali Vimax Original Kanada, Peluang Untuk Memiliki PERCUMA Sebuah Galaxy Note!

Hasni menjangkakan, perhimpunan kali ini akan dihadiri kira-kira 5,000 orang dan mereka masih mengekalkan Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said untuk mengetuai himpunan.

Mereka akan menggunakan slogan 'Mansuhkan Segera PPSMI' dan tetap menggunakan warna putih sebagai warna tema seperti sebelum ini.

Pada 7 Mac 2009, ribuan membanjiri Kuala Kumpur dengan berpakaian putih dalam perhimpunan yang dipimpin bekas ketua pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) allahyarhan Datuk Hassan Ahmad.

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads