01 di bekok - Google Blog Search |
Tentang Kami..: Empangan <b>Bekok</b> cuma dijaga seorang pengawal Posted: 14 Mar 2012 09:24 PM PDT BATU PAHAT: Hanya seorang pengawal keselamatan mengawal seluruh kawasan Empangan Bekok, dekat sini yang mempunyai keluasan menyamai Singapura menyebabkan pencerobohan sukar diatasi. Walaupun sebenarnya tiga pengawal ditugaskan menjaga empangan itu, mereka dibahagikan kepada tiga syif iaitu lapan jam bagi setiap sesi. Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Dr Wee Ka Siong, berkata mustahil untuk seorang pengawal memantau seluruh empangan, sekali gus menyebabkan risiko ia diceroboh. "Mereka juga hanya 'bersenjatakan' motosikal berbanding pengawal empangan di negeri lain yang dilengkapi anggota keselamatan termasuk tentera bersenjata bagi mengawal kawasan yang dikategorikan berisiko tinggi. "Itulah sebabnya kita meminta kerajaan mempercepatkan proses pewartaan kawasan empangan ini. Sebaik diwartakan, langkah keselamatan lebih bersepadu termasuk memagar kawasan empangan, penempatan anggota keselamatan bersenjata, memasang kamera litar tertutup (CCTV) selain undang-undang pencegahan pencerobohan lebih ketat boleh dikuatkuasakan," katanya. Pada Isnin lalu, akhbar melaporkan kira-kira 500,000 pengguna daerah ini yang mendapat bekalan dari Empangan Bekok terdedah dengan pelbagai penyakit kronik termasuk barah dalam jangka panjang berikutan pencemaran akibat pencerobohan berterusan yang berlaku di kawasan tadahan air itu Ka Siong berkata, penceroboh yang biasanya dilakukan pada waktu malam menyebabkannya sukar dikesan serta ditangkap tambahan pula penceroboh mahir laluan keluar masuk yang boleh ditembusi menerusi laluan ladang serta perkampungan. Sementara itu, Penolong Pentadbir Tanah Daerah (PTD), Mohd Faiz Mohd Salleh, mengakui kekurangan kakitangan menyebabkan mereka sukar menangani pencerobohan sehingga mampu memudaratkan pengguna di daerah ini. "Kami tidak mempunyai kakitangan mencukupi untuk terus memantau di empangan seluas itu, malah kami terpaksa meminta bantuan terutama daripada Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Johor Bahru di samping agensi lain termasuk Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), polis dan Majlis Perbandaran Batu Pahat (MPBP) bagi menyertai operasi pemantauan bersepadu bagi tujuan keselamatan," katanya. sumber : bharian |
You are subscribed to email updates from di bekok - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan