Isnin, 2 April 2012

01 di desaru - Google Blog Search

01 di desaru - Google Blog Search


a delusional thinking of Liza Razak: <b>Desaru</b> Getaway

Posted: 21 Mar 2012 04:43 AM PDT

Pulai Desaru Beach Resort, Desaru. February 2012

No dreamer is too weak, no dream is beyond our capasities
Paolo Coelho

 

Baru-baru ni saya dan Mr Kudud bercuti ke Desaru, Johor untuk 3 hari 2 malam.Kami bermalam di Pulai Desaru Beach Resort.Bilik yang kitorang dapat tu agak besar..rasanya boleh muat 3-4 orang kalau ada katil lebih.Siap ada balkoni menghadap pantai (tapi tak nampak pantai pon..hehe).Saya membayangkan Desaru tu happening macam Port Dickson, tapi malangnya sangkaan saya tu salah.Desaru ni agak sepi sikit.Maybe masa tuh bukan musim cuti sekolah.Kebanyakkan yang menginap di hotel tuh semuanya Singaporean.

Tak banyak pon aktiviti yang kami buat selain berehat dalam bilik, ronda-ronda romantik tepi pantai dan makan.Nama pon bercuti kan? Haruslah berehat-rehat.Masa kami datang tu pon tiap-tiap hari hujan, aktiviti pon agak terbatas.Sebab tu lah gambar kurang..hehe

Ini keadaan bilik hotel kami.Actually service hotel ni agak kurang best sikit.Masa sampai tuh, macam-macam benda basic seperti towel tak de.Bila call mintak diorang hantar, punya la lambat.Yang tu tak pe lagi..Keesokan harinya bila mintak iron board pon lambat.Adoi..sadis betul.Keadaan bilik kurang memuaskan..siap ada lipas mati lagi.Tak tau la kalau housekeeper kemas bilik sambil lewa.Sabar je la kan..Sayang...hotel cantik tapi service tak bagus.

Tapi makan kat sini best.Kitorang breakfast kat Palm Brasserie Cafe..Choice banyak dan tempat pon romantik.Kami selalu makan kat luar.Boleh rasa angin laut sambil makan kenyang-kenyang.Lunch pon best..tapi menu dia semua western je.Sekali sekala makan lunch western macam ni superb la kan.Suka sangat interior Palm Brasserie Cafe ni..Ala-ala English Style.Kadang-kadang kami dinner makan nasi di Bandar Penawar..lepas tu ronda-ronda di Pantai Desaru.Sunyi betul Pantai Desaru ni...kami nk mandi manda pon agak takut sebab tak de orang mandi pon.Maybe sebab hujan, ombak pon agak kuat so orang takut nak mandi manda

Finally holiday kami dah berakhir...bye-bye Desaru !! Apa-pon kami still enjoy sebab boleh holiday berdua-duaan...hehe.Bukan selalu macam ni kan...
From Puchong With Love,
LIZA RAZAK



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads