Isnin, 23 April 2012

01 di gelang patah - Google Blog Search

01 di gelang patah - Google Blog Search


Pancing <b>di</b> Perairan Sg <b>Gelang Patah</b>. Johor. - terajubintang7

Posted: 22 Apr 2012 11:31 PM PDT

Semalam ( Ahad, 22 April 2012 ) Kami berkesempatan pergi memancing di sekitar sungai perairan Gelang Patah. Johor. Ahlinya Hj Kamal, En Fauzi & Esa. Bertolak pada jam 7.20 pagi dari jeti (Dapur Arang) Gelang Patah. dengan menaiki bot Hj Kamal. Kami pun memulakan pengembaraan. Masing-masing di lengkapi dengan 2 batang joran, berumpankan dengan Umpun-umpun, dan berbekalkan dengan Mee Hoon Goreng, Mee Goreng dan Roti Kaya sebagai makanan alas perut sepanjang sesi memancing. 
Lihat Gambar di bawah antara permandangan sepanjang Sungai di Gelang Patah. Ada Kelong Ikan, ada Hutan Paya Bakau dan Pelabuhan Tg Pelepas. 


Gambar sepanjang sesi kami memancing. Tangkapan pertama En Fauzi naikan Ikan duri 2 kali. lepastu barulah bergilir-gilir Hj Kamal & Esa naikan ikan Sembilang dan campur-campur. Rasanya ade 5 tempat/lubuk yang kami berlabuh. Keadaan air hari ini orang kata "Air arus perlahan" jadi ikan agak payah sikit nak ada. Tapi Alhamdulillah... Ada rezeki kami.



Lebih kurang jam 4.15 ptg, kami pun pulang. Hasil tangkapan keseluruhan 1 ekor ikan Kerapu, 1 ekor ikan Tanda, 1 ekor ikan Pari, 1 ekor ikan Beliak Mata, 8 ekor ikan Sembilang, 2 ekor ikan Usat, Beberapa ekor ikan duri dan beberapa ikan Gelama (seperti gambar di atas) Sebelum balik, kami minum air kelapa muda di rumah Hj Kamal. Lega rasanya.

Maklumbalas anda dialu-alukan pada ruangan komen.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads