Selasa, 3 April 2012

01 di johor bahru - Google Blog Search

01 di johor bahru - Google Blog Search


Fuh! Polis Trafik Kena Langgar Bas <b>Di Johor Bahru</b> | Fuh! Santai

Posted: 27 Mar 2012 03:42 PM PDT

Posted By On Wednesday, March 28, 2012 06:42 AM. Under Malaysiaku  

Innalillah, hanya itu mampu diucapkan apabila melihat video yang ngeri ini. Seorang anggota polis trafik dirempuh hingga maut di tempat kejadian ketika sedang bertugas. Bas yang dipandu laju oleh seorang wanita itu melanggar seorang anggota trafik dan seorang lagi anggota trafik yang berada sedikit di hadapan juga turut terkena langgaran tersebut.

bas-langgar-trafik

Rakan trafik yang dilanggar itu terus bangun dan mendapatkan rakannya. Saksikan video ini untuk lebih jelas.

 

Seorang anggota polis trafik yang dikatakan sedang bertugas untuk mengawal keadaan lalu lintas berhampiran Kompleks Imigresen dan Kuarantin (CIQ) maut dirempuh oleh sebuah bas sekolah yang dipercayai dipandu seorang wanita.

Kejadian dipercayai berlaku pada jam 11.55 malam (22 Mac 2012) semasa mangsa sedang mengawal lalu lintas berhampiran persimpangan pintu masuk Tambak Johor dari arah Singapura iaitu kira-kira 200 meter dari CIQ.

Menurut saksi kejadian, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan badan.

"Sebelum merempuh mangsa, pemandu bas terbabit terlebih dahulu melanggar sebuah lori dan kereta yang terdapat di situ.

"Disebabkan panik, pemandu wanita itu terus menekan pedal minyak menyebabkan bas berkenaan terus merempuh mangsa," kata saksi.

Fuh! Santai: Dari kita menyibuk dok kata bas tu salah, baik kita sedekahkan Al-Fatihah kat mangsa.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads