Jumaat, 6 April 2012

01 di kluang - Google Blog Search

01 di kluang - Google Blog Search


Dr MiM: Komplot Pecahkan Kereta Anwar <b>Di Kluang</b>, Johor..

Posted: 23 Feb 2012 06:18 AM PST


Sebelum ini MiM telah menulis mengenai insiden yang berlaku kepada Anwar Ibrahim di Kluang, Johor : Klik Sini

MiM difahamkan bahawa insiden tersebut masih di dalam siasatan pihak polis.

Tetapi yang kelakarnya, sudah ada blogger pro-pembangkang yang membuat andaian sendiri dengan menyalahkan Putera UMNO pula!

Sebelum ini blogger pro-pembangkang itu pernah terkantoi malu isu 'hantu baling tisu' di dalam video kontroversi China doll.

Yang lebih memalukan ialah blogger pro-pembangkang itu turut memfitnah anak perempuan DS Najib Razak yang kononnya belanja besar di Australia tidak berapa lama dulu.

Baca di bawah :


Alasan yang diberi ialah hanya berdasarkan kepada kenyataan yang tertuduh di dalam FB beliau. Sila baca di bawah :


Dengan membaca kenyataan lelaki itu, apakah kita boleh membuat tuduhan beliau yang menyerang ceramah Anwar? Apakah beliau terlibat menyerang merosakkan kenderaan Anwar?

Terdapat satu lagi versi cerita iaitu pencacai-pencacai Anwar sendiri yang sengaja merosakkan kereta Anwar. Jika mereka benar-benar mahu mencederakan Anwar, kenapakah Anwar boleh ke tempat ceramah tanpa tercedera atau dirosakkan motorsikal tersebut?

Dan saksikanlah sendiri keganasan penyokong PAS :

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads