Rabu, 4 April 2012

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


PAK CEK BIOLA: PULAU <b>KUKUP</b> MAKIN MENGECIL SETIAP BULAN

Posted: 07 Mar 2012 06:43 PM PST

Selamat pagi.




Pasti ramai yang tidak mengetahui dimana lokasi Pulau Kukup. Pulau Kukup adalah terletak berhampiran dengan Tanjung Piai dan terletak dalam daerah Pontian, Johor. Pulau Kukup diletakkan di bawah Johor National Park. 
Pulau Kukup yang berada di bawah pengawasan Johor National Park
Pulau Kukup merupakan pulau kedua terbesar di dunia yang tiada penghuni. Namun begitu, apa yang merisaukan kita ialah kemungkinan gelaran itu akan hilang kerana berlaku hakisan pantai yang teruk dan menyebabkan keluasan pulau itu semakin mengecil setiap bulan.
Apa yang membimbangkan kita ialah kawasan bakau telah menyusut 100 meter daripada keluasan sebenar sejak 10 tahun yang lalu. Hakisan di pesisir pantai menjadi semakin ketara apabila air pasang, ombak menjadi makin besar dek kerana aktiviti perkapalan yang tidak terkawal dan kegiatan mencuri bakau.
Apa yang lebih merugikan kita ialah sebatang pokok bakau minyak (Rhizophora Apiculata) yang berusia lebih 100 tahun dan dipercayai paling besar di negara ini dikatakan akan tumbang dalam masa beberapa bulan lagi akibat hakisan tanah.
pokok bakau yang mati akibat hakisan di Pulau Kukup.
Pulau itu yang kaya dengan spesies bakau (38 spesies) dengan nilai komersi lyang tinggi akan lenyap begitu sahaja jika pulau ini sudah tidak dapat diselamatkan. Selain itu, Pulau ini juga pernah diiktiraf sebagai tapak RAMSAR.
Jadi, apakah peranan kita semua sebagai masyarakat. Kita berbangga kerana kita adalah antara negara yang mempunyai megadiversiti. Tapi kita sentiasa alpa dengan apa yang kita ada. Kita bangga dengan kemajuan yang makin hari makin jauh ke depan, tapi kita lupa akan alam sekitar yang wajar dijaga bersama-sama.
Menjadi kerugian pada kita jika Pulau Kukup ini akan hilang dari peta dunia. Sama-sama kita ambil iktibar dan fikir apakah hikmah dengan kejadian semua ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads