Khamis, 5 April 2012

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


CT: PULAU <b>KUKUP</b>

Posted: 04 Apr 2012 05:29 PM PDT


Sambung kembali dengan cerita dan pic2 semasa di Pulau Kukup. Aisehhh! Main sambung2 pulak...hihihi. 

Memandangkan hajat hati sudah terlaksana lagi pun banyak sangat xtbt jadinya posting tentang Pulau Kukup pun terputus2 pulak ya...hihihi. Tak kisahkan!

Kami berkesempatan mencuba kemudahan pelantar pejalan kaki, menaiki menara tinjauan mini dan bergayut di jambatan gantung yang merentasi Sungai Ular dan Pulau Kukup. 
Sampai di pulau, pelantar jalan sedia menyambut pengunjung bagi melihat dari jarak dekat perbezaan tumbuhan yang membentuk hutan termasuk bakau. Memang menarik keindahan di sana. 
Dalam perjalanan pulang dari pulau itu ke pekan Kukup, kami singgah sekejap di tengah lautan untuk melihat pusat penternakan pelbagai jenis ikan yang berkonsepkan rumah rakit.
Bercakap tentang keistimewaan pulau itu, masyarakat tidak dapat lari mengaitkannya dengan mitos. Entah betul atau tidak, cerita orang dulu-dulu, Pulau Kukup dikatakan pernah menjadi tempat kediaman lima puteri bunian.  
Salah seorang puteri jatuh cinta dengan seorang pelayar. Pasangan kekasih itu melarikan diri. Akibatnya, pulau itu ditenggelami air laut. Pulau Kukup muncul kembali tetapi diliputi paya bakau. Timbul dakwaan pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib. Itulah mitos Pulau Kukup.
Bagi kita mungkin itu sekadar cite donggeng. Tak kuasa mak :)
Pulau Kukup yang diwartakan secara rasmi sebagai taman negara pada 27 Mac 1997 menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan fauna.
Sesekali berkelana di hutan payau bakau itu, hati terhibur dengan telatah haiwan seperti monyet, ikan belacak yang gemar bermain di permukaan air dan babi hutan pula sibuk mencari makanan di celah-celah payau bakau.
Aksi liar monyet-monyet macaque berekor panjang adalah pemandangan biasa dan pelbagai lagi organisma akuatik rancak melakukan aktiviti sendiri tanpa menghiraukan kedatangan pengunjung.
Kadar bayaran masuk ke taman negara itu kekal RM5 untuk dewasa dan RM3 untuk pelajar dan kanak-kanak. Bagi pelancong asing, bayaran RM10 untuk dewasa dan RM5 bagi pelajar dan kanak-kanak.
Mengakhiri kisah pengalaman ke Taman Negara Pulau Kukup ini, jika anda ingin ke sana, terokailah pulau itu dengan penuh kesabaran dan anda bakal menyaksikan keajaibannya.
Untuk maklumat lanjut, hubungi PTNJ di talian 07-2661301 atau layari laman Johorpark.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads