Ahad, 8 April 2012

01 di kukup - Google Blog Search

01 di kukup - Google Blog Search


Kenangan <b>di</b> Selat Melaka « Duacongkak&#39;s Spot

Posted: 31 Mar 2012 07:46 PM PDT

Kenangan di Selat Melaka

Dikirim dalam Uncategorized tagged pada 10:46 am oleh duacongkak

Pelayaran ke Pulau Pisang.

Tukar topik pula pada kali ini bagi menenangkan fikiran. Al maklum saja asyik dengan duit setiap hari rasanya jemu juga, sesekali boleh juga lihat dan tinjau suasana luar yang lebih indah dan nyaman.

 

Ini adalah gambar pengkalan dimana saya dan kawan kawan akan memulakan pelayaran meluncur di permukaan Selat Melaka iaitu dibahagian Selatan Tanah Air dengan menaiki bot laju. Pada hujung jeti yang kita dapat lihat kehijauan itu adalah Pulau Kukup dalam Daerah Pontian. Pulau ini dipenuhi dengan hutan bakau dan tiada penghuni yang tinggal di Pulau tersebut melainkan khazanah alam yang hidup secara semula jadi. Bahagian paling kiri sekali kita akan dapat lihat laut Selat Melaka yang akan bertemu dengan Selat Tebrau dan juga kapal kapal dagang yang berlabuh dan juga belayar untuk ke Pulau Singapura atau pun Pelabuhan Tanjung Pelepas (PTP) Malaysia. Sayangnya pada hari itu gambarnya tidak diambil untuk dimuatkan dalam blog ini. 

 

Gambar diatas ini juga adalah pemandangan diatas Pengkalan (jeti) yang sama dan diambil dengan fokus pada Pulau Kukup dari hujung sebelah kiri ke hujung sebelah kanan. Sayangnya bahagian kanan terlindung sedikit dengan sebuah feri antarabangsa untuk perjalanan Malaysia ke Indonesia.

 

Pelayaran bermula dengan meninggalkan pengkalan di Jeti Kukup dan mula meredah air Selat Melaka paling Selatan. Bangunan yang dapat kita lihat itu adalah Pengkalan Jeti Kukup bagi penumpang yang hendak menaiki Feri ke Indonesia. Setiap hujung minggu ramai warga samada dari Malaysia mahu pun Indonesia malah ada juga dari luar negara akan menggunakan jeti ini untuk pergi ke Indonesia atau pun masuk ke Negara kita Malaysia.

 

Pemandangan diantara Jeti Kukup dan Pulau Kukup yang dipenuhi dengan rakit sangkar ikan atau pun udang yang diternak dan diusahakan oleh orang persendirian iaitu para nelayan yang tinggal di Kukup.

 

Sebaik saja melepasi perairan Kukup, pemandu atau pengendali bot mula menekan minyak dan memecut laju meluncur menuju ke destinasi iaitu Pulau Pisang yang berada di Selatan Selat Melaka. Kedudukannya adalah antara Malaysia dan Indonesia dimana kita dapat lihat sayup sayup diantara kedua dua negara bila tiba disana.

 

Hampir 30 minit pelayaran, pandangan saya mula tertumpu kearah daratan dan cuba mengambil gambarnya. Sayup sahaja pemandangan Bandar Pontian yang dapat dilihat dalam keadaan cuaca mendung dan berkabus..

 

Ini adalah keratan gambar yang dibuat untuk mendekatkan lagi pemandangan Bandar Pontian iaitu Pusat Perdagangan Pontian dengan hasil tambakan laut yang dimajukan.

 

Sebelah hadapan sisi kanan bot kelihatan bentuk Pulau Pisang yang semakin dihampiri. Dikala ini rasa tidak sabar untuk menghampirinya kerana, satu satunya impian saya untuk datang dan menjejakkan kaki didaratan Pulau Pisang dimana, bahagian paling akhir dalam Daerah Pontian yang akan dijejaki dan dilawati. Sebelum ini keseluruhan Daerah Pontian bahagian darat sudah habis dijejak, dimana ada jalan, dimana ada lorong yang boleh dilalui pasti saya sampai, semua kampung tidak terlepas untuk jadikan kenangan sejak berhijrah di Daerah Pontian dalam tempuh lebih sepuluh tahun. Dengan itu tidak jadi masalah bila saja disebut nama tempat pasti sudah dapat bayangkan bagai mana keadaannya. Hanya tinggal daratan Pulau Pisang saja yang menantikan kehadiran anak rantau yang bukan berasal dari Negeri Johor.

Kita Tunggu keluaran lain untuk melihat suasana Pulau Pisang.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads