01 di parit yani - Google Blog Search |
Halaman Gambar Menarik, Pelik, Artis Panas & Macam-Macam Lagi <b>...</b> Posted: 27 Jan 2012 03:18 AM PST JOHOR BAHRU 26 Jan. - Dua pelajar Maahad Johor yang berkongsi nama yang sama menjadi kebanggaan sekolah tersebut apabila memperoleh pangkat Mumtaz Sofi dalam peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2011 yang keputusannya diumumkan hari ini. Siti Amira Zainal Abidin dan Siti Amira Sadali masing-masing tidak menyangka akan mendapat gred Mumtaz bagi kesemua 10 mata pelajaran dalam peperiksaan Oktober lalu itu dan menyertai lapan lagi pelajar yang mendapat pangkat Mumtaz Sofi. Bagi Siti Amira Zainal Abidin yang berasal dari Layang-Layang, Kluang, kejayaan itu adalah berkat kegigihan dan tumpuan yang diberikan di dalam kelas selain teknik pembelajaran berkumpulan serta kepatuhan terhadap guru yang mengajar. "Perkara yang paling penting sekali adalah menjaga hubungan Allah, ibu bapa dan rakan-rakan. Insya-Allah saya mahu mencapai cita-cita untuk menjadi perunding ekonomi Islam. "Setakat ini saya dalam perancangan melanjutkan pengajian dalam bidang berkaitan di Universiti Yarmouk, Jordan," katanya ketika ditemui selepas menerima sijil keputusan STAM di Dewan Maahad Johor di sini hari ini. Siti Amira Sadali pula ketika ditemui berkata, dia masih terkejut dengan keputusan yang diterima dan bersyukur ke hadrat Allah atas kejayaan yang diperoleh. Anak kepada pemandu lori yang berasal dari Parit Yani, Batu Pahat itu berkata, sebenarnya tiada rahsia atau resipi istimewa kecuali belajar seperti biasa dengan tumpuan penuh di dalam kelas dan mengulang kaji dengan banyak. "Pesan saya kepada pelajar Maahad Johor yang bakal menduduki STAM tahun ini, belajarlah dengan bersungguh-sungguh dan ingat bahawa ibu bapa anda menghantar anda ke sini untuk berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat," kata anak ketiga daripada tujuh beradik itu. Sementara itu, Pengetua Maahad Johor, Anoar Sarimin berkata, peratusan lulus sebanyak 69.6 yang menunjukkan trend penurunan sejak 2006, bukan disebabkan oleh kualiti pelajar semakin merosot tetapi penilaian ketat dalam peperiksaan STAM tahun demi tahun. Jelasnya, seramai 33 daripada sejumlah 438 calon STAM 2011 menerima pangkat Mumtaz termasuk Mumtaz Sofi, Jayyid Jiddan (58), Jayyid (114), Maqbul (100) dan bakinya Rasib. "Mereka yang gagal bukan bermakna gagal semua mata pelajaran tetapi hanya satu atau dua daripadanya dan boleh menduduki semula subjek terbabit," katanya. |
You are subscribed to email updates from di parit yani - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan