Jumaat, 11 Mei 2012

01 di masai johor - Google Blog Search

01 di masai johor - Google Blog Search


***Jadual Allah <b>di</b> Malaysia part-ii- Al Madinah Al Maliziah <b>di</b> Al <b>...</b>

Posted: 09 May 2012 11:49 PM PDT

ImageSalam ceria. Seorang kawan anjang cerita, walakin la a3lam mada sehhati qaulihi. Katanya ada seorang jutawan Arab datang ke Malaysia dengan niat untuk berniaga kurma memandangkan Malaysia terkenal sebagai Negara Islam yang sedang maju membangun. Rakyat Malaysia pula terkenal baik akhlak. Orang Jordan kata, 'antum mutamassikina liddin akthar minna.' Kamu berpegang pada ajaran agama, lebih kuat dari kami. Sudah tentu orang Islam di Malaysia sangat meminati kurma, oleh itu dia nak berniaga kurma di Malaysia. Tetapi ketika hampir mendarat, pesawat terbang rendah melalui ladang yang disangkanya pohon kurma (sebenarnya kelapa sawit), dia merasa sedih. 'Tak boleh pegi nak tanam kurma di sini… Dah ada ladang kurma yang luas'. ƗƗɐƗƗɐƗƗɐ .

Lebih susah jika ada orang Malaysia nak buka ladang kurma di Timur Tengah. Bukan mudah nak ber'silat' dengan tipu daya bisnes kaum yang hanya Nabi boleh hadapi mereka. Dah ramai orang yang mencuba, tetapi gagal dengan nilaian yang besar. Antara yang diceritakan pada anjang, pemilik jenama makanan Islam ingin mencuba menanam kurma organic di Madinah. Ditipu oleh rakan kongsi atau penduduk tempatan jumlah yang sangat tinggi. Khabarnya, main bisnes di Malaysia pun terjejas.

Jadi bukan mudah nak memecah monopoli ladang dan perniagaan kurma di Madinah. Majoriti tuan punya ladang kurma di sana bermazhab Syiah sedangkan negara Saudi dikuasai Wahabi. Syiah dan wahabi saling bermusuhan walaupun sejarah membuktikan kedua-duanya adalah kefahaman sesat yang dicipta oleh yahudi untuk merosakkan Islam dari dalam. Lebih-lebih lagi mereka bermusuh dengan Ahli Sunnah wal Jamaah yang berasaskan tariqah sufiah. Tetapi bila Allah kehendaki jadualnya berlaku, perkara yang tidak disangka-sangka terjadi.

Manalah Syh Cikgu Zambri dan Syh Cikgu Syaarani terfikir, ketika mula-mula teroka Bt Hampar yang juga selepas itu dikelilingi ladang sawit, mereka akhirnya akan ke Haramain dan melihat sendiri kebesaran dan keagungan Kerajaan Ajaib yang mampu memiliki ladang kurma di Madinah. Dengan 300 batang pokok di tengah-tengah ladang puak Syiah yang didoakan dalam 'doa jihad'. GISB dengan tenaga beberapa orang lama dan baru serta para remaja berjaya menjadi orang Melayu pertama meneroka bisnes ladang kurma di Madinah. Ohhh… Terima kasih RSA kerana mempamerkan keajaiban ini.   

Orang Arqam yang dulu duduk di tengah kebun sawit yang sentiasa berubah aroma baunya (selalunya masam la) mengikut tahap pemerosesan minyak sawit di Masai Johor sekarang menjadi jiran jasad Nabi saw yang mulia di Madinah Nabi. Allahu Akbar…ajaibbb…

Ia berlaku dalam tempoh 2 tahun sejak pemergian Abuya…

Lebih pelik lagi bila jemaah ikhwan ini mampu mengambil 1 kompleks perniagaan 10 pintu dan mengubah suai serta mengisinya dalam masa 2 minggu dan terus di rasmikan dengan jamuan meriah untuk lebih 300 orang. Terdapat restoran yang canggih dan pasaraya. Kompleks yang di namakan dengan: 'Madinah Malaziah' itu dirasmikan oleh Abu Abdullah, ower asal bangunan itu. Dia yang merupakan anak saudara kepada salah seorang Imam Masjidil Haram adalah seorang korporat besar yang mempunyai berbagai bisnes termasuk perhotelan. Sangat kagum dengan kegigihan bonda UJ lalu mempelawa BUJ menziarahi ladang kurmanya yang mempunyai 3000 pohon kurma. 

Bukti Malaysia dalam jadual Tuhan. Orang Malaysia, orang Melayu Asia Tenggara, lelaki perempuan, tua muda atas nama GISB sedang gigih berjuang membangunkan Islam di Kampung Rasulullah saw. Hari perasmian itu, polis-polis Saudi berkawal tanpa menganggu program yang sedang meriah berjalan. Jiran-jiran dari kalangan penduduk tempatan, rombongan umrah, Malaysia dan Indonesia, orang Pakistan dll dijamu makan minum penuh harmoni. Moga keajaiban lebih besar berlaku sepanjang bulan 5 ini… Tunggulah dengan kerinduan, lihatlah dengan persiapan. Jadual Tuhan sedang berlaku di depan matamu…

Ampun maaf.

Ruang tamu, rumah baru dekat MNM, Irbid.

9.18am, Mei 10, 2012

Anjangmuor.wordpress.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads