Jumaat, 4 Mei 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Farik Salleh: Klinik, karnival sukan cungkil bakat <b>di Pengerang</b>

Posted: 20 Apr 2012 11:29 AM PDT

KOTA TINGGI 19 April - Pembangunan sukan di Pengerang akan diteruskan bagi mencungkil bakat-bakat muda melalui penganjuran klinik sukan atau karnival sama ada di peringkat kawasan mahupun daerah.

Ahli Parlimen kawasan itu, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, semangat dan minat untuk bersukan dapat melahirkan bakat-bakat muda berpotensi yang bukan sahaja akan membawa kebanggaan kepada Pengerang malah mampu mengharumkan nama negara.

"Mereka perlu digilap dan dilatih, jangan jadikan soal kewangan membataskan program sukan di daerah ini. Justeru, saya berharap lebih ramai pihak akan tampil dalam usaha membantu membangunkan sukan di kawasan ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Karnival Sukan dan penyerahan sumbangan peralatan sukan kepada 27 persatuan belia Parlimen Pengerang di sini baru-baru ini.

Turut hadir, Pegawai Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan daerah, Razak Atan dan Ketua Kampung Felda Sening, Juraimi Jawahir.

Sebanyak lima acara sukan dipertandingkan pada karnival tersebut iaitu bola jaring, bola sepak, bola tampar, sepak takraw dan bola keranjang.

Oleh Farik Salleh
Utusan Malaysia / Johor
Jumaat 20 April 2012





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads