Isnin, 10 September 2012

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Farik Salleh: Program Infak bantu golongan miskin <b>di Kota Tinggi</b>

Posted: 24 Aug 2012 12:08 PM PDT

  INFAK. Persatuan Belia Jentera Felda Sungai Sayong bersama Majlis Belia Daerah (MBD) Kota Tinggi dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Daerah Kota Tinggi menganjurkan program infak sempena penyampaian sumbangan barang makanan kepada golongan miskin sempena Aidilfitri di Kota Tinggi, Johor baru-baru ini.

Program dari rumah ke rumah itu melibatkan Kampung Lukut dan Kampung Sedeli Kecil dan disertai 55 ahli keluarga daripada sukarelawan Al-Fateh, Jentera 4x4 Sungai Sayong, Kelas Bimbingan Al-Quran Syathibiyah dan Silat Melayu Keris Lok 9.

Program jelajah menggunakan 25 kenderaan pacuan empat roda itu disempurnakan oelh Ahli Dewa Undangan Negeri (ADUN) Pasir Raja, Datuk Dr Adham Baba.

Pengerusi program berkenaan , Marozan Ahmad berkata, selain membantu mereka yang memerlukan program itu juga dapat memberi wang tunai, beras dan barang makanan keperluan asas lain kepada golongan yang memerlukan.

Kosmo! Negara
Jumaat 24 Ogos 2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads