Selasa, 25 September 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Gadiskurung PINK beraya <b>di Mersing</b> , Johor - nashina Rika

Posted: 29 Aug 2012 02:53 AM PDT

Assalamualaikum pakcik , makcik , kakak , adik , abang , atok, nenek xD siapa lagi yang tak disebut ?ngegege. 

amacam raya ? masih beraya sakan ye. Selamat meneruskan aktiviti raya korang ek. okay on the third Syawal yang lalu , sempat juga lah kami sekeluarga pergi beraya di MERSING , JOHOR. siapa orang Mersing kat sini , habaq mai sikit. ada tak ? ce cite ce cite sikit. promote sikit keindahan yang ada di sana. Mersing adalah satu tempat yang nice , kampung yang nyaman & damai kerana di kelilingi dengan pantai. Mersing merupakan the place that my mother dibesarkan. Pada hari tersebut , aku telah menggayakan 

Ribbony Pinky Baju Kurung with colour blocking Pearl Half Moon Shawl.

kitorang  sempat singgah beraya a few rumah sanak-saudara yang masih menetap di sana.

sibuk sangat nak ada reben-reben dekat baju kurung tuh. bila pergi beraya sibuklah reben tercabut nak kena ikat balik. what a childish you are =.="

Memanjakan diri di atas buaian sambil menghirup udara kampung yang segar lagi nyaman & bersih . ahha ^__-

Rumah ini menyimpan 1001 kenangan yang akan disimpan jauh di dalam hati sehingga  nafas yang terakhir (:

My first trial wearing turban. agak kurang selesa juga lah. suka-suka je nak try. But not my taste kot. Last-last after performing solat zohor dekat Masjid berhampiran , cabut terus Turbanian Scraft. tinggal inner ninja sahajee. fuhh , lega macam baru dapat bernafas daripada kesesakan di bahagian kepala.

Pengalaman yang tak dapat dilupakan adalah berpeluang menikmati keenakan Tebu. Ya Allah , dah lama memang teringin nak makan tebu. Selalu yang ada jual air tebu. nih buah tebu. okay fine macam orang jakun dah aku nih. dah tak nak cakap banyak. nanti kena label kat dahi tuh budak jakun.

Berjalan ala-ala orang yang first time datang kampung. hoho.

dah macam watak kartun dalam filem animasi je aku tengok dia nih O.^ by the way, this ohhsem Half Moon Shawl nih pon beli dekat Jalan Tuanku Abdul Rahman. dekat tudung nih ada 3 different colours. combination between Baby blue, pink & purple which is colour blocking yaw.

Singgah membeli belah secara kecil-kecilan sebelum pulang

Kau ingat dekat Terengganu je ada keropok lekor. kat sini pon ada juga. Melantak keropok lekor yang sudah siap digoreng & disebabkan cuaca yang panas semasa beraya terpaksa menhirup 2 cup Air Milo Ais. nih manusia ke alien ? ;) 

Nak tanya , duit raya korang dah berapa ribu dapat ? cepat , cepat raya dah nak habis nih. huhu ! saja nak bagi korang cuak sikit. Jom lawan siapa dapat kumpul duit raya paling banyak , dia menang xD

Thanks for reading. Keep waiting for the next interesting entry !

Perkahwinan Adik Ipar <b>di Mersing</b> - GURU CEMERLANG <b>...</b>

Posted: 03 Sep 2012 03:24 AM PDT

pada 1 September yang lepas telah berlangsungnya perkahwinan adik ipar Norliza dengan pasangannya Nazif di Felda Nitar Satu, Mersing. Akad nikah telah dijalankan pada jam 10.30 pagi di rumah pengantin perempuan dan acara bersanding dijalankan pada hari yang sama pada jam 2 petang. cuaca pada mulanya ok dan elok akan tetapi pada jam 2.300 petang tiba-tiba berubah dengan kehadiran hujan yang sangat lebat dan angin yang sangat kencang. tetamu yang hadir bertempiaran lari meninggalkan khemah yang mungkin akan tercabut kain kanvasnya. bilal masjid yang berada di khemah dengan segera mengalunkan azan sebagai tanda perlindungan memohon dari Allah. segalanya reda dalam tempoh 20 minit. alhamdulillah tiada yang rosak dan semua tetamu selamat.
akan tetapi cadangan makan berdamai untuk pengantin yang ditetapkan pada khemah pengantin terpaksa diubah ke dalam rumah kerana kerusi dan meja di khemah tersebut basah. nasib baik makanan selamat kerana makanan bertutup dengan plastik.
tetamu mula meninggalkan rumah penganin dan segalanya berakhir pada jam 5 petang. satu pengalaman yang takkan dilupakan. kebetulan Norliza adalah ahli keluarga yang terakhir menamatkan zaman daranya dan keluarga mertuaku telah selamat menjalankan tanggungjawabnya mencarikan pasangan hidup untuk kesemua anak-anak mereka bermula dengan perkahwinan isteriku dengan ku pada 2002, abg iparku pada 2009, adik ipar bongsu dan adik ipar ketiga pada 2011 dan penamatnya adik ipar keempat pada tahun ini 2012.
Buat Norliza dan Nazif, semoga bahagia berkekalan sehingga ke anak cucu dan selamanya....

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads