Ahad, 9 September 2012

01 di pengerang - Google Blog Search

01 di pengerang - Google Blog Search


Durian Runtuh <b>Di Pengerang</b> – Pribumi Perkasa Negara

Posted: 12 Aug 2012 09:45 AM PDT


Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) adalah satu projek yang akan membawa masyarakat Pengerang ke Mata dunia, Pemilihan Pengerang sebagai hab industri minyak dan gas merupakan satu rahmat kepada Johor kerana pelaburan yang besar akan dicurahkan ke negeri itu.

Pembangunan Rapid akan membuka banyak peluang pekerjaan dan perniagaan yang akan membantu meningkatkan taraf kehidupan rakyat, Walaupun terdapat suara suara sumbang yang seakan akan menolak pembangunan yang hendak dibuat oleh kerajaan dan tidak mahu berubah sebenarnya datang dari mereka mereka yang berkepentingan politik untuk melonjakkan nama mereka dan mengadaikan masa depan penduduk Pengerang.

Saperti mana Chua Jui Meng yang mengatakan projek ini sama dengan Lynas dan Pengerang akan menjadi satu kawasan radio aktif dan telah meracuni pemikiran penduduk untuk melakukan bantahan agar projek Rapid ini di batalkan.

Walaupun penduduk Parlimen Pengerang terdiri dari nelayan dan bekerja kampong mereka tidak dengan mudah mempercayai akan segala tomahan dan madu beracun Chua Jui Meng dan mereka menolak dengan mentah segala hasutan dari puak pembangkang, walaupun Ketua mereka sendiri telah turun untuk berkempen termasuk membawa orang dari luar saperti Taiwan untuk datang ke Pengerang bagi meracuni pemikiran orang kampong, tetapi tidak di indahkan juga. .. selanjutnya baca disini..

Ps/– Tulisan asal untuk ob21.net oleh Obey-One

FGVH setuju bangunkan bandar baru FELDA <b>di Pengerang</b> <b>...</b>

Posted: 04 Sep 2012 06:38 AM PDT


KUALA LUMPUR: FELDA Global Ventures Holding Bhd (FGVH) bersetuju untuk membangunkan kira-kira 800 hektar tanah miliknya di Pengerang, Johor sebagai sebuah bandar baru FELDA bagi mengambil peluang daripada projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di kawasan itu.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, perkara itu turut dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam mesyuarat pengurusan FELDA baru-baru ini. "Kita akan mula berbincang dengan pihak-pihak lain bagaimana kita boleh melibatkan diri dalam pembangunan di kawasan itu kerana kita punyai tanah," katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara FELDA dan KFC Holdings (Malaysia) Bhd di sini, hari ini.

Cadangan membangunkan bandar baru FELDA itu disuarakan Ketua UMNO Bahagian Pengerang, Datuk Azalina Othman Said pada persidangan perwakilan UMNO Bahagian, Ahad lepas di mana pada hari yang sama beliau turut mencadangkan agar warga tempatan turut dibabitkan sama dalam projek Rapid dan diberikan peluang-peluang perniagaan dan pekerjaan.

Dalam hal ini, Mohd Isa berkata, pihaknya akan berbincang dengan pihak Petronas untuk menggunakan sepenuhnya sebuah institut kemahiran di kawasan itu bagi menawarkan kursus-kursus baru berkaitan projek berkenaan kepada warga setempat.

Projek Rapid yang dibangunkan oleh Petronas adalah antara projek di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) bagi melonjakkan lagi sektor minyak dan gas negara dan dijangka menarik pelaburan susulan bernilai RM100 bilion dalam industri sama.

Mengenai perjanjian persefahaman antara FELDA dan KFC Holdings, Mohd Isa berkata, kerjasama itu akan membolehkan kedua-dua pihak bergabung di bawah satu syarikat usahasama bagi mengusahakan ladang penternakan ayam daging moden yang akan dibangunkan di ladang FELDA Tenggaroh 3, Johor.

PAS tubuh &#39;taskforce&#39; isu Rapid <b>di Pengerang</b> | Nusajaya Kini

Posted: 28 Aug 2012 06:43 AM PDT

KUALA LUMPUR: PAS akan mewujudkan 'task force' bagi menangani isu Projek Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (Rapid) di Pengerang Johor yang telah menimbulkan ketidakpuasan penduduk setempat ekoran tindakan rakus kerajaan mengambil tanah tanpa mempedulikan hak mereka.

Menurut Pengerusi Gabungan Tanah Johor dan Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat Mazlan Aliman, isu Rapid semakin bercelaru apabila soal pampasan tanah yang diambil kerajaan, perumahan, tanah kubur, alam sekitar dan masa depan penduduk setempat masih terawang-awang.

"Saya kian bimbang dengan perkembangan projek ini terutamanya cara kerajaan menangani protes penduduk. Adalah tidak bijak jika kerajaan hanya tahu menggunakan pendekatan ugut kepada penduduk yang membuat bantahan," katanya di laman Facebooknya.

Dakwanya, dengan memperalatkan polis untuk menghalang perjumpaan penduduk, mengancam tokoh-tokoh NGO dengan taktik kasar bukanlah formula yang betul.

Beliau tidak menafikan, pembangunan sangat penting untuk menjana ekonomi domestik dan masa depan rakyat.

Namun, katanya, rakyat bukan 'tunggul' tetapi mereka adalah tuan tanah yang telah mendiami kampung halaman mereka puluhan tahun.

"Perasaan dan hak mereka mesti diraikan. Pendekatan diplomasi di meja rundingan harus didahulukan. Semakin ramai penduduk Pengerang yang menghubungi saya melaporkan situasi terkini projek dan siri-siri protes yang dilakukan.

"Saya dan pimpinan PAS telah beberapa kali turun padang ke sana meninjau tapak projek dan tanah-tanah yang digazetkan. Sudah hampir setahun dikemukakan pandangan pada kerajaan melalui beberapa memorandum dari berbagai pihak. Nampaknya kenyataan Kerajaan semakin angkuh. Sikap pemimpin BN sama macam isu Lynas," katanya.

Tegasya, tindakan Ahli Parlimen Pengerang, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Datuk Harun yang sangat membela pemaju projek terbabit mencurigakan semacam ada kepentingan.

Justeru, katanya setelah berbincang bersama Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub, Pesuruhjaya PAS Johor Datuk Dr Mahfodz Mohamed, Ketua Pemuda PAS Johor Suhaizan Kaiat dan Pengerusi Gabungan Ngo Pengerang Cik Anis Azli, akan mencadangkan agar isu ini dijadikan agenda khusus PAS Pusat seperti mana isu Lynas dan Felda Global Ventur Holding (FGVH).

"Gerakan yang tersusun, penyatuan ngo-ngo sedia ada, dialog penduduk, perbincangan dan rundingan dengan Kerajaan, semakan perundangan dan kempen-kempen, lebih aktif akan dijayakan. Kerjasama PAS dan Pakatan Rakyat bersama Ngo dalam menangani isu projek RAPID di Pengerang sangat penting," katanya.

Sumber : Harakahdaily
** Iklan Text Produk dan Blog Anda Disini **

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads