Sabtu, 15 September 2012

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Rombongan Bas PKR Ke <b>Skudai Di</b> Sambut Dengan Paku

Posted: 14 Sep 2012 03:33 PM PDT

Rombongan Bas PKR Ke Skudai Di Sambut Dengan Paku: Rombongan PKR ke Johor hari ini yang dipimpin oleh Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini menjadi sasaran lagi di Skudai petang yang boleh mengakibatkan kemalangan ke atas bas yang digunakan bagi kempen parti tersebut.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution berkata semasa majlis makan malam 800 meja di Skudai bahawa serangan tersebut berlaku sejurus sebelum rombongan mereka sampai ke majlis tersebut, yang merupakan kawasan letak kereta di sebelah Sutera Mall.

"Dalam perjalanan kami ke sini, kami mendengar bunyi letupan kuat apabila kami melalui di bawah jambatan pejalan kaki.

"Kami mendapati seketul batu telah dilemparkan ke salah sebuah kereta dalam rombongan kami.

"Kemudian kami juga temui paku di atas jalan raya. Jadi kita terpaksa berhenti di tepi jalan sementara kakitangan keselamatan kami membersihkan jalan raya sebelum kami boleh meneruskan perjalanan kami, "katanya.

Naib Presiden PKR yang juga ahli Parlimen Kuantan, Fuziah
Salleh,sewaktu ucapannya di majlis makan malamtersebut, mendakwa mereka ternampak sebuah kereta di hadapan rombongan mereka hilang kawalan dan berpusing ke arah yang bertentangan.

"Kami dapati jalan penuh dengan paku," kata Fuziah sambil mendakwa pelakunya mahu bas mereka ditimpa kemalangan.

"Alhamdulillah, kita berjaya mengatasi semua cabaran ini," katanya kepada kira-kira 6,000 hadirin berbilang kaum.

Kereta yang berjaya sampai ke destinasi majlis makan malamtersebut, kemek serta calar pada bahagian bonetnya.

Ketika ditemui, Fuziah berkata kejadiantersebut berlaku kira-kira 1km dari tempat majlis makan malam itu di sebatang jalan raya yang gelap, tetapi dia tidak tahu namanya. - Rombongan Bas PKR Ke Skudai Di Sambut Dengan Paku

Connect Facebook

5.0

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads