Ahad, 7 Oktober 2012

01 di mersing - Google Blog Search

01 di mersing - Google Blog Search


Puteri Sudah &#39;Sinsing Lengan&#39; pastikan Kemenangan BN <b>di</b> <b>...</b>

Posted: 12 Sep 2012 03:02 AM PDT

Kategori Dari Bahagian

Puteri Sudah 'Sinsing Lengan' pastikan Kemenangan BN di Parlimen Mersing

Oleh: Azlina Rosdy

MERSING, 12 Sept – "Puteri UMNO Mersing telah bersedia sejak awal lagi bagi memastikan UMNO dan Barisan Nasional (BN) terus bertapak di Parlimen Mersing. Kita tidak mahu leka dan tidak mahu kemenangan bersih yang diperolehi pada PRU lalu atas kepercayaan rakyat di sentap oleh pembangkang. Sebab itu, kita tidak pernah mempersia-siakan amanat yang diberi.

"Puteri Mersing sendiri sentiasa memastikan membantu UMNO Bahagian mendekati pengundi dan mengenal pasti sebarang masalah mereka. Kita sentiasa menyinsing lengan dan turun bertemu masyarakat. Diharapkan apa yang telah kita lakukan ini akan terus menyentuh hati rakyat kerana UMNO dan BN bekerja bukan hanya kerana pilihan raya tetapi kerana tanggungjawab dalam membela nasib rakyat," tegas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Mersing Faraha Ismail.

Faraha berkata demikian kepada UMNO-Online ketika ditanya mengenai persediaan menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) yang sudah semakin hampir.

Tambahnya lagi, Ketua UMNO Bahagian Mersing Datuk Latiff Ahmad sendiri sentiasa memantau baik gerak kerja Puteri mahupun Wanita dan Pemuda dan ia menjadi antara sebab bahaw Puteri sentiasa melaksanakan tugasan yang diberi dan telah bersedia sepenuhnya untuk menghadapi PRU.

Menurut Faraha, UMNO semua peringkat di Mersing telah berusaha keras untuk memastikan kemenangan di PRU lalu terus dipertahankan namun ianya mestilah dibantu dengan bakal calon yang sesuai. Ulasnya, tidak dapat dinafikan, faktor calon adalah faktor utama penentu kemenangan UMNO dan BN pada pilihan raya akan datang kerana para pengundi masa kini mahukan calon yang benar-benar boleh disandarkan harapan untuk membela nasib mereka.

"Kajian yang kita lakukan di kedai-kedai kopi dan kawasan awam rata-rata mahukan calon yang sesuai. Oleh itu kita amat berharap agar bakal calon yang diletakkan nanti haruslah calon yang dikenali oleh pengundi dan mampu menggalas kepercayaan rakyat. Namun apapun, Puteri akan tetap memberikan sokongan padu kepada sesiapa sahaja calon yang diletakkan.

"Puteri yakin, pihak atasan sudah pasti telah memilih mereka yang terbaik untuk diletakkan sebagai calon. Kita akan tetap berkempen dan memastikan rakyat mengenali calon yang bakal diletakkan nanti," ujarnya.

Selain itu tambah Faraha yang juga Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Johor, Puteri juga telah mengenal pasti kesemua pengundi luar di Kawasan Mersing kerana daftar pengundi yang dilakukan mendapati kebanyakan golongan muda di Parlimen ini adalah pengundi luar.

"Kita sentiasa berhubung dengan mereka malah Datuk Latiff sendiri setiasa mengadakan pertemuan bersama pengundi luar (muda) baik berjumpa di Johor mahupun di Kuala Lumpur. Jadi kita tidak ada masalah untuk memastikan mereka ini pulang mengundi pada PRU akan datang.

"Malah pendekatan yang kita terapkan pada pengundi luar ini juga dilihat berjaya. Insyaallah… Parlimen Mersing akan terus menjadi milik kita walaupun pembangkang cuba untuk menghuru harakan negeri Johor yang merupakan kubu kuat BN," terang Faraha. – MediaUMNO

Berita Bertarikh Pada 6:02 PM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads