Ahad, 18 November 2012

01 di batu pahat - Google Blog Search

01 di batu pahat - Google Blog Search


Terapi <b>di Batu Pahat</b> | Cerita dari mama……

Posted: 08 Nov 2012 04:00 PM PST

Sejak 15 September lalu, mama bawa Haziq ke Batu Pahat untuk satu siri rawatan alternatif. Sepatutnya pada tarikh tersebut mama bawa Haziq ke Kajang untuk mengikuti satu siri rawatan alternatif akupunture dari seorang doktor dari Erkang, Beijing tetapi di atas sebab yang tidak dapat dielakkan, Haziq mama lencongkan ke Batu Pahat untuk mendapatkan rawatan di Ismail Accuteraphy centre seperti mana pernah mama ceritakan sebelum ini. Setelah hampir dua bulan berlalu dan kami berulang alik 3 kali seminggu. Perjalanan pergi balik yang mengambil masa 3 jam, kadang-kadang tersasar sehingga 4-4 jam setengah dek kerana mengantuk, akhirnya menjadi perjalanan yang semakin serasi.

Rawatan yang diberikan bertumpu kepada terapi medan elektrik, terapi cahaya dan rawatan acupressure. Setiap perkembangan Haziq akan dipantau oleh Dr Ismail, pemilik pusat rawatan tersebut. Rawatan medan terapi elektrik dilakukan secara berperingkat. Pada peringkat awal, rawatan hanya dihadkan setakat satu jam untuk sesi pengenalan. Kemudian selepas 3 minggu, rawatan ditingkatkan kepada dua jam. Memasuki bulan November, rawatan terapi medan elektrik ditingkatkan kepada 3 jam dengan point mata sebagai point baru untuk rawatan. Haziq pun nampaknya sudah semakin cerdik. Ototnya kelihatan semakin kuat. Matanya semakin fokus dengan objek yang berada di hadapan walaupun mama masih tak pasti sama ada Haziq melihat dengan jelas atau pun sebaliknya.

Terapi warna dan medan elektrik

pelekat 'astro' untuk point mata. Guna yang kecik asyik tanggal aje, ha sekali dapat yang besar punya………

"Untuk anak-anak macam ni, banyak pengorbanan yang kau kena buat. Kau hanya perlu korbankan masa untuk ke mari, penat memanglah penat," kata-kata Dr Ismail yang memang mama akui 100 peratus. Siapa kata kami tak letih? Letih….Yelah, kasihan juga pada anak-anak tipikal dua orang tu. Balik saja dari sekolah jam 6.45 petang, siap-siap mandi, makan dan lepas maghrib terus bertolak ke Batu Pahat. Tak sempat sampai, dua-dua dah tidur dalam kereta. Keluar dari pusat rawatan pun biasanya kami orang terakhir, jam 12.00 malam, anak-anak masih tidur. Sampai di rumah hampir jam 2 pagi, sambung tidur.Esok pagi dah nak ke sekolah semula. Itulah rutinnya sepanjang 3 kali seminggu. Kenapa pergi malam? Pusat rawatan tu hanya dibuka jam 6 petang hingga 12 tengah malam kerana Dr Ismail bekerja di sebelah siangnya. Adakalanya dibuka sedikit awal, jam 3-4 petang tetapi kami pun tak boleh awal sebab anak-anak bersekolah. Jadi, rutin kami bermula malam sewaktu orang lain berkumpul bersama keluarga dan tidur nyenyak….Ini hanya sedikit pengorbanan mama buat Haziq…..

Apa yang menarik mama lihat sepanjang sebulan setengah rawatan:

1. Sawan Haziq berkurangan. Kalau sebelum rawatan,  diserang sawan 2-3 kali seminggu, dalam tempoh rawatan ini, hanya diserang sawan sebanyak 5 kali (sebulan setengah)….

2. Mata semakin fokus

3. Leher sudah agak kuat

4. Pernah mengeluarkan perkataan pertama.."mma….mmaa" yang sangat membahagiakan hingga mama menitiskan air mata gembira. Walaupun hanya sekali, ia cukup memekarkan bunga di taman hati.

5. Makin cerdik, letak je atas katil di pusat rawatan dah menangis sebab tau nak kena karan (hehe)

6. Sudah angkat punggung sikit-sikit

7. Stiff di kaki sudah sedikit berkurangan dan mudah dilentur

Bagi mama, mama mahu konsisten dengan satu-satu jenis rawatan. Sebagaimana mama konsisten dengan pemberian transfer factor untuk Haziq sejak dua tahun lalu yang terbukti meningkatkan sistem imun Haziq, mama mahu terapi ini serasi dulu dengan Haziq, barulah mama mencuba kaedah lain. Mungkin usaha mama tidak seberapa tetapi banyak perkara yang menjadi pertimbangan mama. Kos masa, kewangan, jarak…semuanya dipertimbangkan. Selepas ini fokus mama ialah untuk membantu Haziq berdiri dan memanfaatkan sepenuhnya penggunaan standing frame sebab Dr Ismail kata otot kaki Haziq sudah menunjukkan perubahan positif, dah boleh diajar berdiri.

Kalau mahu dibandingkan dengan anak-anak CP yang lain, kondisi Haziq berbeza. Haziq dilahirkan dengan kecacatan kromosom, masalah genetik. Pasukan perubatan selalu kata, kalau masalah genetik, tiada apa yang boleh dilakukan kerana anak itu tidak akan sembuh. Namun, mama tidak mahu bersedih dengan kenyataan itu. Biarpun Haziq sudah mencecah 4 tahun tetapi hanya baru pandai meniarap, mama tetap akan usahakan sesuatu daripada membiarkan Haziq begitu sahaja. Mama mahu melihat pernyataan doktor boleh disangkal kerana mama percaya kepada kekuasaanNya. Mudah-mudahan terapi ini akan memberi sinar baru untuk Aiman Haziq…

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads