GELANG PATAH – Pada pilihan raya (PRU) 13 nanti bakal menyaksikan pertarungan sengit antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) kerana keunikan komposisi pengundinya seakan berpihak kepada pembangkang.
Ura-ura peletakan calon untuk Parlimen tersebut, Dato` Chua Jui Meng, Pengerusi PKR Johor, disebut-sebut antara individu yang akan memberi saingan sengit kepada BN.
Bagaimanapun, ketika ditanya pemberita tentang status calon, Jui Meng menjelaskan bahawa sesiapapun yang bertanding di situ daripada PR maka segenap pihak harus memberikan sokongan untuk meraih kemenangan.
"Apabila ditanya terhadap isu alocasi kerusi Gelang Patah, Dato' Jui Meng Chua
berkata soalan ini juga ditanya oleh orang Gelang Patah apabila beliau berjelajah di sana. Beliau menjawab orang sana "asalkan calon itu dari PR, bagi dia sokongan".
"Dato' Jui Meng Chua dianggap salah satu calon PKR yang akan bersaing di Gelang Patah. 50% pengundi di kawasan Gelang Patah adalah Cina," lapor akhbar Sin Chew Daily yang dipetik dari Facebook Keadilan Johor.
Dalam perkembangan berkaitan, akhbar itu turut melaporkan, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub berkata PR sudah mempunyai satu "Smart Combination" sebagai jawapan bagi progress penyelarasan di antara mereka.
"salahuddin Ayob berkata, menurut penganalisis politik, tsunami politik akan terus pada PRU akan datang, Johor merupakan salah satu negeri yang mungkin dimenang oleh PR di Malaysia barat.
"Bagi Malaysia timur, dipercayai angin pembangkang akan mula dari Sabah dan
merebak ke Sarawak. PR di Johor semakin bersatupadu dan sudah mencapai consensus," katanya lagi ketika ditanya mengenai status calon bagi kerusi panas Gelang Patah.
Salahuddin Ayub berkata demikian dalam sidang media selepas Menghadiri Majlis Jamuan Hari Raya PAS Negeri Johor, dekat sini, baru-baru ini.
Hadir sama, Pengerusi PKR Johor Dato' Chua Jui Meng dan Pengerusi DAP Johor, Dr Boo Cheng Hau.
Like this:
Be the first to like this.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan