|   01 di lok heng - Google Blog Search   | 
| Politik Samseng : Markas PAS Kawasan <b>Gelang Patah</b> Diserang Posted: 24 Sep 2012 07:43 PM PDT    GELANG PATAH:   PAS Kawasan Gelang Patah dikejutkan dengan kes simbahan cat, cermin   tingkap dipecahkan serta bendera PAS dijatuhkan di dua buah Markaz PAS   di kawasan Gelang Patah. Peristiwa itu dipercayai berlaku pada awal pagi   Ahad lalu sebelum berkumandangnya azan subuh.   Menurut   Ketua Penerangan PAS Kawasan Gelang Patah, En. Ayob Bin Embong, insiden   tersebut amat mengejutkan kerana bukan hanya melibatkan  Markaz   Tarbiyah PAS Cawangan Kampung Ladang sahaja, malah Markaz PAS Kawasan   Gelang Patah yang terletak di Kampung Ulu Pulai juga turut menerima   nasib perbuatan khianat tersebut.    Dua kes   tersebut telah dilaporkan di dua balai polis yang berbeza iaitu di Balai   Polis Desa Paya Mengkuang bagi insiden yang berlaku di Markaz Tarbiyah   PAS Cawangan Kampung Ladang dan Balai Polis Daerah Nusajaya bagi insiden   yang berlaku di Markaz PAS Kawasan Gelang Patah.   Kedua-dua   laporan polis tersebut dilakukan pada jam 11.00 pagi setelah maklumat   dikumpulkan daripada seluruh ahli PAS yang berdekatan untuk membantu   siasatan pihak polis.Tindakan segera pihak polis sangat dihargai kerana   dapat menjalankan siasatan di kedua-dua tapak kejadian sejurus laporan   dibuat.   Menurut Saudara Ayob lagi, insiden ini   amat membimbangkan ahli PAS kerana dua hari sebelum itu, Ketua Wira   Perkasa Gelang Patah telah mengarahkan salah seorang ahli PAS Kawasan   Gelang Patah supaya menurunkan Bendera Rasmi PAS berwarna merah putih   dan bulatan hijau yang dipasang di rumahnya.  Arahan ini dibuat kerana   menyangka bendera tersebut adalah Bendera Sang Saka Malaya. Tambahan   pula terdapat beberapa insiden pengkhianatan yang dilakukan terhadap PAS   Kawasan Gelang Patah sejak akhir-akhir ini.   Respon   daripada Yang Dipertua PAS Kawasan Gelang Patah, Sr. Hj Dzulkefly Bin   Ahmad pula, "PAS amat berdukacita atas segala rentetan insiden serangan   politik yang masih berlaku, jelas menunjukkan sesetengah pihak tidak   mengamalkan politik yang bertamadun. Sedangkan banyak negara lain yang   menikmati sistem politik yang lebih demokratik."   "Kita   mengharapkan agar satu siasatan yang bersifat menyeluruh dan telus   dapat dijalankan oleh  pihak Polis Diraja Malaysia  di atas rentetan   pengkhianatan yang berlaku di kawasan Gelang Patah baru-baru ini mahupun   di peringkat negeri Johor."    "PAS sesekali   tidak akan tergugat dengan segala ancaman dan ugutan yang berlaku di   kawasan Gelang Patah malah akan terus menjalankan tugas dengan lebih   komited untuk mengajak rakyat membuat perubahan yang baik."   Laporan   polis yang dibuat turut disertai oleh beberapa lagi ahli PAS Kawasan   Gelang Patah. Insiden pengkhianatan yang dilakukan oleh pihak yang tidak   menyenangi kemaraan PAS dan Pakatan Rakyat ini turut dirasai oleh Sr.   Hj. Dzulkefly Bin Ahmad. Hampir setahun yang lepas rumah beliau telah di   bom kesan daripada pendedahannya kepada umum tentang unsur-unsur   penyelewengan dalam Johor Corp. | 
| You are subscribed to email updates from di gelang patah - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google | 
| Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 | |
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan