Sabtu, 10 November 2012

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


~fiszah_pjo~: aidiladha 1433H <b>di Pasir Gudang</b>,Johor

Posted: 30 Oct 2012 12:00 AM PDT

tahun  2012 turn beraya aidilfitri adalah sebelah isteri di Kuala Nerang,Kedah. oleh kerana sistem bergilir sudah menjadi tradisi turun temurun kami sekeluarga, maka sambutan hari raya aidiladha haruslah di sebelah suami. sepatutnya beraya di Palong, Neg 9. tapi keluarga mertua berpakat beramai-ramai untuk beraya di Pasit Gudang. rumah Uda, anak ke 3 dari 14 adik beradik dan merupakan abg sulung.
kami bergerak dari KL jam 7 malam.lambat siap sebab nak kemas rumah sebelum bertolak.oleh kerana jammed giler dan hujan yang sangat sangat lebat, perjalanan adalah sangat perlahan.sepatutnya 30 minit je jadi 2 jam lebih.kami singgah di Terminal One, Seremban sebab nak amek adik-adik ipar. Hasan, Husen dan Mamat sudah siap menunggu kami sampai.
perjalanan diteruskan ke Pasir gudang.perhentian pertama di RNR Ayer Keroh untuk makan.tapi kedai makan banyak tutup.ye la, esokkan nak raya..haruslah banyak tutup.lepas penuhkan perut yang kosong, kami teruskan perjalanan dan  kami berhenti rehat  lagi di RNR Pagoh.sebabnya suami sudah mengantuk dan pening-pening. so lepas dia tidor dan solat, kami terus ke pasir gudang,.kami sampai dalam jam 2.30 pg.sesi BBQ sudah lama tamat.
pagi nya makan macam biasa.oleh kerana takde sedara mara lain di pasir gudang ni, seharian kami stay kt rumah je.bakar otak-otak, udang, ayam..dan makan rendang.itu je la.hehe..atirah yang pendiam tu main je sensorang.main piano kejap..jalan jalan kat luar jap.tak banyak aktiviti kami buat.
petang nya dalam jam 6-7 ptg, kami  bertolak balik ke Batu Pahat.rumah pakngah..kami bermalam di sana.





















.

mari lihat gambar..entry selepas ini adalah mandi manda di Sagil, pusat peranginan di Gunung Ledang.seeejukk..nanti ye :)

Salman <b>Di</b> Blogger: USR <b>Pasir Gudang</b>

Posted: 17 Oct 2012 03:52 AM PDT

Salam 1Malaysia. Saya akan megikuti satu program kemasyarakatan dinamakan University Social Resposibility (USR) di Pasir Gudang Johor. Sebelum ini saya sudah mengikuti dua (2) kali USR iaitu di Melaka dan Kedah dan kali ini di Johor. Saya mengucapkan terima kasih kepada Encik Radhir Sham yang telah tarik saya untuk melibatkan diri dalam USR Pasir Gudang.

Dalam keadaan serba salah sebenarnya oleh kerana saya adalah satu-satunya pelajar tahun akhir yang ke Pasir Gudang, saya bertekad untuk meneruskan juga penyertaan dalam program ini kerana telah ditawarkan untuk bersama dalam program ini. Saya tidak pernah menawarkan diri untuk apa-apa program kerana saya bakal menyusahkan diri saya sendiri lainlah jika ditawarkan untuk sesuatu program saya percaya ini adalah kerana orang yang menawarkan itu percaya akan kebolehan saya dan saya boleh memudahkan kerja perlaksanaan program.

Setakat ini gerak kerja untuk USR Pasir Gudang bergerak agak perlahan kerana masih dalam minggu peperiksaan akhir. Walau begitu ada pihak yang sangat marah kerana gerak kerja masih tidak menampakkan hasil. Bila diaturkan mesyuarat masih ada yang tidak hadir, lambat hadir, dan mesyuarat juga dengan sesuka hati dibatalkan, sesuka hati diadakan tanpa ada jadual perancangan mesyuarat yang lebih terancang.

Saya faham pengarah yang mengendalikan USR Pasir Gudang sekarang ini sedang tertumpu kepada kertas kerja yang masih belum selesai dan belum mendapat kelulusan. Kertas kerja ini telah mendapat kritikan dan banyak kesilapan yang perlu diperbaiki. Oleh yang demikian, gerak kerja USR Pasir Gudang terbantut sehinggalah masalah kertas kerja diselesaikan. Seperti contoh, saya sebagai timbalan ketua untuk bahagian penajaan perlu mendapatkan kertas kerja dan surat penajaan yang diperakui oleh pihak universiti sebelum mengadakan perjumpaan dengan pihak penaja. Disebabkan surat penajaan belum siap kerana kertas kerja juga belum lulus maka kerja-kerja penajaan tergendala. Kertas kerja perlu dibaiki dengan segera untuk kelangsungan kerja-kerja yang lain.

Selanjutnya berkenaan masa gerak kerja dilaksanakan. Masa pelajar diploma sedang bercuti semester juga adalah salah satu faktor pemangkin masalah terutama untuk bahagian penajaan. Masa berlangsungnya peperiksaan akhir pelajar diploma juga penyebab utama gerak kerja agak perlahan. Tetapi sebagai mahasiswa yang kompleks, kita boleh mengimbangi masa melaksanakan kerja dan masa belajar. Gerak kerja tidaklah mengabaikan pelajaran, dan masa belajar tidak juga mengabaikan sesuatu gerak kerja.

Keseluruhannya, perlaksanaan USR Pasir Gudang masih dalam fasa permulaan. Untuk fasa permulaan, yang menjadi fokus adalah penyediaan kertas kerja dan penajaan. Akan tiba nanti fasa pecutan yang akan memeningkan kepala ramai ketua ketua dalam majlis tertinggi jika untuk fasa permulaan belum mula apa yang sepatutnya dilakukan untuk setiap bahagian kerja.

Saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada semua pihak yang terlibat untuk menjayakan program USR Pasir Gudang. Masalah dalaman janganlah dibesar-besarkan dan fikirkanlah untuk kejayaan USR Pasir Gudang demi kita bersama. Percanggahan pendapat boleh dibawa berbincang, jangan bawa ke jalanan. Jangan mengaku kalah di pertengahan jalan usaha. Usaha tidak mengenal letih dan tidak terkesan oleh halangan dan rintangan. Teruskan usaha untuk kita lihat hasilnya bersama.

Nusajaya Kini: Program Qurban PAS Kawasan <b>Pasir Gudang</b> <b>...</b>

Posted: 29 Oct 2012 06:38 PM PDT

[unable to retrieve full-text content]PAS Kawasan Pasir Gudang melakukan ibadat qurban di setiap 11 cawangannya di dalam Parlimen Pasir Gudang. Di antara cawangan yang terlibat termasuklah cawangan Permas Jaya, Taman Mawar, Taman Sceintex, Taman Saujana, ...

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads