01 di kulai - Google Blog Search |
Isu Talam : PR Cabar MCA Debat <b>Di Labis</b> Posted: 06 Sep 2012 02:13 AM PDT SHAH ALAM, 6 SEPT : Pakatan Rakyat (PR) hari ini mencabar Ketua Biro Profesional Muda MCA, Datuk Chua Tee Yong untuk berdebat di depan pengundinya sendiri di Labis pada 9 September ini berhubung isu penstrukturan hutang Talam Corporation. Cabaran itu dikemukakan tiga ahli parlimen PR yang dilantik Kerajaan Negeri Selangor sebagai jurucakap berhubung isu Talam iaitu Dr Dzulkefly Ahmad (Kuala Selangor-PAS), William Leong (Selayang-PKR) dan Tony Pua (Petaling Jaya Utara-DAP) pada sidang akhbar di ibu pejabat DAP, pagi tadi. Dr Dzulkefly ketika dihubungi TV Selangor berkata debat itu bertujuan memberi peluang kepada Tee Yong yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani untuk mengemukakan hujah dan bukti di hadapan pengundinya berhubung perkara itu. "Dia (Tee Yong) dia boleh pilih antara kami bertiga, sama ada saya, Tony Pua atau William Leong atau Cik Faekah sendiri. Dia tidak layak langsung untuk berdebat dengan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu tersebut. "Saya berulang kali menulis secara akademik dan teknikal berhubung isu Talam, tetapi mereka masih tidak faham. Ini bukannya kes baru," katanya. Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam memaklumkan Kerajaan Negeri Selangor membuat keputusan komersial yang baik dalam penyelesaian hutang Talam yang dibuktikan menerusi badan audit bebas antarabangsa yang dilantik, KPMG Transaction & Restructuring Sdn Bhd. Abdul Khalid turut menjelaskan perkara itu membuktikan usaha Kerajaan Negeri mengutip sejumlah RM392 juta hutang daripada Talam telah dilaksanakan dengan tertib dan mengikut undang-undang demi menjaga kepentingan negeri dan rakyat Selangor. Namun, Tee Yong masih belum berpuas hati dengan laporan juru audit tersebut serta mempersoalkan kredibiliti KPMG dengan memberi contoh skandal mega Enron yang berlaku di Amerika Syarikat. Bagaimanapun tuduhan itu disangkal Dr Dzulfekly dengan menyifatkan ia sebagai "jahat", tidak berasas dan tidak profesional. |
You are subscribed to email updates from di labis - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan