Rabu, 5 Disember 2012

01 di permas jaya - Google Blog Search

01 di permas jaya - Google Blog Search


Gendang Perang: 15000 <b>Di Parit Raja</b> Petanda Sahih Anak Johor <b>...</b>

Posted: 02 Dec 2012 08:31 PM PST

Lautan rakyat Johor kelmarin membanjiri Dataran Rakyat, Parit Haji Salleh Ros, Parit Raja sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat Negeri Johor malam tadi.
Walaupun pada awalnya disebelah petang terdapat sedikit hujan, namun kehadiran luar biasa ini menunjukkan semangat perubahan politik rakyat negeri ini.

Program pada sebelah malamnya bermula dengan ucapan wakil-wakil badan bukan kerajaan NGO yang membawa agenda perjuangan hak rakyat.

Antaranya termasuk NGO Anti-PPSMI, Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Gerakan Mansuh ISA (GMI), Hak Air Untuk Semua (Haus), Gabungan Menuntut Royalti Kelantan 'R', Persatuan Anak Peneroka Felda (Anak), Gabungan menuntut Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), NGO Pengerang, serta NGO alam sekitar dan Anti Lynas.

Turut berucap menyemarakkan lagi himpunan kebangkitan rakyat malam tadi ialah Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Tuan Haji Muhammad Sabu yang merupakan Timbalan Presedin PAS.


Mereka telah memberi ucapan penutup sekaligus menjawab beberapa tuduhan - tuduhan songsang yang dikemukakan oleh Umno sepanjang perhimpunan agung parti itu.
-----------------------------------------------------------
Mungkin ramai anak-anak muda yang tidak mengetahui tentang sekolah-sekolah pondok di Johor yang tidak kurang popular suatu ketika dahulu. Ramai pemuda dari kampung gua di Parit Perak merantau ke Johor untuk berguru di sekolah-sekolah pondok di sana. Tapi bukan era gua era datuk gua... wakaka.  

Johor sudah bangkit.. Alhamdulillah

Seloka sinikal Anwar <b>di Parit Raja</b> « ibn_bacoks

Posted: 01 Dec 2012 08:31 PM PST

Rumah > Uncategorized > Seloka sinikal Anwar di Parit Raja

http://sphotos-a.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-ash3/64682_341157582648322_873491394_n.jpg

SRI GADING – "Tanya sama Najib, apa sebab goyang, nanti jawab Najib, Sabah nak hilang," demikian seloka bernada sinikal yang dinyanyikan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang Malaysia ketika menyampaikan ucapannya pada malam Himpunan Kebangkitan Rakyat Johor, di Dataran Rakyat, Parit Salleh Ros, Parit Raja, dekat sini, semalam.

Anwar berkata, dahulu negeri berjolokan Darul UMNO ini terlalu kuat buat parti itu, sebaliknya kini mentaliti itu telah dibenamkan dengan buktinya kehadiran lebih 20,000 manusia ke tapak program.

"Johor yang saya tahu kubu Umno. Itu dulu. Maknanya apa yang disaksikan sekarang (Himpunan malam ini) sukar dimengertikan dalam Perhimpunan Agung UMNO. Tapi ditukar Perhimpunan Agung Anwar (kena hentam).

"Tapi dia tak faham. Ini dia (himpunan) ada Taurah kebangkitan rakyat. Ini bukan soal tokoh ini kesedaran rakyat, tuntut hak mereka.

"Malam ini (begitu ramai) di Johor. (kalau) Kedah, Kota Bharu tak heran. Ini Johor. Apa nak jadi ni. Alhamdulillah, ada fenomena kebangkitan rakyat. Ia di mana-mana. Tak (saya bersama) masyarakat India. Ingat tak ramai. 5-6 ribu berkumpul di Ulu Tiram," katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads