Ahad, 23 Disember 2012

01 di skudai - Google Blog Search

01 di skudai - Google Blog Search


Nusajaya Kini: Tidak Mustahil Boleh Kekal Dun <b>Skudai</b>

Posted: 20 Dec 2012 10:29 PM PST

TEMU BUAL Cheng Hau selaku Ketua Pembangkang negeri dengan Sinar Harian.

Mungkinkah YB akan bertanding PRU13 dan mahu kekal di Dun Skudai?

CHENG HAU: Keinginan saya adalah memohon keizinan ahli di peringkat akar umbi dan pucuk pimpinan pusat parti untuk bertanding di Dun Skudai semula sebab saya telah lama berkhidmat di sini. Namun, keputusannya terpulang kepada pucuk pimpinan DAP dan PR.

Bagaimana YB melihat sokongan pengundi?

CHENG HAU: Walaupun sokongan pengundi bukan Melayu kepada saya tinggi pada PRU12, sekurangkurangnya 30 peratus pengundi Melayu di kawasan Dun Skudai memberikan sokongan.

Jika tidak, saya tidak akan menang Dun Skudai dengan majoriti 12,000 undi. Saya harap dengan rekod khidmat dan keazaman saya bersuara di Persidangan Dun Johor mengenai pelbagai isu memberi kebaikan kepada rakyat Johor.

Prinsip saya adalah mengkritik secara konstruktif. Saya melihat lebih baik DAP bertindak secara positif. Apa yang dilakukan selama ini bukan sahaja mengubah prasangka DAP adalah anti-Islam malah mendapatkan pujian meluas.

Ada khabar angin YB akan bertanding di Parlimen Gelang Patah sedangkan kerusi itu milik PKR.

CHENG HAU: DAP Johor mempunyai hubungan rapat dengan PKR dan Pas di negeri ini sejak dari zaman Parti Rakyat Malaysia (PRM) dan Parti Keadilan Nasional.

Atas penghormatan kepada Allahyarham Razak Ahmad, bekas Ketua PKR Johor dan sebelum itu PRM Johor, DAP setuju berikan laluan kepada Razak Ahmad bertanding di Parlimen Gelang Patah pada tahun 1995 atas persetujuan giliran di antara dua parti.

Pada PRU tahun 1999, DAP bertanding di Parlimen Gelang Patah, manakala PKR pula pada tahun 2004. Pada pilihanraya tahun 2008, sepatutnya giliran DAP di Gelang Patah, tetapi pucuk pimpinan PR memutuskan PKR bertanding semula. Bagaimanpun saya berpandangan pucuk pimpinan tertinggi PR akan membuat keputusan yang bijak berasaskan calon dan parti komponen yang berpeluang menawan Parlimen Gelang Patah pada PRU13.

Ramai berpendapat YB boleh menang jika bertanding di Parlimen Gelang Patah?

CHENG HAU: Saya tidak merebut peluang bertanding di dua kerusi berkenaan iaitu Dun Skudai dan Parlimen Gelang Patah. Saya berpendapat, lebih baik saya bertanding semula di Dun Skudai. Apapun, saya akan akur pada keputusan itu.

Adakah YB telah berjaya melaksanakan janji pilihan raya tahun 2008?

CHENG HAU: Sebagai wakil rakyat pembangkang, saya cuba sedaya upaya membawa pelbagai isu dan masalah rakyat kepada perhatian pihak berkuasa melalui pelbagai saluran termasuk Persidangan Dun Johor. Tidak pinggirkan Sekolah Agama, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil yang memerlukan bantuan.

Bagaimana undi orang Melayu selepas ada yang melabel DAP anti-Melayu dan rasis?

CHENG HAU: Sokongan Melayu terhadap PR semakin bertambah dan prasangka bahawa DAP itu anti-Melayu dan anti-Islam berkurangan, susulan prestasi baik yang ditunjukkan kerajaan PR di Pulau Pinang dan Selangor.Peningkatan peruntukan kepada sekolah agama di Pulau Pinang oleh kerajaan DAP dan PR telah mendatangkan kritikan MCA dan Gerakan bahawa DAP cuba 'mengislamkan' Pulau Pinang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads