Khamis, 21 Februari 2013

01 di senai - Google Blog Search

01 di senai - Google Blog Search


Cerita : Lima sekeluarga maut <b>Di Senai</b> | ANa Ahmad

Posted: 02 Dec 2012 01:17 AM PST


SENAI - Lima sekeluarga dari Felda Air Tawar, Kota Tinggi, maut dalam kemalangan selepas kereta dinaiki bertembung dengan sebuah lori tangki muatan minyak sawit di Kilometer 13, Jalan Mersing-Endau, di sini, awal pagi semalam. LIHAT SINI
Empat mangsa maut ditempat kejadian. 

Kejadian kira-kira jam 7.45 pagi itu mengorbankan pemandu kereta jenis Nissan Grand Livina, Abdullah Yusof , 43;  isterinya, Noraini Maidin, 41; Samsiah Maidin, 37; dan anak mereka, Muhamad Aiman Syakirin Abdullah, 8, dan Maisarah Abdullah, 4. Maisarah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital.

Manakala Noraini yang merupakan kakak ipar Abdullah meninggal dunia di Hospital Mersing.
Seorang lagi mangsa, Amar Haziq Abdullah, 3, cedera parah, sementara pemandu lori tangki terbabit, Azahar Mohd Othman, 29, berasal dari Yong Peng Batu Pahat, tidak cedera.
Ketua Polis Daerah Mersing, Deputi Superintendan Mohd Nor Rashid berkata, siasatan awal mendapati kereta dinaiki keluarga terbabit dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori tangki berkenaan.
"Lokasi kejadian adalah di selekoh kiri menuruni bukit dari arah Mersing ke Endau. Lori tangki yang membawa muatan minyak sawit dari arah Endau ke Mersing, manakala kereta mangsa dari arah bertentangan.
"Ketika melalui lokasi kejadian, kereta dinaiki kesemua mangsa dipercayai hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan lori tangki berkenaan," katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, di sini, semalam.
Mereka dikatakan berkonvoi dua kereta dalam perjalanan dari Felda Air Tawar 5 ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Jengka, Pahang.
Mohd Nor berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Best regards,

LIKE , TWEET dan COMMENT daripada anda amatlah Ahmad hargai . Tq :)

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads