Ahad, 31 Mac 2013

01 di kempas - Google Blog Search

01 di kempas - Google Blog Search


Nasib Mangsa Roboh Rumah <b>Di Kahang</b> Barat - pr sembrong bangkit

Posted: 31 Jan 2013 12:00 PM PST

PAR JOHOR PERIHATIN

KHAMIS 31.1.2013

Apa yang paling menyayat hati yang menimpa 5 keluarga di kahang barat ini adalah segala perkasa rumah,pakaian serta kele...ngkapan sekolah anak-anak mereka turut dimusnahkan oleh pihak berkuasa gara-gara mahu menghalau mereka berpindah daripada tapak penempatan yang telah diranapkan itu.Yang lebih malang sehingga ke hari ini mereka masih tidak mampu untuk menyekolahkan anak mereka kerana tidak mempunyai wang.

Penderitaan yang ditanggung saat ini oleh 5 keluarga di kahang barat kluang itu mendapat perhatian PAR Negeri Johor.Hasil sumbangan NGO Islam yang perihatin maka Pusat Aduan Rakyat Negeri Johor sebagai wakilnya telah menyampaikan sumbangan berupa peralatan sekolah dan wang ringgit kepada anak-anak 5 keluarga malang ini.Seramai 7 orang anak-anak mereka masih belum menjejaki kaki ke sekolah lagi walaupun sekolah sudah lama bermula.Selain daripada sumbangan peralatan sekolah,5 keluarga tersebut juga menerima sumbangan berupa keperluan Asas.

Majlis Simbolik penyampaian sumbangan telah disempurnakan oleh Penyelia pusat Aduan Rakyat bukit gambir Prof Dr Mahfoz Mohammad yang juga pesuruhjaya PAS negeri Johor.

Seusai majlis ringkas yang diadakan ditapak rumah mereka yang diroboh itu,anak-anak mereka telah di bawa ke bandar kluang oleh Pengerusi PAR Negeri Johor Syed Othman Abdullah untuk membeli pakaian dan kasut sekolah.

Saudara Nordin Ali,salah seorang dari 5 keluarga itu berkata beliau amat terharu dan berterima kasih kepada PAR Negeri Johor kerana perihatin dan mengambil berat terhadap masalah yang mereka
hadapi.Beliau berkata lagi PAR Johor tidak jemu-jemu menghulurkan sumbangan sejak awal lagi.


ketika ini 5 keluarga ini telah dibenarkan menumpang sementara di dewan serbaguna kahang barat sejak seminggu lalu oleh ketua UMNO cawangan Kahang barat.Baru-baru ini mereka sudah dimaklumkan oleh UMNO supaya mengosongkan dewan sebelum 4 hb Feb ini kerana dewan tersebut akan digunakan sebagai bilik gerakan pilihanraya UMNO.

Dimanakan arah dan nasib mereka selepas ini?Mereka ini orang miskin dan tidak berkemampuan apatah lagi mengeluarkan duit muka untuk menyewa rumah. Beginilah contoh bertapa malangnya nasib Melayu merempat di tanah air sendiri tanpa pembelaan daripada parti ketuanan Melayu yang menjadi teras pemerintahan negara.Merempatnya orang melayu bereti gagalnya UMNO dalam pemerintahan.Tidak ada maknanya negara maju tetapi rakyat miskin dan derita.

Dimana Melayu merempat disitulah UMNO berkuasa.

abusiraj almuner
setiausaha PAR permas
http://syed-othman.blogspot.com/2013/01/par-johor-perihatin.html

BLOG JOHOR: 01 <b>di kahang</b> - Google Blog Search

Posted: 28 Mar 2013 01:17 PM PDT

Klik GAMBAR Dibawah Untuk Lebih Info
URL Sumber Asal :-

limkitsiang Akan Kecundang <b>Di Gelang Patah</b> - taipanmaster the <b>...</b>

Posted: 22 Mar 2013 06:44 PM PDT


Apabila saat-saat Anwar Ibrahim umumkan Lim Kit Siang akan bertanding di Gelang Patah, ramai pengikut Pakatan Rakyat bergembira sehingga seperti lupa diri, mereka anggap pertandingan kali ini mesti boleh menang; dimana pihak media cetak juga secara amnya memang beri tumpuan kepada Lim Kit Siang, diramalkan memang Lim Kit Siang boleh menang sepenuhnya.

Tetapi cuba kita senyap seketika dan halusi lagi, pertandingan kali ini, MCA tidak semestinya tewas. Di dalam politik macam-macam boleh jadi, lebih-lebih lagi Lim Kit Siang bukan tuhan, dalam setengah Abad beliau bertarung, bukankah banyak liku dan ranjau yang telah beliau lalui, beliau pernah tewas sebanyak 5 kali, pada tahun 1968 beliau telah tewas di pilihan raya kecil DUN Serdang, pada tahun 1982 telah tewas di DUN Bandar Hilir Melaka, pada tahun 1995 tewas di DUN Tanjung Bungah Pulau Pinang, pada tahun 1999 kalah kedua-dua kerusi di Pulau Pinang yang memalukan, beliau bukan sahaja tewas di kerusi Parlimen Bukit Bendera, malah dia juga tewas di kerusi DUN Kebun Bunga Pulau Pinang, Zhang Shi Teng (terjemahan Mandarin) dari MCA kalahkan beliau dengan majoriti 26,405 undi; pada tahun 2004 muka baru dari MCA Tan Ah Eng telah tewaskan beliau dengan majoriti 31,666 undi, pada tahun 2008 apabila berlaku angin bantahan di mana Tan Ah Eng masih menang 8,851 undi di Gelang Patah, dari rekod-rekod ini menunjukkan, MCA sudah bertapak kuat di Gelang Patah, bukan semudah itu DAP mahu ditewaskan MCA dengan sewenang-wenangnya.
Selama 18 tahun ini, Gelang Patah hanya diwakili oleh 2 tokoh MCA sebagai ahli Parlimen di situ. Perkhidmatan mereka memang telah diikitraf ramai, kedua-dua tokoh ini mesra rakyat, dalam media cetak akhbar mereka dapat sanjungan nama buaian, bermakna MCA mempunyai kekuatan dan sokongan tiket undi tertentu di Gelang Patah. Tetapi kali ini MCA tukar muka baru Teoh Sew Hock menjadi kontroversi dan perbalahan dalaman MCA buat masa ini, sengketa itu berlaku, DAP yang selama ini menunggu peluang keemasan itu hampir selama 20 tahun, kini sudah tiba masanya untuk peluang itu. Sebab itu berlaku DAP lancarkan dan hantar calon askar payung terjun di Gelang Patah.
Langkah dan Strategi DAP bukan sahaja bertanding di Gelang Patah, DAP berhadap mereka dapat pergunakan kewibawaan Lim Kit Siang untuk memecahkan rekod itu, serta untuk membangkitkan semangat DAP pada keseluruhannya, untuk membawa negeri Johor sebagai negeri baris hadapan yang dianggap bukan tugas yang begitu mudah, tujuan yang lebih besar lagi untuk melangkah ke Putrajaya.
Langkah caturan bahaya yang dilakukan oleh Lim Kit Siang, saya teringat kembali 2 orang tokoh pembangkang di negara jiran, dimana keadaan kedua-dua tokoh itu berbeza nasib.
PRU 2011 Singapura, Low Thia Khiang dan Than See Tiong (terjemahan Mandarin) dari parti Pekerja, sebelum ini Low Thia Khiang di zon selesa menang 1 kerusi setiap penggal, selepas itu beliau wakilkan orang kuat parti bertanding di kawasan itu dan beliau berpindah kawasan, dimana hasilnya walaupun wakil beliau tewas tetapi parti perkerja telah menang 6 kerusi, menyebabkan kewibawaan beliau dan nama parti meningkat naik, dimana Than See Tiong tewas kesemuanya, walaupun Than See Tiong dikatakan orang kuat parti akhirnya tewas juga, dimana isteri Than See Tiong juga turut bertanding, namun kalah teruk ditewaskan oleh calon PAP, bermakna perjalanan politik Than See Tiong telah pun berakhir.
Contoh-contoh seperti di atas, strategi itu agak seperti ada persamaannya dengan DAP, cara mereka susun strategi masih boleh dipertikaikan, dan keputusannya nanti pastinya akan berbeza. Walaupun mereka telah dedahkan strategi politik mereka, namun pihak BN masih belum lagi paparkan sebarang strategi, kenapa waktu ini mahu putuskan terus bahawa Lim Kit Siang pasti menang, bukankah kata-kata itu terlalu awal lagi, ini bermakna itu satu kesilapan bagi pakar strategik yang hanya memperkecil-kecilkan musuh!
Lim Ming Fah eksekutif akhbar

Ada agenda tertentu bertanding <b>di Gelang Patah</b> | ISMAWeb

Posted: 20 Mar 2013 09:15 PM PDT

BANGI 20 Mac - Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman menyifatkan hasrat pemimpin DAP, Lim Kit Siang untuk bertanding di Gelang Patah, Johor adalah untuk menjayakan agenda tertentu dan bukanlah suatu perkara yang mengejutkan.

Katanya, langkah yang diambil oleh Lim Kit Siang ini adalah satu langkah yang sudah dijangka sebenarnya. Itu merupakan strategi DAP untuk menambah kerusi Parlimen bagi pihak mereka.

Beliau berkata demikian kerana pernah mendapat maklumat daripada sumber yang dipercayai yang mengatakan orang-orang Cina telah mengatur dan memindahkan pengundi mereka dari kawasan yang sedia sudah kuat seperti Ipoh Timur, Siputeh dan beberapa kawasan lain  ke kawasan yang mereka sasarkan.

"Jadi antara kawasan yang mereka sasarkan seperti yang diberitahu sumber ialah di Johor iaitu Gelang Patah dan juga Pontian.

"Maka oleh sebab itu, tindakan mereka perlu diberi perhatian terutamanya oleh orang Melayu dalam menjaga kepentingan dan hak orang Melayu sendiri dari sudut bilangan kerusi yang akan dimiliki kelak," ujarnya.

Jelas Ustaz Hazizi lagi, meskipun Gelang Patah sebelum ini dikuasai oleh MCA, tapi mereka telah mengatur langkah bagaimana untuk menang di situ sebaliknya orang Melayu masih lagi dengan politik menang sorak kampong tergadai iaitu tiada langkah strategik yang diambil seperti mana kaum Cina.

Beliau berkata demikian bagi mengulas laporan media mengenai Lim Kit Siang yang diumumkan sebagai calon DAP bagi kerusi Parlimen Gelang Patah pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) dalam sambutan ulangtahun parti  DAP ke-47 di Skudai baru-baru ini.

Asal Usul Kampung Sri Lukut, <b>Kahang</b>, Johor - Gubuk Kecil <b>...</b>

Posted: 19 Feb 2013 08:17 AM PST


Nama asal Kampung Sri Lukut, Kahang, Johor ialah Kampung Melayu Kahang Batu 28 atau Kampung Kahang Bt 28. Kampung ini dipercayai telah wujud dalam peta Malaysia sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Pada asalnya perkampungan ini dihuni oleh orang-orang asli yang tinggal di tebing sungai Kahang dan di dalam hutan Endau Rompin.
Kampung ini terletak di Jalan Mersing dan di tengah-tengah perjalanan antara Kluang dan Mersing. Jarak Kampung Sri Lukut dengan bandar Kluang ialah 45km atau 28 batu.

Sejarah asal usul nama Kahang

Menurut cerita orang-orang tua di kampung ini, nama "Kahang" diambil sempena nama seorang peniaga berbangsa Cina iaitu Ah Hang. Ketika itu, beliau sering bertandang ke kawasan kampung untuk membeli rotan, damar dan pelbagai hasil hutan daripada penduduk kampung. Akhirnya melalui masa, perubahan sebutan berlaku lalu sebutan Ah Hang menjadi Kahang.
Juga berkenaan seorang Cina yang bernama Ah Hang. Kali ini beliau bukan dikenali sebagai peniaga rotan, damar atau pencari hasil-hasil hutan. 
Manusia Ah Hang yang dimaksudkan itu seorang pengusaha atau penembang kayu balak. Ketika itu kawasan Kahang dipenuhi hutan belantara dan dihuni oleh binatang-binatang buas. 
Nama Ah Hang akhirnya meniti di mulut lalu kawasan penerokaan hutan itu dikenali sebagai Kahang.
Nama Kahang diperoleh daripada aktiviti penanaman dan pembukaan ladang lada hitam. Penduduk asal di kampung Melayu itu telah membuka ladang hitam dan menjualnya melalui jalan-jalan sungai yang menghubungkan Kluang, Endau, Rompin, Mersing, Kota Tinggi dan Johor.
Lada hitam di dalam bahasa Banjar dipanggil SAHANG. Ketika itu lada hitam mendapat permintaan tinggi, maka urusan perniagaan dan perdagangan rancak dijalankan. Begitu juga dengan penerokaan tanah dan kemasukan pendatang-pendatang baru turut tumbuh dengan hebat. Antara yang terlibat di dalam urusan penerokaan dan perdagangan di kawasan ini ialah orang-orang Melayu, Banjar dan Jawa. 
Akhirnya Sahang yang dirujuk tempat atau kebun lada hitam berubah bunyi sebutan lalu menjadi Kahang.
Versi ketiga ini maza dengar sendiri daripada penduduk asal kampung antaranya ialah arwah Atuk Sidin dan Kak Galoh. Maza kira, asal usul nama Kahang dalam versi ketiga ini lebih menyakinkan.


Datuk dan arwah ayah maza antara peneroka awal Kampung Melayu Kahang Bt. 28. Mereka meneroka dengan menggunakan kapak dan beliung.

Dahulu, kampung ini berjiranan dengan perkampungan orang asli. Menurut kata emak maza, orang-orang asli berkawan rapat dengan arwah ayah dan selalu singgah ke rumah untuk memberi atau menukarkan barang.

Biasanya orang-orang asli itu berkehendakan sirih dan pinang yang kami tanam di halaman rumah. Sebagai pertukaran, orang-orang asli ini memberikan kami buah-buahan kayu hutan seperti petai, jering dan adakalanya binatang buruan yang masih hidup seperti napuh, kijang, rusa, landak dan ayam hutan.



Disebabkan pembinaan empangan Temiggol, orang-orang asli itu dipindahkan ke beberapa kampung lain seperti di Kampung Orang Asli Peroh, Kampung Orang Asli Batu 26, Kampung Orang Asli Sedehok, Kampung Orang Asli Air Pasir, Kampung Orang Asli Sri Kenangan, Kampung Orang Asli Tanah Abang, Kampung Orang Asli Punjut, Kampung Orang Asli Pengkalan Tereh.

Kebanyakan orang asli di sini dari suku kaum Penan dan Jakun.

Sebetulnya, sawah padi sudah ada lama di Kampung Melayu Kahang Bt. 28 iaitu sebelum zaman pemerintahan tentera Jepun lagi. Sawah diusahakan secara 'tanaman sara diri' (makan sendiri). Taliair dibina dengan cangkul dan bersaiz kecil. Sehinggalah kerajaan membuat keputusan hendak menjadikan kawasan kampung kami sebagai pusat penanaman padi utama di Johor. Ia dirancang sedemikian rupa dan akan dijadikan lapangan makanan negeri. Cadangan awal itu mahu menjadikan kawasan sawah Kahang bersambungan dengan kawasan tanaman padi di Mersing dan Endau. Namun disebabkan keadaan muka bumi yang tidak begitu sesuai, racangan itu terbantut hinggalah sekarang.
Dengan adanya rancangan penanman padi secara besar-besaran itu, kerajaan mula membawa orang-orang Kedah untuk menyertai Rancangan Pinggiran dan Penanaman Padi di Kahang. Tujuannya ialah untuk mengusahakan tanah sawah Kahang serta menjadi petani contoh kepada penduduk tempatan yang masih menggunakan kaedah penanaman padi secara tradisi. 


Oleh itu, penduduk asal Kampung Kahang Batu 28 terdiri daripada masyarakat majmuk. Selain orang-orang Melayu Kahang yang menjadi penduduk awal di situ, penduduk-penduduk Kahang juga terdiri daripada mereka yang berasal dari daerah-daerah lain di negeri Johor seperti Muar, Mersing, Endau, Pontian. Tidak kurang juga ada yang berasal dari luar negeri Johor seperti  Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.
Dahulu, berdekatan Kampung Kahang Batu 28 terdapat sebuah pengkalan pelabuhan dan pendaratan sungai. Berdekatan pengkalan tersebut berdiri penempatan orang-orang Cina yang berniaga dan meneroka tanah pertanian seperti lada hitam, pembalakan dan rempah ratus. 
Orang-orang Cina ini dibawa masuk ke sini melalui program 'Sistem Kancu' yang diamalkan oleh Bapa Pemodenan Johor, Maharaja Abu Bakar. Kawasan yang dimaksudkan itu ialah di pinggir sungai Kahang Batu 26. Jadi, tidak hairanlah apabila kita boleh bertemu dengan jirat Cina di tengah-tengah perkampungan Melayu di Kampung Kahang Bt 28 itu.
Sekarang perkampungan di pinggir sungai Batu 26 itu telah dipindahkan. Perkampungan Cina itu dipindahkan ke Kampung Baru Kahang Bt.22 pada zaman darurat pengganas Komunis. Hari ini perkampungan Cina itu telah menjadi sebuah pekan.

Pertukaran Nama

Pertukaran nama Kampung Kahang Batu 28 kepada nama Kampung Sri Lukut berlaku ketika Yang Amat Mulia Tengku Ibrahim Ismail Tengku Mahkota Johor datang mencemar duli ke kampung ini pada tahun 1986/87. 


Ketika itu, penduduk kampung memohon perkenan dari Y.A.M. Tengku Mahkota Johor supaya nama kampung ditukar kepada Kampung Sri Lukut berdasarkan peristiwa D.Y.M.M Almarhum Sultan Ibrahim berburu badak sumbu di kampung tersebut. 
Pada waktu itu, Almarhum telah membuat istana sementara untuk bermalam di hulu Sungai Lukut yang terletak berhampiran kampung, iaitu KM 45 Jalan Mersing untuk mengesan perjalanan badak sumbu. Bagi mengenang peristiwa tersebut, penduduk memohon agar permohonan mereka diperkenankan. Maka pada tahun 1987, Kerajaan Negeri Johor telah menukar nama Kampung Kahang Batu 28 kepada Kampung Sri Lukut. Nama ini kekal hingga sekarang.

Lantun-lantun menyingkap asal usul


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads