Pulau Kukup adalah salah satu kawasan paya bakau terbesar yang tidak didiami di dunia.dengan keluasan kira2 647 hektar dengan dataran lumpur berkeluasan 800 hektar Ia juga yang satu-satunya terletak di perairan Johor.
    Pulau Kukup juga telah menerima pengiktirafan antarabangsa apabila diberi status 'Kawasan Paya Bakau Berkepentingan Antarabangsa' (tapak RAMSAR) oleh Biro Konvenysen Ramsar di Geneva.
    Suatu   legenda tempatan menceritakan kisah Pulau Kukup yang pernah menjadi   tempat kediaman lima puteri bunian. Pada satu hari, salah seorang puteri   itu jatuh cinta dengan seorang pelayar. Mereka melarikan diri dan satu   sumpahan telah dikenakan ke atas Pulau Kukup.
    Pulau   itu ditenggelamkan oleh air laut. Setelah beberapa lama, pulau itu   muncul kembali tapi kini ia diliputi kawasan paya bakau. Ramai yang cuba   menduduki tempat ini, tetapi semuanya gagal. Ada yang mengatakan ini   kerana pulau itu dihuni oleh makhluk ghaib.
    Hari   ini, Pulau Kukup menjadi tempat kediaman pelbagai hidupan flora dan   fauna. Antaranya termasuk monyet yang cerdas, ikan belanak yangi hutan   senyap, atau babi hutan yang sibuk bersama anak-anaknya.
    Nikmati   kecantikan taman negara ini, dan saksikan sendiri kecantikan ekosistem   alam semulajadi paya bakau yang tidak didiami terluas di Johor!
      
Tiada ulasan:
Catat Ulasan