Khamis, 21 Mac 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Sabahdaily: Mampukah Pakatan Menang Besar <b>Di Johor</b>?

Posted: 16 Mar 2013 09:11 AM PDT

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melahirkan keyakinan bahawa negeri Johor mempunyai potensi yang sangat besar untuk dimenangi Pakatan Rakyat.

Ini, katanya kerana Pakatan Rakyat telah berjaya menembusi negeri Johor pada PRU12 pada 2008 yang lalu dengan memenangi beberapa buah kerusi, lapor Nusajaya Kini.

"Undi populariti kita juga sangat besar yang menyakinkan lagi Pakatan Rakyat untuk memenangi beberapa dewan undangan negeri dan parlimen di negeri Johor ini.

"Tambahan lagi, sambutan rakyat negeri Johor terhadap Pakatan Rakyat sangat memberangsangkan," tegas beliau pada sidang media yang diadakan sempena jamuan rakyat anjuran PAS Kawasan Kulaijaya, hari ini.

Turut hadir pada majlis yang dihadiri ribuan masyarakat sekitar itu ialah Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Negeri Johor, Datuk Dr. Mahfodz Mohamed, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke, Pengerusi DAP Negeri Johor, Dr Boo Cheng Hau dan Pengerusi PKR Negeri Johor, Datuk Dr Chua Jui Meng.

-HD

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads