Selasa, 16 April 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Kipas Angin Terbesar Di Malaysia <b>di Kota Tinggi</b> - Aku Stress Giler

Posted: 21 Feb 2013 01:56 AM PST

KOTA TINGGI – Masjid Jamek Kota Tinggi, di sini, melakar sejarahnya tersendiri apabila memiliki sebuah kipas angin gergasi yang dipercayai bukan sahaja terbesar di daerah ini, malah di Malaysia.

Ketua unit masjid berkenaan, Azizul Fahmi Salleh berkata, kipas dengan panjang bilahnya yang berukuran 7.2 meter itu dipasang hasil sumbangan daripada sebuah syarikat persendirian dan tabung masjid.

Menurutnya, dengan kos kira kira RM55,000, kipas yang mempunyai 15 kali ganda kuasa berbanding kipas angin biasa itu mampu memberikan keselesaan buat jemaah dan secara tidak langsung menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.


p/s : Besar gedabak.. 

Sumber : Here

Malaysia Waves: Peristiwa Calon PAS <b>Kota TInggi</b> 2004 Tarik Diri <b>...</b>

Posted: 05 Apr 2013 10:35 PM PDT

Jangan ingat calon PAS tidak kebal dari percubaan beli membeli. Apabila jumlah yang ditawarkan itu terlampau banyak, agama pun manusia boleh letak ke tepi.
Kalau calon PAS pun boleh dibeli, apatah lagi calon PKR, DAP dan parti-parti lain?
Kita insan biasa jangan terbawa-bawa kesah kononnya kita telah menang. Perjalanan masih belum selesai. Banyak taktik2 kotor yang masih boleh dimainkan di sebelah sana.

Kita jangan putus berusaha dan berdoa

Ingat, tawaran sekarang ini minima RM1 juta seorang. Masih boleh ditawarkan lagi.
Pada tahun 2004, tiada calon PKR yang berjaya dibeli. Hanya calon PAS sahaja.
Menang tanpa bertanding sememangnya menyeronokkan. Tapi tak semua menang tanpa bertanding sama nilainya.
Banyak menang tanpa bertanding di Sabah dan Sarawak kali ini kerana politik negeri itu lebih stabil berbanding pilihan raya lalu.
Kalau tahun 1999, Parti Bersatu Sabah (PBS) di luar BN menjadi cabaran di Sabah. Sementara Keadilan pula letakkan banyak calon di Sarawak. Sekarang Keadilan sudah tidak mampu. Bukan saja di Sarawak dan Sabah tetapi juga di Johor.
Keadilan patut letakkan calon di Tanjung Piai bagi menentang Presiden MCA, Datuk Seri Ong Ka Ting. Tapi oleh kerana tak mampu, calon pembangkang diberikan pada DAP.
Pilihan raya lalu, calon Keadilan mencabar Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar di Kota Tinggi. Kali ini Keadilan tidak mampu. Calon pembangkang diserahkan kepada Pas yang meletakkan Abu Bakar Sakak.
Abu Bakar hanya mampu bertahan satu hari, satu malam sebagai calon. Dia menarik diri dan Syed Hamid menang tanpa bertanding.
Inilah kemenangan tanpa bertanding paling manis bagi BN. Bukan saja untuk Syed Hamid. Ini kerana ia sekali gus menjadi tamparan pada Pas.
Semasa penamaan calon Sabtu lalu pula, BN mendapat kemenangan tanpa bertanding di Pengerang, atas kebijaksanaan Datuk Azalina Othman Said yang mendedahkan status kebankrapan calon Pas.
Ia turut mendedahkan kelemahan Pas kerana gagal menyediakan calon yang layak untuk kawasan itu.
Tapi kemenangan Syed Hamid mempunyai makna besar terhadap politik Pas. Ini kerana selama ini banyak pihak di kalangan Pas menyimpan keraguan tentang kesetiaan calon Keadilan.
Ini kerana sebelum pilihan raya ini, banyak ahli Keadilan kembali kepada UMNO, yang diketuai oleh pemimpinnya Ruslan Kassim.
Maka Pas amat curiga dengan calon-calon Keadilan yang bertanding, takut-takut mereka menarik diri dalam tempoh tiga hari ini. Hinggakan ada tempat yang berlaku pertandingan tiga penjuru melibatkan Pas dan Keadilan kerana dikatakan akibat kebimbangan ini.
Tapi calon yang paling awal menarik diri bukannya daripada Keadilan tetapi Pas yang menganggap diri mereka lebih komited berbanding Keadilan.
Apa yang mendorong Abu Bakar menarik diri? ``Pas tidak ada kekuatan untuk menang,'' katanya. Abu Bakar bersifat realistik.
Pas Johor tidak mempunyai harapan untuk menang satu kerusi pun. BN menang dengan majoriti besar di seluruh Johor pada tahun 1999.
Calon-calon Pas hanya mengharapkan perkara-perkara seperti yang berlaku di Senggarang. - Maulana

Tiada ulasan:

Catat Komen

ads