Rabu, 3 April 2013

01 di kota tinggi - Google Blog Search

01 di kota tinggi - Google Blog Search


Banjir <b>di Kota Tinggi</b> : 81 Penduduk Berpindah.

Posted: 15 Feb 2013 04:30 PM PST

alt

 

KOTA TINGGI,16 Feb. - Seramai 81 orang daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga pusat pemindahan banjir di sini sejak semalam berikutan kediaman mereka dinaiki air.

Pegawai Daerah Kota Tinggi Ismail Karim berkata kesemua mangsa terlibat datang dari tiga kampung iaitu Kampung Changi, Teluk Ramunia, Pengerang; Kampung Baru Pasak, dan Kampung Seluyut Hilir, yang dipindahkan ke pusat pemindahan banjir di kampung masing-masing.

"Mangsa banjir di Kampung Changi mula dipindahkan ke Sekolah Kebangsaan Teluk Ramunia di sini pada pukul 6 pagi kelmarin.

"Dua lagi pusat pemindahan banjir iaitu di Balai Raya Kampung Baru Pasak dan Dewan Serba Guna Felda Pasak mula dibuka pukul 6 petang semalam," katanya ketika dihubungi petang semalam.

Beliau berkata hujan lebat yang kembali melanda daerah ini sejak petang Selasa menyebabkan kediaman mangsa dinaiki air.

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads