Jumaat, 19 April 2013

01 di lok heng - Google Blog Search

01 di lok heng - Google Blog Search


Sediakah Ghani akhiri karier <b>di Gelang Patah</b>? - Harakahdaily

Posted: 09 Apr 2013 09:55 PM PDT

YANG pasti, Ketua ahli Parlimen DAP Lim Kit Siang akan beraksi di Gelang Patah, mengemudi bahtera Pakatan Rakyat merempuh tembok Barisan Nasional sambil mengumpul kerusi parlimen dari negeri Johor bagi membolehkan Parti Keadilan Rakyat, PAS dan DAP menubuh kerajaan baru Putrajaya selepas pilihanraya umum ke -13 nanti.

Yang belum pastinya adalah pengerusi Barisan Nasional Johor Datuk Abdul Ghani Othman akan mempertahan Gelang Patah dari jatuh ketangan lawan, walaupun angin bertiup kencang babawa inilah perjalanan politik Abdul Ghani setelah memimpin negeri selatan tanah air sejak 1995.

Abdul Ghani (gambar) tidak disenarai mempertahan kerusi Serom kerana dikatakan kepimpinan Barisan Nasional mahu memberi nafas baru dengan mengemuka calon-calon baru dan lebih muda sedangkan beliau telah memegang jawatan menteri besar sejak 1995 lagi.

Kalangan pemimpin Barisan Nasional, khusus presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek rela menyerahkan kerusi Gelang Patah yang disandang MCA kepada Umno kerana tidak yakin boleh memberi tentangan kepada Kit Siang.

Mereka berpendapat Abdul Ghanilah calon yang paling layak berdepan dengan Kit Siang.

Daripada berundur terus dari politik, lebih baik beliau pertahan Gelang Patah; ditakdirkan berjaya menewaskan pemimpin DAP itu, beliau akan menjadi "hero" dan bolehlah diberi ganjaran besar sekiranya BN kekal memerintah di Johor dan diperingkat pusat selepas pilihanraya umum.

Hari ini rata-rata  di kalangan Umno dan BN sibuk bercakap tentang calon menteri besar Johor yang baru.

Nama yang paling popular setakat ini yang disebut-sebut tidak lain dari Datuk Mohamed Khaled Nordin, ahli parlimen Pasir Gudang dan menteri Pengajian Tinggi pada penggal lalu.

Sebenarnya nama Mohamed Khaled telah pun disebut-sebut sebagai calon Menteri Besar Johor yang baru sejak dua penggal pilihan raya umum yang lepas, tetapi ia tidak menjadi kenyataan pada saat-saat akhir.

(Khalid dan Nur Jazlan...siapa calon MB Johor dari BN)

Beliau mempunyai hubungan yang baik dengan Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar, pertimbangan yang penting bagi mereka yang menaruh  harapan mahu menjadi Menteri Besar Johor.

Sultan Johor dikatakan lebih condong pada Khaled, yang sama-sama belajar di English College, sekarang ini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar, dibanding dengan nama-nama lain yang dicanang sebagai penganti Abdul  Ghani.

Walaupun nama-nama seperti ahli parlimen Pulai penggal lalu, Datuk Nur Jazlan Mohamed yang juga anak kepada bekas setiausaha agong BN dan Umno Allahyarham Mohamed Rahmat, naib ketua Pemuda Umno Datuk Razali Ibrahim dan ADUN Kukup penggal lalu Datuk Md Othman Yusof masih lagi menjadi sebutan di kalangan ahli-ahli parti, Umno Johor, khususnya Abdul Ghani dikatakan lebih berminat dengan Adun Pasir Raja penggal lalu, Datuk Dr Adham Baba.

Ramai diluar Johor masih ingat siapa Dr Adham, walaupun setelah sekian lama arena politik beliau tertumpu di Johor.

Beliau adalah orang yang sama yang ketika menjadi pengerusi biro pendidikan Pemuda Umno pada 2002, telah meminta agar kerajaan bertindak tegas, termasuk menutup semua SRJK(C) dan mewujudkan satu jenis aliran sekolah saja kerana berang dengan pergerakan pendidikan Cina, Dong Jiao Zong, yang menuduh pelaksanaan pengajaran Sains and Matematik dalam Bahasan Inggeris bertujuan menghapuskan identiti sekolah Cina.

Cadangan memang boleh diberi tetapi adakah Istana akan perkenan calon yang lain dari Mohamed Khaled?     

Pakatan Rakyat berhasrat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri yang sekian lama di terjui oleh Umno/Barisan Nasional.

Naib presiden PAS, Salahuddin Ayub, anak jati Johor dibawa turun dengan meninggalkan parlimen Kubang Kerian di Kelantan dan bertanding kerusi DUN Nusa Jaya, salah satu kerusi negeri di Gelang Patah, serta  kerusi parlimen Pulai.

Perkembangan terkini <b>di Gelang Patah</b> | Helen Ang

Posted: 27 Mar 2013 12:36 AM PDT

Perkembangan terkini di Gelang Patah

Mac 27, 2013 at 3:36 pm

Petikan rencana tentang pengaruh media sosial:

  • Access to social media sites is the highest [compared to other websites and online news sources] according to the Malaysian Digital Association report.
    .
  • Sites such as facebook.com and youtube.com attracted 6,467,257 and 4,238,824 unique browsers while twitter.com attracted 926,874 unique browsers in the same period [2012] from Malaysia.
    .
  • "As a result of its prime position, most of the political news associated with the next general election, scheduled to be held very soon, will be transmitted via social media."
    .
  • "Social media in Malaysia has been influential in keeping important political issues in the forefront in the last five years. Hence, when evaluating the social media-related outcomes of the next general election, it is the net impact of social media's political influence in the LAST FIVE YEARS and not just the campaign period that analysts need to consider."
    .

Sambung baca rencana oleh Prof. Madya James Gomez, School of International Studies, Universiti Utara Malaysia di TMI (26 Mac 2013)

"95% malaysian love u so much Cm Lim"

Lawatan setiausaha-agung DAP ke Gelang Patah @ Facebook CM Lim Guan Eng (https://www.facebook.com/cmlimguaneng)

CM Lim Guan Eng Facebook 2013-03-27 15-09-45

Komen-komen Facebookers

Entry filed under: Papa DAPster. Tags: .

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads