Sabtu, 8 Jun 2013

01 di bekok - Google Blog Search

01 di bekok - Google Blog Search


Pelantar Minyak Petronas Terbakar | Berita Semasa

Posted: 14 Dec 2010 04:00 PM PST

*gambar hiasan

Satu kejadian malang telah menimpa rakan-rakan kita yang bekerja di Pelantar Carigali Petronas Bekok C apabila platform minyak tersebut telah terbakar. Seramai 6 orang cedera dalam kejadian tersebut.

Kebakaran di platform itu yang terletak kira-kira 200 kilometer di luar pesisir pantai Semenanjung dikendalikan oleh Petronas Carigali.
Sejurus selepas kebakaran berlaku selepas tengah malam, api dapat dikawal oleh pasukan kecemasan Emergency Response Team (ERT).120 kakitangan yang berkerja di platform berkenaan telah pun dipindahkan ke platform lain yang berdekatan.

Berikut dibawah adalah nama-nama mangsa yang tercedera:

  1. ALIAS ABDULLAH
  2. HAMZAH ABDULLAH
  3. FAUZI IBRAHIM
  4. RISHAUDIN ISMAIL
  5. ARIFF FARIMI
  6. ZAMRI WAGIMAN

Malang tidak berbau.Apa-apa kerja yang kita buat pun, kalau dah nak jadi kemalangan, jadi juga. Ketepikan rasa marah terhadap isu kenaikan minyak tempohari. Semoga mereka yang telah tercedera akan segera sembuh untuk menyambung tugas masing-masing.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads