01 di kempas - Google Blog Search |
Cerita Ita: cerita seram <b>di</b> jalan mersing - <b>kahang</b> barat - kota tinggi Posted: 14 Jan 2013 10:19 PM PST assalamualaikum semua, maaf semalam takde update dari cerita ita... letih disebabkan sampai rumah dah dekat jam 2 pagi...pagi pulak nak bersiap gi keja...dengan nak siapkan anak-anak lagi...aku punya rutin dengan shah memang wajib mandikan anak-anak kami sebelum ke taska..dulu-dulu memang kami tak mandikan anak sebelum gi taska, kami angkat je diorang dari tempat tidur terus ke kereta..cuma salinkan lampin je.. tapi sejak anak-anak selalu tak sihat dan payah nak baik...kami tukar rutin pagi dengan mandikan semua anak dengan air suam...alhamdulillah kesihatan anak-anak makin ok lepas tu... pasal kisah seram ni...ini adalah kisah benar adik aku yang bawah aku atau dalam keluarga kami panggil dia Uda... Kisah ni terjadi pada bulan lepas kalau tak silap aku... maaf kalau aku silap ye...tapi baru je diceritakan pada aku masa aku balik johor minggu lepas.. Uda ni berkerja di sebuah kilang mozek di kluang...biasanya dia berulang ke tempat kerja dia menaiki van..tapi setiap kali kena kerja shift pagi dia lebih selesa bawak motor.. dan jalan biasa yang dipilih Uda adalah jalan mersing - kahang barat - kota tinggi.. jalan ni merupakan jalan pintas nak ke kota tinggi kalau anda dari mersing.. walaupun jalan dia tak berapa elok dan agak kecik dibandingkan jalan utama ke kota tinggi tapi jalan ini memang menjimatkan masa perjalanan..aku pun pengguna tegar jalan ni dulu sewaktu bekerja dengan syarikat swasta satu masa dulu...itu cerita dulu...masa aku bawak kereta ke hulu ke hilir..sekarang dah jadi mem..duduk kat sebelah je... haaa...lupa pulak putera mahkota johor pun pernah guna jalan ni dulu masa kembara mahkota johor...tahun bila aku dah tak ingat dah... berbalik cerita Uda tadi...dan uda pun memang biasa guna jalan ni..kecuali kalau minyak takde baru la uda akan guna jalan besar sebab kat jalan alternatif ni tak ada pam minyak.. nak dijadikan cerita, uda bertolak dengan menggunakan motor kriss dalam pukul 5.45 pagi camtu...perjalanan melalui jalan kahang timur (felda kami) ke kahang barat berjalan lancar...diiringi dengan rasa sejuk yang mencengkam tulang di subuh hari...tempat kami memang sejuk sebab berdekatan dengan gunung berlumut.. sampai je di simpang tiga, uda membelok ke kiri untuk ke jalan kahang barat..dia teruskan perjalanan sampai la ke satu kawasan belukar kecil sebelum kawasan penempatan felda kahang barat... kat sini la segalanya terjadi.... masa ni uda bawak motor dengan halaju sederhana je... tiba-tiba... uda cuba buat seperti biasa tapi minyak terus dipulas laju.. dan... kalau korang nak buat apa? nak toleh belakang ke? uda masih kuatkan hati dan teruskan perjalanan... tapi.... dalam hati dia berkata nak toleh belakang ke tak ye? dan dia dah tersebut pun dalam hati...kalau kau nak tumpang..tumpang je la...tak payah nak tepuk-tepuk... dan akhirnya uda beranikan diri tengok ke belakang dengan menggunakan cermin sisi... dan dia nampak.....terbuai-buai di belakangnya dibawa angin.... haaaa.... dah terkeluar dari peti simpanan dia kat belakang motor tu... dan dah berterabur topi dan baju hujan dia sepanjang jalan...dan yang menepuk belakang adalah penutup peti simpanan tu... jadi kerja pulak dia kena pungut balik semua benda...hahaha... moral dari cerita ni... sila jangan cabut cermin sisi anda dan boleh digunakan di waktu kecemasan....heeee... p/s nama pemenang contest aritu nanti aku bagitau ye...aduhaii..tak sempat nak cabut undi lg ni... |
You are subscribed to email updates from di kahang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan