Sabtu, 15 Jun 2013

01 di muar - Google Blog Search

01 di muar - Google Blog Search


Zaqhwan terpantas <b>di Muar</b> – Perak Today

Posted: 08 Jun 2013 08:17 PM PDT

PELUMBA muda, Mohd Zaqhwan Zaidi menguasai sesi ujian masa bagi kategori CP130 setelah mencatat masa terpantas pada saingan Pusingan 4 Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia Petronas di Muar, Johor, semalam.

Pelumba GiVi Honda Yuzy Pachie itu menamatkan hari pertama kejuaraan dengan melakukan catatan terpantas 41.146s untuk mengatasi dua pelumba berpengalaman, Ahmad Fuad Baharudin (Faito Yamaha Motobert) yang mencatat masa kedua terpantas, 41.224s serta Mohd Zamri Baba (Petronas Yamaha-CKJ) yang catat masa 41.302s.

Malah, catatan terbaik tersebut merupakan catatan terpantas sesi ujian masa kali ketiga berturut-turut buat Mohd Zaqhwan selepas pencapaian serupa di Melaka (Pusingan 2) dan di Kuala Terengganu (Pusingan 3).

"Semuanya berada dalam keadaan baik termasuklah keupayaan jentera yang berada pada tahap maksimum. Faktor jentera memainkan peranan penting di litar ini. Bukan sahaja kerana keadaan litar yang tidak begitu rata, malah selekohnya juga agak sempit," katanya menyasarkan untuk bermula di barisan pertama.

Pada masa sama, Zaqhwan juga tidak mahu kesilapan di Terengganu berulang, sebaliknya tekad merebut kemenangan pertama, sekali gus kekal di dalam saingan memburu takhta keseluruhan.

Sementara itu, pendahulu keseluruhan, Azlan Shah Kamaruzaman (Harian Metro Y-TEQ SCK Honda Racing) terpaksa tarik diri minggu ini selepas cedera ketika jalani latihan bersama jentera Superbike 100cc di Litar Suzuka, Jepun, Rabu lalu.

- SINAR HARIAN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads