Isnin, 17 Jun 2013

01 di pasir gudang - Google Blog Search

01 di pasir gudang - Google Blog Search


4 Bangla ada IC cuba buang undi <b>di</b> Parlimen <b>Pasir Gudang</b> <b>...</b>

Posted: 13 May 2013 07:07 PM PDT

(Oleh Mohd Arif Juhani)

KUALA LUMPUR 14 MEI: Calon KEADILAN Parlimen Pasir Gudang, Dr Ahmad Faidhi Saidi mendedahkan wujud pengundi asing yang ada kad pengenalan (IC) dan melayakkan mereka mengundi seperti warganegara Malaysia.

Beliau berkata, 'pengundi' itu ditangkap oleh ejen Tempat Mengundi (PACA) ketika dikesan cuba datang ke tempat mengundi untuk membuang undi.

Dr Ahmad Faidhi Saidi3"Empat warga Bangladesh ditahan ketika datang ke tempat mengundi. Di beberapa tempat mengundi lain pun ada. Semua diserah kepada polis untuk tindakan," kata Timbalan Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor itu.

Selain itu, beliau berkata, dakwat kekal yang mudah luntur apabila dicuci juga  punca berlaku penipuan apabila ada pengundi mengundi lebih sekali.

"Jumlah pengundi ialah 101,000 orang, agak sukar untuk kita mengesan pengundi yang sama kerana bukan semua orang kita kenal.

"Tetapi berdasarkan kepada maklumat, memang ada ambil kesempatan mengundi lebih sekali menggunakan kaedah licik," katanya kepada Keadilan Daily.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52036

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads