Selasa, 11 Jun 2013

di negeri johor - Google Blog Search

di negeri johor - Google Blog Search


Jawatan Kosong 2013 <b>di</b> Suruhanjaya Perkhidmatan Awam <b>Negeri</b> <b>...</b>

Posted: 26 Apr 2013 02:23 PM PDT

Jawatan Kosong 2013 di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ)

Jawatan Kosong 2013: Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Johor (SPAJ) ditubuhkan berdasarkan Undang-Undang Suruhanjaya Perkhidmatan Kerajaan Negeri Tahun 1959 Bilangan 4. Penubuhannya juga adalah tertakluk kepada Perkara 144 (1) Perlembagaan Persekutuan.SPAJ adalah Pihak Berkuasa melantik yang bertanggungjawab berhubung pelantikan, mengesahkan, memasukkan ke dalam jawatan berpencen, menaikkan pangkat, menjalankan kawalan tatatertib ke atas anggota-anggota perkhidmatan awam negeri Johor.

Peluang kerjaya dalam Perkhidmatan Awam Kerajaan Johor, dipelawa kepada Rakyat Negeri Johor Darul Takzim untuk mengisi kekosongan jawatan sebagaimana berikut:

  • Penghulu NP27
  • Penolong Pegawai Tadbir N27
  • Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam N27
  • Pembantu Tadbir (Kewangan) N17
  • Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17
  • Pegawai Khidmat Pelanggan N17
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat S17
  • Pembantu Belia dan Sukan S17
  • Pembantu Hal Ehwal Islam S17
  • Juruaudio Visual N17
  • Pembantu Pertanian N17
  • Juruteknik J17
  • Pelukis Pelan J17

Permohonan hendaklah menggunakan Borang Asal SPAJ.01 yang boleh dicetak daripada Portal Rasmi SPA Johor

CARA-CARA MEMOHON
1.Permohonan hendaklah menggunakan Borang SPAJ.01i yang boleh di isi dan dicetak daripada Portal Rasmi SPA Johor : http://spaj.johordt.gov.my
2.Borang-borang yang sempurna diisi hendaklah DISERTAKAN :
i) Gambar berukuran pasport
ii) Salinan Sijil Beranak
iii) Salinan Kad Pengenalan
iv) Salinan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
v) Salinan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) (sekiranya berkaitan)
vi) Salinan Diploma serta salinan transkrip (sekiranya berkaitan)
vii) Keputusan LULUS Peperiksaan Khas (KPSL) bagi kakitangan kerajaan (sekiranya berkaitan)
PERINGATAN : Hanya salinan sijil-sijil/dokumen berkaitan di atas ( i hingga vii ) sahaja PERLU dihantar bersama borang permohonan. Lain-lain sijil akademik dan sijil penyertaan perlu dibawa pada sesi temu duga. Calon – calon dikehendaki melengkapkan semua maklumat kelayakan akademik semasa mengisi Borang SPAJ. 01i. [Sekiranya permohonan tidak disertakan syarat sepertimana di atas, pihak kami akan menolak permohonan tersebut].
3.Calon hanya perlu mengisi satu borang permohonan untuk memilih 5 jawatan kosong yang bersesuaian mengikut kelayakan skim jawatan.
4.Pegawai-pegawai Kerajaan yang sedang berkhidmat (Tetap dan Kontrak) hendaklah mengisi maklumat perkhidmatan dan mendapatkan Perakuan Ketua Jabatan di dalam Borang SPAJ.01i. Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Prestasi Tahunan TIDAK PERLU dihantar semasa menghantar borang permohonan ini dan perlu dibawa pada sesi temu duga .
5.Hanya calon-calon yang berkelayakan dan melepasi tapisan akan dipanggil temuduga. Sekirannya pemohon tidak menerima sebarang jawapan selepas (6) enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap sebagai tidak berjaya.
6.Sila "Like" Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor dan "Follow" Twitter Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor untuk mendapatkan pengumuman terkini mengenai tarikh peperiksaan, keputusan peperiksaan, tarikh temu duga, keputusan temu duga dan maklumat terkini di Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR KEPADA:
Setiausaha, Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Johor, Aras 3, Blok A, Bangunan Dato' Abdul Rahman Andak, Kota Iskandar, 79000 Nusajaya, Johor Darul Ta'zim. Sebelum atau pada 23 Mei 2013

———————————————————————————————-

Jgn ketinggalan utk mendapatkan pemberitahuan jwtn kosong di negeri anda.Isikan langganan email di sini
->> http://bit.ly/QH82aX

———————————————————————————————–

Jawatan Kosong 2013

from your own site.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

ads